5 Tips Memilih Web Hosting Untuk Blog

by Fauzi on January 7, 2010

in Tips Panduan

web-hosting

Walaupun terdapat laman web yang menyediakan perkhidmatan blog secara percuma seperti Wordpress, Blogspot, Blogdrive dan sebagainya, tetapi saya lebih menyukai untuk membangunkan blog di hosting saya sendiri. Selain daripada saya dapat menjaga blog-blog saya dengan mudah dan dapat menggunakan domain saya sendiri, saya juga mempunyai kebebasan untuk melakukan apa sahaja pada blog saya itu. Walau bagaimanapun, pemilihan web hosting untuk blog adalah penting bagi menjamin uptime blog kita pada peratusan yang tinggi.

Berikut merupakan 5 tips yang saya kongsikan untuk memilih web hosting yang terbaik untuk blog kesayangan anda:

Tips 1 – Kualiti Perkhidmatan

Pastikan perkhidmatan yang disediakan oleh web hosting yang anda pilih adalah terbaik. Buat kajian terlebih dahulu berkenaan dengan web hosting tersebut sebelum membuat pilihan. Gunakan enjin carian Google dengan sebaik-baiknya. Kadang-kala memang di laman web hosting itu menunjukkan 99.9% uptime tetapi secara realiti, web hosting itu selalu down dan ini akan mengganggu aktiviti blogging anda. Adakah anda mahu blog anda tidak dapat diakses kerana keupayaan server yang lemah? Adakah anda mahu database blog anda hilang secara tiba-tiba? Sudah pasti tidak bukan? Oleh itu, kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh hosting provider adalah penting dalam pemilihan web hosting.

Seterusnya…

{ 12 comments }

Baru-baru ini Google telah mengemaskini Google PageRank sebagai ‘hadiah’ bersempena dengan tahun baru 2010. Ada laman web yang mengalami peningkatan dan ada juga yang mengalami penurunan pada angka PageRank mereka. Bagi anda yang baru dalam arena blog pasti tertanya-tanya apa itu Google PageRank?

Apa itu Google PageRank?

Google PageRank atau PageRank atau PR merupakan satu penanda aras yang menentukan populariti sesebuah laman web kepada Google. Angka PageRank bermula daripada angka 0 sehinggalah ke angka 10. Sekiranya sesebuah blog itu mempunyai PageRank 10, ini bermakna blog tersebut merupakan sebuah blog yang popular. Manakala, jika blog itu menunjukkan angka PageRank 0, ianya bermaksud blog tersebut kurang mendapat perhatian daripada Google dan juga pengguna Internet yang lain. Dalam erti kata lain, Google PageRank boleh diibaratkan seperti bilangan bintang yang diberikan kepada hotel-hotel seperti hotel 5 bintang, 4 bintang dan sebagainya.

pagerank-example-01
Analogi penentuan PageRank untuk sesebuah laman web. -Wikipedia

Untuk melihat PageRank sesebuah blog mahupun laman web, anda boleh menggunakan Google Toolbar ataupun menggunakan mana-mana laman web yang menyediakan perkhidmatan penyemakan PageRank seperti PR Checker. Tetapi ingin saya tekankan di sini Google PageRank tidak berubah setiap hari dan tidak ada sela masa tertentu yang boleh kita jangkakan. Ianya terpulang kepada Google bilakah tarikh dan masa untuk mereka mengemaskini PageRank tersebut.

Seterusnya…

{ 12 comments }

Nama domain ataupun domain name merupakan sebuah identiti yang unik merujuk kepada blog kita. Sebagai contoh yang mudah, nama domain bagi blog ini adalah www.pengendaliblog.com. Ianya unik, hanya ada satu dan tidak ada blog lain yang boleh menggunakan nama domain tersebut. Jadi, pemilihan nama atau perkataan sangat penting bagi sesebuah nama domain. Ianya samalah seperti ketika kita memilih nama anak untuk bayi yang baru lahir.

Tetapi di dalam entri kali ini, saya tidak akan menyentuh mengenai pemilihan nama bayi. Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsikan dengan anda mengenai tips yang saya gunakan semasa memilih nama domain untuk blog-blog saya.

1. Trademark
Dalam proses pemilihan nama domain, perkara yang paling penting yang perlu diambil berat adalah trademark. Saya pernah memilih sebuah nama domain yang mempunyai perkataan yang telah di-trademark-kan dan berhajat untuk mendaftarkan nama domain tersebut. Tetapi sebelum itu, saya sempat menghantar email pada empunya trademark dan meminta pengesahan bolehkah saya menggunakan perkataan tersebut di dalam nama domain. Seperti yang saya jangka, mereka tidak membenarkan penggunaan perkataan tersebut dan meminta saya untuk menggunakan perkataan yang lain. Mahu atau tidak, saya terpaksa melepaskan nama domain itu dengan penuh kecewa. Tetapi ianya lebih baik daripada saya kena saman berjuta-juta hanya disebabkan menggunakan perkataan yang telah di-tradermark-kan.

Seterusnya…

{ 7 comments }

Wordpress Kini Dalam Bahasa Melayu

by Fauzi on December 24, 2009

in Isu Semasa

Saya sudah menggunakan Wordpress sejak tahun 2005 lagi. Wordpress merupakan blog client kegemaran saya kerana ianya ringan, senang untuk diselenggara dan mempunyai pelbagai theme dan plugin yang berguna bagi seseorang pengendali blog.

wordpress-my
Wordpress kini juga dikeluarkan dalam Bahasa Melayu.

