4 Tips ‘Buang’ Untuk Melajukan Loading Page Blog Anda

baby-menguap
Loading page yang lambat akan membuatkan kita berasa bosan dan mengantuk – kredit, PJ Lighthouse

Sesetengah blog yang saya lawati seperti Blogspot mempunyai loading page yang sangat lambat. Blog yang dihostkan di Blogspot sepatutnya mempunyai loading page yang laju. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Di sini, saya ingin berkongsikan dengan anda beberapa tips ‘buang’ yang dapat anda gunakan bagi mempercepatkan loading page blog anda.

Tip 1: Buang Skrip Pengiklanan

Rata-rata blog suka memenuhkan blog mereka dengan skrip pengiklanan seperti Nuffnang, Advertlets dan beberapa skrip yang lain. Memang betul, jika tidak meletakkan skrip pengiklanan ini bagaimanakah mereka boleh menjana duit daripada blog. Tetapi apa yang ingin saya katakan adalah, biarlah skrip iklan yang diletak itu berpada-pada.

Anda perlu ingat, semakin banyak skrip iklan yang diletak, semakin banyak request yang akan dibuat oleh blog anda ke website-website iklan tersebut. Dan ini akan melambatkan lagi loading page blog anda disebabkan lambakan skrip iklan yang ada di situ.

Tip 2: Buang Code Yang Tidak Diperlukan

Terdapat juga blog yang suka meletakkan code atau skrip yang tidak berkaitan atau langsung tidak membantu dalam blog mereka. Contoh yang paling mudah adalah skrip Google Friend Connect dan juga skrip Current Online Users.

Skrip seperti Google Friend Connect akan memaparkan gambar-gambar rakan Google yang melawati blog anda. Jika hanya 2 atau 3 keping gambar yang dipaparkan mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi bagaimana jika 50 gambar rakan Google Friend Connect ingin dipaparkan dalam masa yang sama? Sudah pasti makin banyak masa yang diperlukan untuk memaparkan ke semua gambar rakan Google anda itu.

Selain daripada itu, adakah penting untuk anda mengetahui berapa ramaikah yang sedang online di blog anda dalam satu-satu masa? Apakah kelebihan yang anda perolehi daripada data yang diberikan? Anda perlu tahu, setiap skrip yang anda letakkan di blog akan melambatkan lagi loading page blog anda itu. Sekiranya anda merasakan Current Online User itu tidak penting, adalah lebih baik anda membuang sahaja skrip tersebut.

Tip 3: Buang MP3 dan MP3 Player

Walaupun Malaysia kini mempunyai jaringan broadband yang laju, tetapi tidak bermakna semua orang memiliki speed broadband yang pantas. Terdapat juga sesetengah pembaca blog yang mempunyai Internet connection yang sangat perlahan.

Apabila lagu MP3 diletakkan di blog anda, pembaca terpaksa streaming (ada sesetengahnya terpaksa mendownload lagu MP3 tersebut) sebelum mereka boleh mula membaca artikel yang ditulis oleh anda. Dan ini akan melambatkan loading page di web browser mereka dan peratusan untuk mereka meninggalkan blog anda adalah tinggi.

Selain daripada itu juga, tidak semua orang suka mendengar lagu yang anda letakkan di blog. Mereka lebih gemar mendengar lagu daripada MP3 player mereka sendiri seperti Winamp. Betul kan apa yang saya cakapkan ini?

Tip 4: Buang Shoutbox

Shoutbox boleh memeriahkan suasana di blog seperti anda bersembang secara online dengan pembaca yang melawati blog anda. Ianya juga merupakan satu medium yang anda boleh gunakan untuk berinteraksi dengan para pembaca.

Tetapi shoutbox juga menggalakkan blogger lain untuk spam blog anda dengan meletakkan link blog mereka di shoutbox tersebut. Bukan sahaja ianya melambatkan lagi loading page, malah anda juga terpaksa membuang masa untuk membuang segala shouts yang berbentuk spam ini daripada shoutbox anda itu.

Jadi di sini, apa yang penting adalah cuba kurangkan skrip atau code yang tidak penting dari blog anda. InsyaAllah seandainya diberikan kesempatan, saya akan membincangkan isu ini dengan lebih mendalam lagi.

Sekiranya anda mempunyai tips-tips lain yang ingin dikongsikan, adalah sangat digalakkan anda memberikan komen di bawah ini. Mudah-mudahan 4 tips ‘buang’ yang dikongsikan di sini sedikit sebanyak dapat mempercepatkan loading page blog anda itu. Selamat mencuba! :)

Comments

  1. hohoho tips yang best.. tapi aku golongan orang yang memerlukan widget user online tu sebab utk tetapan target seharian :)

  2. bagi yang taknak buang skrip iklan tue, maybe leh letak kat sidebar, dan bukan kat header. so, request time dia tak lama sangat. :D

  3. kebanyakan blogger suke letak byk sgt widget..mmg sakit hati nak bukak blog diorg..esp letak iklan byk2 tanpa tahu bahawa xsume iklan tu org nak iklan (sebab pembaca pun dah naek menyampah)

  4. nice tips..blog mana2 pon sama ja ada benda2 tuh semua gak..haha

  5. Blog kak jie ada juga iklan…utk tabung gajah tapi bukan bersepah2 kiri kanan atas bawah.

    Salah satu lagi cara, hostkan image pada server sendiri jangan host ke pihak ketiga…itu juga boleh kurangkan loading time.

  6. kak jie, mcmana nk host kan image sendiri? x phm.. pihak ketiga siapa?

    • Hostkan dekat hosting kita sendiri dan bukannya host dekat hosting third party seperti Flickr, Imageshack, dan sebagainya. :)

  7. Yang paling ramai orang tak suka sekali kalau bw blog yang loading page yang sangat lambat. Jadi dengan tips di atas bolehlah buang mana-mana yang patut sypaya orang tak ” lari” dari blog kita

  8. aku xtau napa tren blogger suka display follower byk2 kt frontpage…

  9. Sebab tu saya tengok blog-blog profesional dari luar negara kebanyakkan blog mereka sangat simple,yang mencantikkannya hanyalah tulisan-tulisan artikel yang menarik.

    Saya rasa nak keluarkan jugalah google friend connect tu,tapi saya akan buat kajian terlebih dahulu.

    • Betul! Sangat2 setuju dengan komen awak. Blog2 di luar sana tidak banyak yang meletakkan iklan dan skrip yang macam2. Mereka lebih fokuskan kepada content mereka sahaja.

  10. oh mai…………….nak buang ke shoutbox ni poji???

  11. Sila gunakan Unify dan high speed computer…okeh :P

  12. cbox pon kene buang ker

  13. setakat ni benda paling lambat loading dalam blog aku ialah Google FC tu.. tak tahu camana nak bagi cepat.. widget ni penting juga sebab pengguna blogspot biasanya bloglist berpandukan widget ni..

    tapi perkara utama yang aku lihat blog yang amat slow ini adalah disebabkan gambar..

  14. kalau slow sangat, aku pangkah aje..habis cerita. haha..

  15. Thanx…saya da apply dkt blog saya…memang membantu sangat2…=)

  16. Theme pun main peranan…..

  17. MP3 paling aku tak suka. Tengah sedap2 baca tiba2 ada bunyi. Sebab menyampah aku tutup browser. Senang

  18. blog Sya memang dah lama takde benda2 yang disebut di atas kecuali yang nombor 1 tu je. hehe…

Speak Your Mind

*