Archives for January 2011

Blog Cara Mudah dengan Teknik CPP


Bukannya mudah untuk menjadi seorang blogger – kredit, Acvita

Adakah setiap hari anda tertanya-tanya topik apakah yang anda ingin tulis pada hari ini? Adakah anda buntu untuk mula menulis topik tersebut? Atau adakah anda tertanya-tanya samada terdapat cara yang mudah untuk menulis blog? Jika jawapan anda ‘ya’, teruskan membaca kerana di sini saya ingin kongsikan satu teknik yang saya gelar sebagai, Teknik CPP .

Apakah Teknik CPP?

Teknik CPP (Copy, Paste, Publish) merupakan teknik yang saya pelajari dari hasil pemantauan saya dalam dunia blog. Setiap hari, beribu-ribu artikel dihasilkan oleh para blogger di luar sana. Tetapi hanya sedikit sahaja artikel yang dihasilkan itu adalah unik, yang lahir hasil daripada idea pemikiran blogger itu sendiri.

Teruskan membaca “Blog Cara Mudah dengan Teknik CPP”…

Logo Sebagai Identiti Sesebuah Blog

Setiap blog harus mempunyai identiti atau sesuatu yang dapat membezakan antara sebuah blog dengan blog yang lain. Salah satu perkara yang dapat membezakannya adalah logo.

Blog Pengendali Blog ini turut mempunyai logonya yang tersendiri. Logo yang bebentuk gabungan huruf ‘P’ dan ‘B’ ini melambangkan singkatan bagi nama blog ini.

Dengan adanya logo, adalah lebih mudah untuk kita mempromosikan blog kepada para pembaca. Apabila mereka melihat sahaja logo tersebut samada di blog ini atau di mana-mana ruangan di Internet, mereka akan mengetahui bahawa logo tersebut adalah milik blog kita. Dan ianya akan mudah diingati apabila sesebuah logo itu unik.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah blog anda juga mempunyai logo yang tersendiri? :)

Jadikan Menulis Blog Sebagai Hobi


Jade Market typist – kredit, wprasek

Setiap orang mempunyai hobi mereka tersendiri. Ada yang hobi mereka suka bermain game, bersukan, bermain bowling, menonton wayang, mengambil gambar dan sebagainya. Tetapi ada juga yang menjadikan menulis blog sebagai hobi harian mereka.

Pada kebiasaannya, apabila kita meletakkan sesuatu aktiviti itu sebagai hobi, kita akan rasa bersemangat dan suka untuk melakukan aktiviti tersebut. Begitulah juga dengan menulis blog. Apabila kita suka menulis blog, sudah pasti akan bermacam-macam perkara yang kita ingin tulis dan kongsikan di blog kita. Walaupun pada waktu itu kita tidak tahu apa yang ingin dilakukan.

Saya ada sebuah kisah yang ingin saya kongsikan dengan anda. Pada suatu malam, seorang blogger ni tidak dapat tidur walaupun pada waktu itu jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Hendak chatting dengan rakan-rakan di YM, semuanya dah tidur. Lalu dia pun buka Facebok dan menggodek-godek Facebook dia. Dah penat menggodek Facebook, dia bermain pula dengan Twitter. Dah penat bermain dengan Twitter, dia dah tak tahu dah nak buat apa lagi. Alih-alih, dia buka blog dan mula menulis.

Teruskan membaca “Jadikan Menulis Blog Sebagai Hobi”…

Blog Tempatan Yang Menarik

*** Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua pembaca sekalian… ;) ***


Hanis Zalikha – kredit, Kosmo

Setiap blogger akan mempunyai blog pilihan yang akan mereka baca setiap hari. Tidak kisah samada ianya adalah blog antarabangsa mahupun blog tempatan, mereka akan membaca artikel-artikel yang diterbitkan sebagai juadah bacaan harian mereka.

Saya juga mempunyai beberapa buah blog yang saya baca dan ikuti setiap hari. Ada di antaranya merupakan blog bersifat peribadi, teknologi dan ada juga blog yang menyentuh isu-isu semasa serta politik.

Teruskan membaca “Blog Tempatan Yang Menarik”…