Archives for 2010

5 Tips Memilih Web Hosting Untuk Blog

web-hosting

Walaupun terdapat laman web yang menyediakan perkhidmatan blog secara percuma seperti WordPress, Blogspot, Blogdrive dan sebagainya, tetapi saya lebih menyukai untuk membangunkan blog di hosting saya sendiri. Selain daripada saya dapat menjaga blog-blog saya dengan mudah dan dapat menggunakan domain saya sendiri, saya juga mempunyai kebebasan untuk melakukan apa sahaja pada blog saya itu. Walau bagaimanapun, pemilihan web hosting untuk blog adalah penting bagi menjamin uptime blog kita pada peratusan yang tinggi.

Berikut merupakan 5 tips yang saya kongsikan untuk memilih web hosting yang terbaik untuk blog kesayangan anda:

Tips 1 – Kualiti Perkhidmatan

Pastikan perkhidmatan yang disediakan oleh web hosting yang anda pilih adalah terbaik. Buat kajian terlebih dahulu berkenaan dengan web hosting tersebut sebelum membuat pilihan. Gunakan enjin carian Google dengan sebaik-baiknya. Kadang-kala memang di laman web hosting itu menunjukkan 99.9% uptime tetapi secara realiti, web hosting itu selalu down dan ini akan mengganggu aktiviti blogging anda. Adakah anda mahu blog anda tidak dapat diakses kerana keupayaan server yang lemah? Adakah anda mahu database blog anda hilang secara tiba-tiba? Sudah pasti tidak bukan? Oleh itu, kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh hosting provider adalah penting dalam pemilihan web hosting.

Teruskan membaca “5 Tips Memilih Web Hosting Untuk Blog”…

Google PageRank – Populariti Sesebuah Blog

Baru-baru ini Google telah mengemaskini Google PageRank sebagai ‘hadiah’ bersempena dengan tahun baru 2010. Ada laman web yang mengalami peningkatan dan ada juga yang mengalami penurunan pada angka PageRank mereka. Bagi anda yang baru dalam arena blog pasti tertanya-tanya apa itu Google PageRank?

Apa itu Google PageRank?

Google PageRank atau PageRank atau PR merupakan satu penanda aras yang menentukan populariti sesebuah laman web kepada Google. Angka PageRank bermula daripada angka 0 sehinggalah ke angka 10. Sekiranya sesebuah blog itu mempunyai PageRank 10, ini bermakna blog tersebut merupakan sebuah blog yang popular. Manakala, jika blog itu menunjukkan angka PageRank 0, ianya bermaksud blog tersebut kurang mendapat perhatian daripada Google dan juga pengguna Internet yang lain. Dalam erti kata lain, Google PageRank boleh diibaratkan seperti bilangan bintang yang diberikan kepada hotel-hotel seperti hotel 5 bintang, 4 bintang dan sebagainya.

pagerank-example-01
Analogi penentuan PageRank untuk sesebuah laman web. –Wikipedia

Untuk melihat PageRank sesebuah blog mahupun laman web, anda boleh menggunakan Google Toolbar ataupun menggunakan mana-mana laman web yang menyediakan perkhidmatan penyemakan PageRank seperti PR Checker. Tetapi ingin saya tekankan di sini Google PageRank tidak berubah setiap hari dan tidak ada sela masa tertentu yang boleh kita jangkakan. Ianya terpulang kepada Google bilakah tarikh dan masa untuk mereka mengemaskini PageRank tersebut.

Teruskan membaca “Google PageRank – Populariti Sesebuah Blog”…

8 Tips Dalam Memilih Nama Domain Untuk Blog

Nama domain ataupun domain name merupakan sebuah identiti yang unik merujuk kepada blog kita. Sebagai contoh yang mudah, nama domain bagi blog ini adalah www.pengendaliblog.com. Ianya unik, hanya ada satu dan tidak ada blog lain yang boleh menggunakan nama domain tersebut. Jadi, pemilihan nama atau perkataan sangat penting bagi sesebuah nama domain. Ianya samalah seperti ketika kita memilih nama anak untuk bayi yang baru lahir.

Tetapi di dalam entri kali ini, saya tidak akan menyentuh mengenai pemilihan nama bayi. Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsikan dengan anda mengenai tips yang saya gunakan semasa memilih nama domain untuk blog-blog saya.

1. Trademark
Dalam proses pemilihan nama domain, perkara yang paling penting yang perlu diambil berat adalah trademark. Saya pernah memilih sebuah nama domain yang mempunyai perkataan yang telah di-trademark-kan dan berhajat untuk mendaftarkan nama domain tersebut. Tetapi sebelum itu, saya sempat menghantar email pada empunya trademark dan meminta pengesahan bolehkah saya menggunakan perkataan tersebut di dalam nama domain. Seperti yang saya jangka, mereka tidak membenarkan penggunaan perkataan tersebut dan meminta saya untuk menggunakan perkataan yang lain. Mahu atau tidak, saya terpaksa melepaskan nama domain itu dengan penuh kecewa. Tetapi ianya lebih baik daripada saya kena saman berjuta-juta hanya disebabkan menggunakan perkataan yang telah di-tradermark-kan.

Teruskan membaca “8 Tips Dalam Memilih Nama Domain Untuk Blog”…