10 Tools Yang Berguna Untuk Nama Domain

Salah satu perkara yang sukar untuk menjadi seorang blogger adalah memilih nama domain yang terbaik untuk blog anda. Terdapat beberapa cara untuk memilih nama domain yang menarik seperti yang pernah saya kongsikan bersama anda dalam artikel, 8 Tips Dalam Memilih Nama Domain Untuk Blog.

Tetapi andai kata anda masih tidak memperoleh nama domain yang catchy dan sesuai, di sini saya senaraikan 10 domain tools yang berguna untuk anda.

Di antara tools ini boleh digunakan untuk generate nama domain yang menarik, dan ada juga yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai sesebuah nama domain.

1. Domain Name Generator – Tool ini akan menyenaraikan beratus-ratus nama domain yang mempunyai prefix atau suffix pada keyword yang anda masukkan. Anda juga boleh mengetahui sama ada domain tersebut telah didaftarkan atau pun tidak.

2. DomainTools.com – Anda akan menjumpai pelbagai perkhidmatan berguna yang berkaitan dengan domain di laman ini. Ianya termasuklah maklumat yang lengkap tentang whois, pendaftaran, dan juga DNS history untuk sesebuah domain. Saya selalu menggunakan laman web ini untuk melihat whois domain-domain yang telah saya beli.

3. Who.is – Salah sebuah laman web popular yang menyediakan perkhidmatan whois di Internet. Anda hanya perlu menaip nama domain yang diinginkan, dan laman web ini akan memaparkan sama ada domain tersebut masih lagi available ataupun tidak.

4. Instant Domain Search – Tool ini akan memaparkan status pendaftaran domain secara real-time pada setiap huruf yang ditaip.

5. Ajax Whois – Sebuah lagi tool yang memaparkan status pendaftaran domain secara real-time sama seperti Instant Domain Search di atas. Tetapi kelebihannya adalah, ia support lebih banyak domain name extensions.

6. Psychic Whois – Satu lagi domain name lookup secara real-time tetapi dengan auto-complete feature yang telah tersedia.

7. BustAName – Salah sebuah domain name tools yang terbaik di Internet. Hanya masukkan sebarang keyword, prefix, atau suffix, dan tool ini akan memadankan keyword-keyword tadi untuk anda.

8. NameBoy – Sebuah tool yang basic untuk mendapatkan idea menarik untuk sesebuah nama domain. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah masukkan keyword utama dan ia akan memaparkan senarai nama domain yang bersesuaian.

9. Xona Domain Hacks – Tool kesukaan saya. :) Tool ini akan menggambungkan pelbagai nama domain dan extension dan menjadikan ia sebuah domain yang menarik. Contoh seperti, bla.st (blast), del.icio.us (delicious), dan blo.gs (blogs).

10. DomainsBot – Dan akhir sekali, tool ini beroperasi seperti sebuah domain name search engine. Selepas anda memasukkan keyword pilihan anda, tool ini akan menyenaraikan nama domain yang berkaitan dengan keyword anda tadi. Lagi banyak keyword yang dimasukkan, lagi banyak senarai domain yang dipaparkan.

Ini baru 10 domain tools. Ada banyak lagi tools-tools yang menarik yang boleh anda gunakan untuk generate nama domain yang menarik.

Jika tools yang anda selalu pakai tidak tersenarai dalam artikel ini, kongsikan bersama saya dan pembaca yang lain di ruangan komen di bawah. ;)

Comments

  1. very2 useful info.. tqvm

  2. nice ni, boleh try…

  3. Assalam…
    Kalau nak buka satu blog lagi, boleh la try…
    memang susah nak cari nama sesuai kan…1001 malam fikir tak habis..

  4. info yang berguna,terima kasih bro

  5. thanks for this, because very important for me….:D

  6. Can I simply say what a relief to discover a person that actually understands
    what they are tslking about on the web. You actually know how to bring
    an iissue to light and make it important. More peple ought to look at this and understand thhis side of the story.
    I can’t believe you aren’t more popular given that you certainly
    have the gift.

  7. Remarkable! Its genuinely remarkable paragraph, I
    have got much clear idea concerning from this paragraph.

  8. Fantastic beat ! I would like to apprentice while you amend your
    website, how can i subscribe for a blog site? The account helped me a acceptable deal.
    I had been tiny bit acquainted of this your broadcast offered bright clear concept

Speak Your Mind

*