Archives for January 2012

5 Masalah Gangguan yang Selalu Dihadapi Blogger ketika Menulis Artikel

Selepas anda membaca artikel 8 Tips Berkesan Dalam Mencari Idea Menulis Artikel, anda pun terus mempunyai beberapa idea menarik yang ingin anda tulis di blog.

Dengan semangat berkobar-kobar, anda pun terus membuka BlogDesk (rujuk artikel saya mengenai BlogDesk di sini), dan mula menaip perenggan pendahuluan. Ketika hendak masuk ke isi pertama pula, tiba-tiba keluar pop-up notification Yahoo Messenger! daripada kawan anda mengajak anda keluar makan.

Konsentrasi anda terganggu! Mood anda yang tengah excited menulis artikel tadi, terpotong. Momentum untuk anda menulis perenggan yang seterusnya hilang. Atau lebih teruk lagi, anda terus hanyut dengan melayan YM kawan anda dan meninggalkan artikel yang telah ditulis separuh jalan sebentar tadi.

Inilah salah satu contoh masalah yang sering dihadapi oleh para blogger. Ketika mereka sedang excited membuat artikel, tiba-tiba ada sahaja gangguan yang akan mengganggu konsentrasi mereka.

Teruskan membaca “5 Masalah Gangguan yang Selalu Dihadapi Blogger ketika Menulis Artikel”…

Pastikan Sumber Anda Sah dan Elakkan Fitnah

Permulaan tahun baru 2012 dikejutkan dengan pelbagai kisah-kisah hangat yang berlaku dalam negara kita. Salah satunya adalah berkenaan dengan kisah Nur Amalina Che Bakri.

Tetapi apa yang saya kecewakan adalah sikap blogger-blogger kita yang cepat melatah dengan menerbitkan artikel tanpa usul periksa.

Saya rasa anda pun sudah tahu apakah kisah yang berlaku dengan pelajar pintar tersebut. Tetapi apa yang saya kecewakan adalah sikap blogger-blogger kita yang cepat melatah dengan menerbitkan artikel tanpa usul periksa. Atau dalam erti kata lain, mereka menerbitkan artikel tanpa membuat rujukan atau kajian terlebih dahulu.

Memang ianya kisah yang menarik. Saya pun terkejut apabila membacanya. Tetapi bagaimana jika cerita yang dibawakan itu tidak tepat? Lebih buruk lagi apabila ianya boleh menimbulkan fitnah? Tidakkah ianya akan menjatuhkan maruah seseorang dan ahli keluarga mereka?

Saya akui dengan cara menerbitkan kisah-kisah sensasi seperti ini dapat menarik trafik yang banyak ke blog kita. Tetapi kita perlulah membuat kajian terlebih dahulu sebelum menerbitkan artikel-artikel seperti ini.

Apakah yang harus dilakukan?

Sebelum menerbitkan artikel, pastikan anda:

  1. Tidak melatah
  2. Kaji terlebih dahulu sumber anda sahih ataupun tidak
  3. Elakkan daripada mengaibkan seseorang
  4. Jangan memfitnah

Ingat, blog adalah tempat untuk kita berkongsikan artikel yang ditulis kepada pembaca. Jika anda menulis cerita yang tidak betul, dan cerita anda itu disampaikan pula kepada orang lain, dan seterusnya, anda juga akan dapat ‘saham’ yang banyak daripada situ.

Jadilah seorang blogger yang beretika. Mudah-mudahan minat anda dalam blogging ini membawa kebaikan, dan bukannya keburukan. Semoga berjaya! :)

Perancangan Blogger di Tahun Baru

Selamat tahun baru 2012 kepada semua pembaca.. -CypherHackz-

Pejam celik, pejam celik, kini kita sudah pun berada di tahun yang baru. Saya percaya ramai di antara anda yang telah mempunyai perancangan tersendiri dalam memantapkan lagi blog dan kaerier anda sebagai seorang blogger.

Saya juga seperti anda. Turut mempunyai beberapa perancangan yang ingin saya laksanakan pada tahun ini.

Namun begitu, kebiasaannya seseorang blogger akan mempunyai beberapa perancangan yang lebih kurang sama dengan yang lain. Di antaranya adalah:

design-blog-baru

1. Menukar design blog – Dulu saya selalu tukar design blog setiap tahun. Kalau tidak pun, sekurang-kurangnya saya akan menukar header blog saya dengan header yang lain. Anda mungkin ada mempunyai perancangan untuk menukar theme blog anda kepada yang lebih ceria dan nampak segar. Tetapi apa yang penting, pastikan theme yang anda gunakan itu ringan dan tidak melambatkan page load.

2. Tukar platform kepada WordPress – Mungkin sekarang ini anda menggunakan platform Blogspot. Selepas membaca artikel saya, Kenapa Saya Menggunakan WordPress? anda pun berminat untuk beralih arah kepada WordPress. Bagi pendapat saya, itu adalah satu langkah yang bijak. Jika dilihat, ramai blogger-blogger yang hebat menggunakan platform WordPress. Jadi tak perlulah anda teragak-agak untuk menukar platform yang sama seperti mereka.

3. Memiliki hosting dan domain sendri – Dulu anda menggunakan hosting percuma seperti Blogspot atau WordPress.com. Mungkin tahun ini anda ingin meningkatkan prestasi blog anda dengan memiliki hosting dan domain anda sendiri. Saya ada menulis sebuah artikel khusus berkenaan perbezaan antara hosting sendiri dan hosting percuma. Jika anda ingin memilki hosting sendiri, saya ucapkan syabas dan tahniah. Itu menunjukkan yang anda betul-betul serius dalam bidang blogging ini. Untuk membeli hosting dan domain, anda boleh langgan dari web hosting saya, Malaysia Web Hosting, dan masukkan promo code, ELF20FIRST, untuk dapatkan diskaun sebanyak 20%.

Teruskan membaca “Perancangan Blogger di Tahun Baru”…