Selama ini, skrip Wordpress hanya dikeluarkan dalam versi Inggeris dan beberapa versi bahasa yang popular di dunia sahaja. Tetapi baru-baru ini baru saya perasan yang skrip Wordpress juga boleh didapati dalam Bahasa Melayu.

Seterusnya…

{ 6 comments }

Geng Blogger merupakan laman web yang membolehkan para blogger tempatan untuk ping blog mereka ke laman Geng Blogger. Dengan menggunakan perkhidmatan dari Geng Blogger ini, kita dapat berkongsikan artikel terbaru yang ditulis dan juga dapat berkenalan dengan blogger-blogger tempatan yang lain.

gengblogger

Geng Blogger diasaskan oleh saudara Ben Ashari dan dibantu oleh moderator Missizah dan juga Erin Farina. Dengan rekabentuk yang ringkas dan menarik, laman web Geng Blogger ini lebih ringan dan tidak mengambil masa yang lama untuk dipaparkan. Bagi saya, ianya merupakan satu langkah yang terbaik untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Geng Blogger.

Seterusnya…

{ 4 comments }

Perdana Menteri sarankan Kod Etika Blogger

by Fauzi on December 13, 2009

in Isu Semasa

Sekarang ini dapat dilihat Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mula mengambil berat mengenai isu etika seseorang pengendali blog di Malaysia.

Ini kerana, baru-baru ini beliau menyarankan para pengendali blog menjadikan “Kod Etika Blogger” sebagai garis panduan dalam menulis entri blog di Internet.

Kod Etika Blogger yang dimaksudkan adalah:

Seterusnya…

{ 8 comments }

Isu Team Klik NuffRangers

by Fauzi on December 1, 2009

in Isu Semasa

nuffnang-rangers

Disebabkan kesibukan, saya jarang untuk membaca RSS Feed yang saya langgan dengan menggunakan Google Reader. Tetapi pagi tadi semasa sedang berehat, saya sempat membaca entri oleh saudara Topotato mengenai isu Team Klik NuffRangers.

Seperti Topotato, pada mulanya saya ingatkan group tersebut merupakan sebuah kumpulan yang menyokong Nuffnang. Rupa-rupanya hanyalah sebuah kumpulan kecil yang cuba mendapatkan duit dengan mengklik iklan Nuffnang antara satu sama lain.

Blog kumpulan tersebut sudah pun dipadamkan tetapi cache daripada laman Google masih boleh dilihat di Nuffnang Rangers dan Nuffnang Rangers: Team Klik2 NuffRangers.

Seterusnya…

{ 10 comments }

Jangan Biarkan Blog Anda Berserabut

by Fauzi on October 22, 2009

in Tips Panduan

Kita akan rasa selesa apabila berada di dalam sebuah rumah yang kemas, tersusun dan bersih. Jika sesebuah rumah itu dijaga dengan baik dan barang-barang di dalam rumah tersebut disusun dengan rapi, sudah pasti kita akan rasa gembira dan tenang sahaja berada di dalamnya. Tetapi, jika rumah tersebut bersepah dengan pelbagai barang-barang yang tidak penting dan berselerak, sudah semestinya kita akan berasa rimas dan malas untuk mengunjungi rumah itu lagi.

Ianya samalah seperti sebuah blog. Sekiranya blog tersebut dihiasi dengan kemas dan setiap tempat disusun dengan teratur, kita akan rasa gembira untuk melawati blog itu lagi. Tetapi jika sesebuah blog itu dihiasi dengan pelbagai iklan yang tidak sesuai dan mempunyai pelbagai perkara yang tidak diperlukan, sudah pasti ianya akan menyebabkan kita berasa bosan dan malas untuk mengunjungi blog itu lagi.

Seterusnya…

{ 3 comments }

2 Shoutbox Terbaik Untuk Blog Anda

by Fauzi on August 31, 2009

in Aplikasi

Sesetengah pengendali blog gemar meletakkan shoutbox di blog mereka. Dengan shoutbox ini, mereka dapat berinteraksi dengan lebih cepat dengan pengunjung yang meninggalkan pesanan di shoutbox mereka.

Tetapi bagi saya, saya tidak gemar meletakkan shoutbox. Ini kerana shoutbox lebih mengundang kepada spam dan melambatkan loading page. Itu sebabnya jika anda perasan, tiada satu pun shoutbox yang ada di blog-blog kendalian saya.

Namun begitu, sekiranya anda ingin menggunakan shoutbox, berikut merupakan beberapa shoutbox yang pernah saya cuba yang memberikan fungsi yang berguna kepada seseorang pengendali blog.

Seterusnya…

{ 3 comments }

Wordpress SEO dengan All in One SEO Pack

by Fauzi on August 6, 2009

in Aplikasi

Di dalam dunia blog, Search Engine Optimization (SEO) adalah amat penting. Ini kerana, 70% trafik yang datang ke blog kita adalah daripada enjin pencarian seperti Google, Yahoo, MSN dan sebagainya. Jika kita tidak memantapkan blog kita dengan teknik SEO ini, peluang untuk kita hidup di dalam dunia blog adalah sangat tipis. Kecuali bagi mereka yang tidak gemar blog mereka dibaca oleh orang lain.

Seperti yang saya pernah ungkapkan dalam artikel yang lepas, Wordpress menyokong sistem plugin. Dengan sistem ini, saya dapat memasang sebuah plugin yang dipanggil sebagai, All in One SEO Pack. Kelebihan yang terdapat pada plugin ini adalah, ia akan secara automatik mengoptimumkan blog kita kepada enjin pencarian tanpa perlu kita bersusah-payah mengubahsuai kod template blog kita secara manual.

Seterusnya…

{ 1 comment }