Archives for September 2011

Gambar Sebagai Pelengkap Artikel

keyboard-blog

Saya tertarik untuk membawa topik ini apabila terbaca tips yang dikongsikan oleh Melz di dalam artikel beliau yang bertajuk, 4 Tips Dan Sebab Perlu Ada Gambar Di Dalam Blog.

Salah satu point yang beliau kongsikan adalah, penggunaan gambar atau imej di dalam artikel dapat menguatkan isi penulisan kita,

Guna imej dan ilustrasi untuk menguatkan isi posting korang. Sebuah diagram, grafik, atau gambar yang lain selanjutnya dapat menggambarkan isi entry.

Saya secara peribadi sangat-sangat bersetuju dengan pendapat beliau. Gambar yang diletakkan di dalam artikel akan menambahkan kekuatan artikel tersebut.

Teruskan membaca “Gambar Sebagai Pelengkap Artikel”…

8 Tips Berkesan Dalam Mencari Idea Menulis Artikel

Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang blogger apabila sampai pada satu tahap, mereka akan ketandusan idea untuk menulis artikel. Saya juga pernah mengalami situasi yang sama. Namun begitu, dengan menggunakan 8 tips berkesan ini, saya dapat mencari dan menjana beberapa idea yang menarik untuk menulis artikel.

1. Menjawab soalan yang ditanya di forum – Forum merupakan sebuah tempat bagi sesebuah komuniti untuk berkumpul dan beraktiviti di alam siber. Selain daripada itu, forum juga digunakan untuk bertanyakan soalan atau masalah untuk dijawab oleh ahli-ahli forum yang lain. Bergantung pada niche blog anda, sekiranya anda arif dalam soalan yang ditanya, anda boleh menulis artikel bagi menjawab soalan tersebut di blog anda.

2. Komen yang dihantar oleh pembaca – Terdapat juga sesetengah pembaca yang bertanyakan soalan mereka di ruangan komen. Anda juga boleh jadikan soalan mereka sebagai idea untuk menulis artikel. Contoh yang pernah saya buat adalah seperti, Bagaimana Menambah WWW Pada Nama Domain?

3. Isu semasa dan berita terkini – Sesetengah isu semasa adalah sangat menarik untuk dijadikan sebagai idea dalam menulis artikel. Contoh isu yang pernah menggemparkan seluruh dunia adalah berkenaan gempa bumi yang pernah berlaku di negara Jepun. Tetapi ingin saya ingatkan, artikel sebegini hanya hangat dalam 3-5 hari sahaja. Selepas daripada itu, ianya akan menjadi sebuah artikel yang lapuk.

Teruskan membaca “8 Tips Berkesan Dalam Mencari Idea Menulis Artikel”…

Bagaimanakah Cara Untuk Membeli Domain .MY?

Dalam artikel yang lepas, saya ada berkongsikan tentang kenapa anda perlu membeli domain .my? Namun begitu, ada yang bertanya kepada saya bagaimanakah caranya untuk membeli domain .my ini?

.my DOMAIN REGISTRY

domain-my-01

Cara untuk membeli domain .my adalah berbeza dengan cara kita membeli domain .com, .net mahupun .org, di mana kita boleh membeli secara terus daripada domain provider seperti Elfbytes Web Hosting. Ini kerana domain .my diuruskan oleh .my DOMAIN REGISTRY yang berperanan menjaga dan mendaftarkan setiap domain .my seperti, .my, .com.my, .org.my, .gov.my dan seterusnya.

Setiap domain .my hanya boleh dibeli melalui reseller yang berdaftar seperti Mercumaya dan juga ServerFreak, atau beli terus di pejabat .my DOMAIN REGISTRY.

Teruskan membaca “Bagaimanakah Cara Untuk Membeli Domain .MY?”…

5 Google Tools Yang Berguna Untuk Seorang Blogger

CypherHackz: Selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada semua pembaca laman web Pengendali Blog. :)

google-toolsGoogle sudah menjadi sebahagian dalam hidup seorang blogger. Setiap hari, Google akan menjadi medium pencarian yang akan digunakan oleh blogger untuk mencari maklumat dan info-info yang berguna untuk dikongsikan kepada pembaca. Selain daripada sebagai enjin pencarian, Google juga mempunyai beberapa tools yang berguna untuk seorang blogger.

Berikut merupakan 5 Google tools yang saya gunakan dalam aktiviti blogging saya:

1. Google Mail

Sudah semestinya seorang blogger memerlukan email bagi memudahkan mereka berhubung sesama blogger dan menerima sebarang maklum balas daripada pembaca. Mungkin ada di antara anda yang menggunakan Yahoo Mail sebagai email. Tetapi bagi saya, Google Mail (Gmail) adalah lebih mudah digunakan dan mempunyai kapasiti yang besar iaitu sebanyak 7.60GB dan saiznya semakin bertambah dari hari ke hari. Pada hari ini, sebanyak 58% kapasiti telah saya gunakan bagi menyimpan lebih 73,000 email sejak saya membuka akaun tersebut pada tahun 2005. Selain daripada itu, email yang dihantar melalui Gmail tidak mempunyai iklan dan kita juga boleh menghantar email dari alamat email yang lain hanya melalui akaun Gmail sahaja.

Teruskan membaca “5 Google Tools Yang Berguna Untuk Seorang Blogger”…