4 Tips Berguna Sebelum Upgrade WordPress ke Versi Terkini

Baru-baru ini WordPress telah melepaskan versi yang terbaru. Versi yang dilepaskan ini merupakan versi kemaskini bagi membaiki beberapa isu keselamatan terhadap versi WordPress yang sebelumnya.

Untuk mengupdate WordPress ke versi yang terkini bukanlah perkara yang sukar seperti WordPress versi 1 dan versi 2 terdahulu. Kini, WordPress boleh diupgrade secara automatik dengan hanya klik pada link yang terdapat di Admin Dashboard anda.

Namun begitu, berikut merupakan di antara perkara yang perlu dititik beratkan sebelum anda upgrade blog ke WordPress yang terkini.

1. Backup Database – Adalah amat digalakkan untuk anda membuat backup sebelum melakukan sebarang aktiviti peng-upgrade-dan. Ini bagi memastikan yang anda mempunyai database yang baik sekiranya terdapat perkara yang tidak diingini berlaku semasa proses peng-upgrade-dan berlangsung. Untuk membuat backup database ini, saya menggunakan plugin WordPress Database Backup.

2. Upgrade Plugin – Selain daripada itu, anda juga perlu upgrade plugin-plugin yang sedang anda gunakan. Ini bagi memastikan yang plugin itu dapat digunapakai dan berfungsi dengan baik ketika menggunakan WordPress versi yang terkini itu nanti.

3. Upgrade Theme – Sesetengah theme WordPress seperti K2 perlu diupgrade ke versi terkini. Ini kerana, theme-theme seperti ini menggunakan fungsi tagging WordPress yang baru bagi membolehkan ia menyokong keupayaan WordPress dengan sepenuhnya. Namun begitu, jarang theme-theme WordPress mempunyai masalah setiap kali versi WordPress dilepaskan.

4. Tips anda? – Sekiranya anda mempunyai tips-tips yang lain, sila kongsikan dengan kami dengan menggunakan ruangan komen di bawah. Mudah-mudahan apa yang kita kongsikan di sini dapat sama-sama dimanfaatkan oleh blogger-blogger yang lain. :)

Comments

  1. Lepas ni boleh buat tutorial update wp secara manual tak?
    Kenapa kadang2 tak boleh upgrade wp secara automatik?

  2. Setakat ni tak pernah lagi mengalami problem incompability bila update WordPress. Tips yang pertama tu selalu aku amalkan sebelum update and tiap-tiap minggu aku set plugin aku tuk back-up everything.

  3. so far tak pernah ada problem dengan plugin dan theme. :D

  4. Sejak dari 3.0.1, aku ‘gagal’ utk automatically update dari dashboard. Kena masuk CP baru boleh update….. kenapa yek?

    Dan menjadi keWAJIBan utk backup dahulu sebelum proses kemaskini

  5. Terima kasih dengan perkongsian artikel ini.Kalau kita dah upgrade WP versi terbaru,kita akan dimaklumkan apabila perlu upgrade pugin,betul ke?

  6. biasa upgrade plugin dulu semua lepas seminggu dua baru upgrade WP..kalau tak nanti bila upgrade WP dulu ada je plugin tak compatible.. -.-“

  7. thanks for sharing.. useful article..

  8. tak coba dulu. thanks postinganya

  9. Thanks a lot for the tips. I am a new to WordPress, and this post is really helpful for me.

Speak Your Mind

*