
Sekarang ini blog bukan lagi menjadi perkara yang asing untuk masyarakat kita di Malaysia. Saya percaya, artikel yang saya tulis di blog peribadi bertajuk, Lambakan Blog Di Internet, kini menjadi kenyataan.
Ramai orang ingin menjadi blogger. Melihat orang lain memiliki blog, mereka pun turut ingin mempunyai blog sendiri. Namun begitu, adakah anda tahu apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh seorang blogger?
1. Tiada pembaca – Kebiasaanya perkara ini berlaku pada blog-blog yang baru. Anda teruja dengan artikel di blog anda tetapi malangnya tiada pun pembaca yang ingin membaca artikel tersebut melainkan adik beradik atau kawan terdekat anda. Setiap hari anda tengok statistik trafik blog, hanya ada 1 atau 3 orang pelawat sahaja dalam sehari. Dan yang lebih teruk, ada juga hari-hari yang langsung tiada pelawat yang datang.
2. Artikel dicuri – Saya sudah banyak kali mengalami masalah seperti ini. Dan saya percaya saudara Amanz pun mengalami situasi yang sama. Artikel yang ditulis oleh anda dicuri oleh blogger lain dan dipublishkan di blog mereka tanpa meletakkan kredit kepada anda. Ini adalah sangat-sangat tidak beretika. Ini kerana sedikit sebanyak aktiviti mencuri artikel ini boleh mengganggu trafik blog anda di search engine seperti Google.
3. Tiada idea untuk menulis artikel – Salah satu punca utama kenapa ramai blogger yang berhenti di tengah jalan. Anda tahu anda mempunyai blog untuk dikemaskini, tetapi anda tidak mempunyai idea untuk menulis artikel. Jika anda mengalami masalah ini, anda boleh rujuk artikel saya bertajuk, 8 Tips Berkesan Dalam Mencari Idea Menulis Artikel. Ianya dapat membantu anda dalam mendapatkan idea menulis artikel.
Teruskan membaca “Cabaran Seorang Blogger dalam Dunia Blogging”…






Permudahkan Comment Form Blog Anda
Saya suka membaca blog yang mempunyai info dan maklumat yang berguna kepada pembaca. Jarang sekali saya ingin membaca blog berbentuk personal yang banyak menulis berkenaan luahan rasa hati, kehidupan peribadi, lagi-lagi apabila blog tersebut banyak menggunakan perkataan singkatan atau short form.
Selepas membaca artikel, saya akan berikan pendapat atau pandangan saya sendiri. Tetapi sayangnya, comment form yang disediakan oleh blogger tersebut sangat leceh dan menyusahkan.
Comment Form Yang Menyusahkan Pembaca
Salah satu contoh comment form yang menyusahkan pembaca
Untuk menghantar komen, saya perlu:
Perkara-perkara yang leceh sebegini akan menjadi penghalang untuk pembaca memberikan komen di blog anda.
Teruskan membaca “Permudahkan Comment Form Blog Anda”…