Archives for March 2012

5 Sebab Utama Kenapa Anda Gagal Dalam Blogging

Artikel kali ini sedikit panjang. Kalau anda ingin tahu sebab kenapa ramai orang berhenti blogging, teruskan membaca. Kalau tak nak, klik Like! atau share di Twitter. Terima kasih! -CypherHackz-


Adakah “kereta kuda” penyebab utama anda gagal dalam blogging?

Memang banyak blog yang wujud di Malaysia ni. Di sana blog, di sini blog, di situ blog. Tengok Facebook kawan pun dah semakin ramai yang post link ke blog masing-masing.

Tetapi selepas beberapa bulan, tiba-tiba senyap je kawan-kawan kita tu. Bila kita tanya kenapa tak update blog? Macam-macam alasan yang mereka bagi. Takde masa la, malas la, itu la, ini la… Macam-macam…

Tetapi adakah anda tahu kenapa mereka jadi macam tu? Kenapa mereka boleh berhenti dari blogging? Kenapa mereka gagal dalam dunia blogging?

Daripada pemerhatian saya, saya mendapati terdapat 5 sebab utama kenapa blogger-blogger ini, erm…mungkin anda pun salah seorang daripadanya, boleh berhenti dan gagal dalam blogging…

Di antaranya adalah…

Teruskan membaca “5 Sebab Utama Kenapa Anda Gagal Dalam Blogging”…

Bagaimana Memasang Footer Pada RSS Feed?

rss-footer-text

Jika anda melanggan RSS feed laman web Pengendali Blog, anda akan dapat lihat terdapat orginal post link dan copyright text di bahagian bawah RSS feed blog ini.

Untuk memasang footer text ini, saya menggunakan plugin RSS Footer. Plugin ini akan membolehkan anda memasukkan sebarang text atau code HTML di bawah RSS feed blog anda.

Anda boleh mendownload plugin ini terus dari Admin Dashboard WordPress atau dari laman web developer plugin ini di http://yoast.com/wordpress/rss-footer/

Teruskan membaca “Bagaimana Memasang Footer Pada RSS Feed?”…

10 Tools Yang Berguna Untuk Nama Domain

Salah satu perkara yang sukar untuk menjadi seorang blogger adalah memilih nama domain yang terbaik untuk blog anda. Terdapat beberapa cara untuk memilih nama domain yang menarik seperti yang pernah saya kongsikan bersama anda dalam artikel, 8 Tips Dalam Memilih Nama Domain Untuk Blog.

Tetapi andai kata anda masih tidak memperoleh nama domain yang catchy dan sesuai, di sini saya senaraikan 10 domain tools yang berguna untuk anda.

Di antara tools ini boleh digunakan untuk generate nama domain yang menarik, dan ada juga yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai sesebuah nama domain.

1. Domain Name Generator – Tool ini akan menyenaraikan beratus-ratus nama domain yang mempunyai prefix atau suffix pada keyword yang anda masukkan. Anda juga boleh mengetahui sama ada domain tersebut telah didaftarkan atau pun tidak.

2. DomainTools.com – Anda akan menjumpai pelbagai perkhidmatan berguna yang berkaitan dengan domain di laman ini. Ianya termasuklah maklumat yang lengkap tentang whois, pendaftaran, dan juga DNS history untuk sesebuah domain. Saya selalu menggunakan laman web ini untuk melihat whois domain-domain yang telah saya beli.

3. Who.is – Salah sebuah laman web popular yang menyediakan perkhidmatan whois di Internet. Anda hanya perlu menaip nama domain yang diinginkan, dan laman web ini akan memaparkan sama ada domain tersebut masih lagi available ataupun tidak.

Teruskan membaca “10 Tools Yang Berguna Untuk Nama Domain”…