Archives for February 2011

Bagaimanakah memaparkan Tweets di blog WordPress?

tweets-di-wordpress
Memaparkan Tweets di kawasan header blog WordPress – kredit, Blog Aku

Seorang kenalan saya, Mr Kerro, bertanyakan bagaimanakah caranya untuk memaparkan Tweets terkini di blog WordPress beliau.

Terdapat 2 kaedah sebenarnya:

  1. menggunakan WordPress Widget, atau
  2. memasukkan skrip Twitter secara manual

Teruskan membaca “Bagaimanakah memaparkan Tweets di blog WordPress?”…

Gunakan Pretty Permalinks Untuk Blog WordPress Anda


YoutubeBagaimanakah Menggunakan Pretty Permalinks di Blog WordPress Anda?

Permalinks merupakan URL untuk blog post WordPress anda. Di dalam WordPress, terdapat 2 bentuk permalinks yang boleh anda gunakan:

Secara default, WordPress akan menggunakan permalinks Ugly. Apabila permalinks Ugly digunakan, URL akan menjadi pendek kerana ia hanya menggunakan Post ID sebagai URL. Dan URL blog post anda akan kelihatan tidak menarik dan tidak SEO (Search Engine Optimization) kerana tidak mempunyai keyword di dalam URL.

Oleh sebab itu, saya sangat menggalakkan anda menggunakan Pretty permalinks untuk blog WordPress anda. Dengan menggunakan Pretty permalinks, URL blog post anda akan kelihatan lebih professional, mudah dibaca dan juga lebih “disukai” oleh search engine.

Teruskan membaca “Gunakan Pretty Permalinks Untuk Blog WordPress Anda”…

Comment Moderation – Adakah ianya perlu?

mr-kerro
Blog saudara Omar, Mr Kerro.

Saya selalu membaca artikel-artikel yang diterbitkan oleh seorang rakan kenalan universiti saya, Omarullaill Azmi (atau nama glamour beliau – Omar), di blognya Mr Kerro. Artikel yang beliau terbitkan mempunyai pengisian yang menarik dan tidak hanya berborak kosong seperti kebanyakkan blog yang lain.

Saya juga ada memberikan komen di blog beliau sekiranya saya mempunyai idea atau pendapat yang saya ingin kongsikan. Tetapi setiap komen yang dihantar akan di ‘hold’ terlebih dahulu untuk disahkan oleh beliau. Komen yang saya hantarkan itu perlu melalui satu proses yang dinamakan sebagai “Comment Moderation” sebelum dapat disiarkan.

Teruskan membaca “Comment Moderation – Adakah ianya perlu?”…

Kenapa Anda Perlu Membeli Domain .MY?

Dalam bulan ini sahaja, saya telah membeli 2 buah domain .my; problogger.my dan socialnetwork.my. Kedua-dua domain ini dibeli melalui Mercumaya, yang merupakan salah sebuah reseller MyNIC.

Sebelum ini saya tidak berkeinginan langsung untuk membeli domain .my kerana beberapa perkara. Di antaranya adalah:

  1. Mahal
  2. No commercial value
  3. Tidak mempunyai whois protection
  4. dan, perlu fax/hantar salinan kad pengenalan untuk pendaftaran

Namun begitu, persepsi saya berubah apabila mendapati domain problogger.my tidak didaftarkan oleh sesiapa. Pada waktu itu, saya berasa sangat teruja untuk membelinya kerana domain tersebut seperti membawa maksud Problogger Malaysia.

Teruskan membaca “Kenapa Anda Perlu Membeli Domain .MY?”…