2 Shoutbox Terbaik Untuk Blog Anda

by Fauzi on August 31, 2009

in Aplikasi

Sesetengah pengendali blog gemar meletakkan shoutbox di blog mereka. Dengan shoutbox ini, mereka dapat berinteraksi dengan lebih cepat dengan pengunjung yang meninggalkan pesanan di shoutbox mereka.

Tetapi bagi saya, saya tidak gemar meletakkan shoutbox. Ini kerana shoutbox lebih mengundang kepada spam dan melambatkan loading page. Itu sebabnya jika anda perasan, tiada satu pun shoutbox yang ada di blog-blog kendalian saya.

Namun begitu, sekiranya anda ingin menggunakan shoutbox, berikut merupakan beberapa shoutbox yang pernah saya cuba yang memberikan fungsi yang berguna kepada seseorang pengendali blog.

1. ShoutMix – Merupakan shoutbox yang terbaik di antara shoutbox yang pernah saya gunakan. ShoutMix ini datang dalam dua versi, percuma dan berbayar. Walaupun versi percuma sudah memadai dan boleh dikatakan lengkap, tetapi versi yang berbayar lebih memberikan penguasaan penuh kepada shoutbox anda. Dan kalau anda lihat, kebanyakan blog menggunakan ShoutMix kerana ianya mesra pengguna dan mudah dikendalikan.

2. AJAX Shoutbox – Shoutbox ini merupakan shoutbox yang diintegrasikan bersama dengan Wordpress dan hanya boleh digunakan pada blog Wordpress sahaja. Di antara kelebihan AJAX Shoutbox ini adalah, ianya berasaskan kepada AJAX di mana anda akan mendapat shout terkini tanpa perlu me-refresh page shoutbox tersebut. Selain daripada itu, segala shout yang dihantar oleh pengunjung dapat diuruskan melalui Dashboard blog Wordpress itu sendiri.

Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Kedua-dua shoutbox yang saya senaraikan di sini adalah shoutbox yang pernah saya cuba dan gunakan. Bagi pendapat saya, shoutbox ini adalah mesra pengguna, mudah diuruskan dan senang dijaga.

Jika anda menggunakan shoutbox yang berbeza daripada apa yang disenaraikan di sini, anda bolehlah berkongsikan jenis shoutbox yang anda gunakan di ruangan komen di bawah. Secara tidak langsung, boleh kita bersama-sama tukar pendapat dan mencuba citarasa yang berbeza.

Post to Twitter Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

{ 3 comments… read them below or add one }

1 baloot September 1, 2009 at 1:33 am

salam kenal dari baloot. :)
sebenarnya baloot pun tak suka letak shoutbox kat blog. kebanyakan blog malaysian yg guna blogspot suka sangat letak shoutbox ni. huhu. betul seperti yang saudara katakan kat atas tu. mengundang lebih banyak spam.

p/s: jom edit theme thesis.. tahniah sebab pakai framework seo yang paling power buat masa skrg.

Reply

2 eldy November 18, 2009 at 12:42 pm

gua dah buang chatbox sebab byk spammer dtg berdaftar diri >.<)"

Reply

3 ayi's February 22, 2010 at 11:51 pm

ya gua setuju tu…..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: