5 Masalah Gangguan yang Selalu Dihadapi Blogger ketika Menulis Artikel

Selepas anda membaca artikel 8 Tips Berkesan Dalam Mencari Idea Menulis Artikel, anda pun terus mempunyai beberapa idea menarik yang ingin anda tulis di blog.

Dengan semangat berkobar-kobar, anda pun terus membuka BlogDesk (rujuk artikel saya mengenai BlogDesk di sini), dan mula menaip perenggan pendahuluan. Ketika hendak masuk ke isi pertama pula, tiba-tiba keluar pop-up notification Yahoo Messenger! daripada kawan anda mengajak anda keluar makan.

Konsentrasi anda terganggu! Mood anda yang tengah excited menulis artikel tadi, terpotong. Momentum untuk anda menulis perenggan yang seterusnya hilang. Atau lebih teruk lagi, anda terus hanyut dengan melayan YM kawan anda dan meninggalkan artikel yang telah ditulis separuh jalan sebentar tadi.

Inilah salah satu contoh masalah yang sering dihadapi oleh para blogger. Ketika mereka sedang excited membuat artikel, tiba-tiba ada sahaja gangguan yang akan mengganggu konsentrasi mereka.

Di antara masalah gangguan yang lain…

Berikut merupakan lima masalah yang sering dihadapi oleh blogger ketika sedang menulis artikel:

1. Instant Messaging – Contohnya adalah seperti yang saya ceritakan di atas mengenai gangguan notification YM daripada kawan, atau mungkin juga daripada kekasih atau rakan kenalan yang mengenali anda. Apabila status YM anda memaparkan online, mula la rakan-rakan anda ingin berchatting dengan anda. Pop-up dan notification yang keluar tanpa henti akan mengganggu anda menulis artikel. Lagi-lagi apabila ada rakan yang mengajak anda berborak mengenai benda yang tidak penting. Tidakkah ianya merugikan jika masa itu boleh digunakan untuk anda fokus menghabiskan menulis artikel?

2. Gangguan Bunyi dari Muzik/TV – Selain daripada itu, masalah bunyi juga adalah salah satu gangguan yang boleh menyebabkan anda mudah hilang fokus. Contohnya apabila anda menulis artikel, dan dalam masa yang sama anda mendengar muzik dengan kuat. Saya sendiri pun tidak boleh fokus menulis artikel apabila memasang lagu di komputer. Jika TV di ruang tamu di pasang kuat pun saya boleh keluar bilik, dan memperlahankan suara TV tersebut. Kira ianya sangat menggangu.

3. Notification dari social Media – Facebook, Twitter, dan Google+ merupakan di antara laman web sosial yang popular dan sering digunakan oleh blogger. Laman sosial seperti ini digunakan oleh blogger untuk share maklumat dengan follower mereka seperti yang saya lakukan di fanpage CypherFS Network. Namun begitu, setiap kali adanya reply di Twitter atau ada new status update, notification yang muncul pada web browser akan menarik perhatian anda untuk melihat update tersebut.

4. Incoming Email – Setiap hari pasti akan ada email yang masuk ke inbox anda. Dan apabila ada email baru, akan keluar notification pada web browser seperti yang berlaku pada point saya di Social Media di atas. Apabila saya nampak notification seperti ini, pasti saya akan terasa ingin membuka dan membaca email tersebut. Bila dah buka email, mulalah saya leka dan buat benda lain pulak. Alih-alih, tertinggal tujuan utama saya tadi untuk menulis blog.

5. Penat tidak cukup rehat – Dan gangguan masalah yang terakhir yang biasa terjadi adalah, penat. Untuk menulis artikel kita memerlukan tenaga. Bukan untuk menulis artikel sahaja, tetapi tenaga itu juga digunakan ketika kita generate idea dan memikirkan ayat yang sesuai ketika menulis. Samalah seperti ketika kita study. Apabila kita study, kita turut membakar glukosa di dalam badan untuk menjana tenaga. Itulah sebabnya kita akan berasa lapar dan penat apabila study. Dan apabila penat, mula la perasaan malas dan mengantuk pun datang menarik kita ke tilam.

Setiap masalah dan gangguan ini boleh kita elak supaya kita dapat memfokuskan perhatian kita pada penulisan artikel. Akan saya kongsikan penyelesaian masalah ini dalam artikel saya yang selanjutnya. Sabar ya…

Comments

  1. Untuk bunyi muzik dan tv tu rasanya ikut orang jugak….macam saya biasanya buat entri sambil tengok tv series atau movie..heheh…pelik kan? sebab dah terbiasa dengan cerita-cerita tu jadi waktu menulis rasa selesa….

  2. boleh cuba update artikel sambil dengar rakaman bacaan quran dalam volume yang perlahan

Speak Your Mind

*