5 Google Tools Yang Berguna Untuk Seorang Blogger

CypherHackz: Selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada semua pembaca laman web Pengendali Blog. :)

google-toolsGoogle sudah menjadi sebahagian dalam hidup seorang blogger. Setiap hari, Google akan menjadi medium pencarian yang akan digunakan oleh blogger untuk mencari maklumat dan info-info yang berguna untuk dikongsikan kepada pembaca. Selain daripada sebagai enjin pencarian, Google juga mempunyai beberapa tools yang berguna untuk seorang blogger.

Berikut merupakan 5 Google tools yang saya gunakan dalam aktiviti blogging saya:

1. Google Mail

Sudah semestinya seorang blogger memerlukan email bagi memudahkan mereka berhubung sesama blogger dan menerima sebarang maklum balas daripada pembaca. Mungkin ada di antara anda yang menggunakan Yahoo Mail sebagai email. Tetapi bagi saya, Google Mail (Gmail) adalah lebih mudah digunakan dan mempunyai kapasiti yang besar iaitu sebanyak 7.60GB dan saiznya semakin bertambah dari hari ke hari. Pada hari ini, sebanyak 58% kapasiti telah saya gunakan bagi menyimpan lebih 73,000 email sejak saya membuka akaun tersebut pada tahun 2005. Selain daripada itu, email yang dihantar melalui Gmail tidak mempunyai iklan dan kita juga boleh menghantar email dari alamat email yang lain hanya melalui akaun Gmail sahaja.

2. Google Reader

Google Reader merupakan sebuah feed reader yang membaca RSS blog atau website yang kita langgan secara online. Setiap kali sesebuah blog itu dikemaskini, artikel baru itu dapat dibaca dengan hanya melalui Google Reader tanpa kita perlu membuka blog tersebut. Selain daripada proses loading yang cepat, kita juga tidak perlu menyemak satu per satu blog yang kita ikuti kerana segala artikel terkini boleh dibaca terus dengan menggunakan Google Reader ini.

3. Google Analytics

Statistik seperti yang disediakan oleh Google Analytics adalah perlu bagi melihat prestasi blog seseorang blogger. Daripada statistik itu juga, kita boleh ketahui maklumat pembaca yang berkunjung ke blog kita seperti, dari laman web mana mereka datang, keyword apa yang mereka gunakan, berapa lamakah masa mereka berada di blog, dan yang paling blogger ingin ketahui adalah, berapa ramai pembaca yang datang berkunjung ke blog mereka setiap hari. Daripada statistik itu juga kita boleh ketahui pada pukul berapakah ramai pembaca yang datang ke blog kita. Daripada situ, kita boleh tentukan pada waktu bila masa yang sesuai untuk menerbitkan artikel. Sekiranya ramai pengunjung datang ke blog pada jam 9 pagi, maka pada pukul 8.45 pagi itu kita seharusnya sudah menerbitkan artikel terkini sebagai ‘juadah pagi’ kepada pembaca.

4. Google Adsense

Mungkin anda tahu apa itu Nuffnang, Advertlets dan beberapa syarikat tempatan lain yang menyediakan perkhidmatan pengiklanan kepada blogger. Google Adsense atau Adsense merupakan perkhidmatan pengiklanan yang dapat membantu blogger menjana pendapatan daripada blog. Tetapi kebanyakan iklan yang dipaparkan hanyalah untuk blog yang berbahasa Inggeris sahaja. Sekiranya artikel anda ditulis dalam bahasa Melayu, adalah sukar untuk anda melihat iklan Adsense dipaparkan di blog anda. Di antara blogger tempatan yang saya kenal yang banyak menjana pendapatan daripada Adsense ialah LiewCF.

5. Google Webmaster Tools

Tidak ramai yang mengetahui Google Webmaster Tools ini. Saya menggunakan Google Webmaster Tools bagi memastikan Google mengindeks setiap artikel yang telah saya terbitkan agar artikel tersebut dapat dijumpai di enjin pencarian Google. Selain daripada itu, dengan menggunakan Google Webmaster Tools ini saya boleh mengetahui samada terdapat masalah pada blog seperti wujudnya skrip malware dan juga ralat pada laman blog. Ianya merupakan tool yang sangat berguna sekiranya anda ingin menjaga reputasi dan ranking anda di enjin pencarian Google.

Setiap orang mempunyai tools dan kaedah mereka tersendiri dalam arena blogging. Tetapi bagi saya, boleh dikatakan saya banyak menggunakan perkhidmatan daripada Google dalam menjalankan aktiviti bloggging saya. Sekiranya tools ini tidak ada, adalah sukar bagi saya untuk mendapatkan maklumat, berhubung sesama rakan blogger dan menjaga prestasi blog saya dalam enjin pencarian Google. Selain daripada itu, dengan Google juga saya boleh menjana pendapatan sampingan seperti dengan menggunakan Google Adsense.

Diharapkan Google tools yang saya kongsikan di sini dapat membantu anda dalam kerjaya sebagai seorang blogger. Kongsikan komen sekiranya anda mempunyai Google tools lain yang dapat membantu rakan-rakan blogger dalam dunia blogging. Saya doakan semoga anda semua berjaya dalam apa jua yang anda lakukan… :)

Comments

  1. semua aku guna kecuali google reader

  2. Cuma guna Google Mail. Yg lain tak guna..

  3. Hello, its good article concerning media print, we all
    understand media is a great source of facts.

  4. Tip yang sangat menarikk..google adsense x penah cuba lagi..

Speak Your Mind

*