5 Sebab Utama Kenapa Anda Gagal Dalam Blogging

Artikel kali ini sedikit panjang. Kalau anda ingin tahu sebab kenapa ramai orang berhenti blogging, teruskan membaca. Kalau tak nak, klik Like! atau share di Twitter. Terima kasih! -CypherHackz-


Adakah “kereta kuda” penyebab utama anda gagal dalam blogging?

Memang banyak blog yang wujud di Malaysia ni. Di sana blog, di sini blog, di situ blog. Tengok Facebook kawan pun dah semakin ramai yang post link ke blog masing-masing.

Tetapi selepas beberapa bulan, tiba-tiba senyap je kawan-kawan kita tu. Bila kita tanya kenapa tak update blog? Macam-macam alasan yang mereka bagi. Takde masa la, malas la, itu la, ini la… Macam-macam…

Tetapi adakah anda tahu kenapa mereka jadi macam tu? Kenapa mereka boleh berhenti dari blogging? Kenapa mereka gagal dalam dunia blogging?

Daripada pemerhatian saya, saya mendapati terdapat 5 sebab utama kenapa blogger-blogger ini, erm…mungkin anda pun salah seorang daripadanya, boleh berhenti dan gagal dalam blogging…

Di antaranya adalah…

1. Blog Hanya Untuk Duit

Saya pernah sentuh isu ini dalam artikel saya, Blogger Newbie Blog Hanya Kerana Duit. Rata-rata blogger baru menganggap mereka boleh menjana pasif income sebanyak 3 hingga 4 angka dengan blogging. Tetapi mereka tidak tahu untuk mendapat angka sebanyak itu bukanlah mudah seperti yang mereka sangka.

Dan apabila mereka tidak dapat duit seperti yang mereka harapkan, mereka akan hilang semangat untuk blogging. Sebulan… Dua bulan… Earning Nuffnang mereka tak naik-naik pun. Buat penat je blog ni.

Last-last, mereka berhenti dari blogging. Sebab apa? Sebab tujuan mereka awal-awal tadi untuk dapat duit. Dah bila blogging tak dapat duit, mereka pun malas dah la nak continue blogging lagi.

2. Tidak Mempunyai Minat (Passion)

Kalau dah awal-awal letak niat blog untuk duit, kemudiannya takde minat dalam blogging, memang sah-sah blog tu takkan ke mana.

Sebagai contoh, anda tengok abang blogger ni buat blog pasal hiburan. Anda pun ikut buat blog hiburan yang sebijik sama dengan dia. Padahal anda tak minat pun bab-bab hiburan ni. Tetapi sebab anda tengok ramai orang baca blog hiburan, anda pun tiru dan buat blog yang sama dengan blogger tadi.

Sebab takde minat, anda pun tak tahu isu-isu semasa dalam dunia hiburan. Bila dah tak tahu nak update isu apa, anda pun copy-paste artikel dari blog abang blogger tadi ke blog anda.

Setiap hari copy-paste. Setiap hari copy-paste. Tapi orang yang bacanya, takde. Sebab content anda sama je dengan content blog hiburan tadi, yang lebih popular dan terkini.

Buat apa orang baca blog anda kalau mereka boleh baca artikel yang sama dan terbaru di blog abang tadi? Last-last, takde orang pun nak baca blog anda. Anda pun stop dari blogging… Sebab takde minat melainkan copy-paste, copy-paste tak kesudah.

3. Niche (topik) Syok Sendiri

Atau anda mungkin ada minat mendalam dalam sesebuah topik, dan anda juga tak meletakkan duit sebagai tujuan utama dalam blogging. Tetapi sayangnya niche yang anda pilih tu, hanya anda seorang sahaja yang minat. Orang lain tak minat pun. Anda syok sendiri!

Contohnya macam ni. Anda minat sangat-sangat dalam niche perlumbaan kereta kuda di Malaysia. (hah?!) Setiap hari anda update blog dengan berita-berita terkini pasal kereta kuda di Malaysia. Anda mengharapkan orang lain akan datang dan baca blog anda.

Tetapi sayangnya, niche yang anda pilih tu tak popular dan tak mendapat sambutan pun. Tulislah macam mana pun, updatelah blog setiap hari pun, tetapi kalau orang lain tak minat, takkan ada orang yang akan datang ke blog anda.

Bila dah jadi macam tu, anda nak continue lagi ke blogging ni? Setiap hari tengok statistik, 5-10 orang je yang datang visit. Tu pun entah-entah anda sendiri yang datang ke blog untuk check ok ke tak. Buat penat je…

4. Terlalu Banyak Blog Dalam Satu-Satu Masa

Saya akui saya pernah buat silap yang sama seperti anda. Kita seronok sangat blogging. Nampak niche ni menarik, kita pun bukak blog satu. Nampak niche lain ok, kita pun bukak blog lagi satu. Last-last ada dekat 7-8 buah blog nak maintain dalam satu-satu masa.

Kalau anda ada satu blog, mudah untuk anda fokus hanya pada blog itu sahaja. Masa yang ada, anda boleh gunakan untuk cari bahan artikel, study on niche anda, follow update-update terkini, dan update blog anda.

Tetapi dah kalau ada 7-8 atau mungkin berbelas, belas blog, larat ke anda nak maintain tu semua? Sedangkan satu pun tak terjaga, ni kan nak jaga semua.

Last-last apa yang jadi? Semua blog tak terupdate (pernah terjadi pada saya sendiri pada tahun 2009 dan 2010 yang lalu). Apa pun tadak! Habis blog terbiar berhabuk siap ada anai-anai lagi. Tinggal reput nak roboh je.

5. Tidak Mempunyai Matlamat

Dan yang terakhir sekali, sebab yang paling utama kenapa anda gagal dalam blogging adalah kerana anda tidak mempunyai matlamat.

Apa matlamat sebenar anda dalam blogging? Apakah yang anda ingin capai dalam blogging? Trafik? Populariti? Suka-suka? Atau ikut orang?

Anda perlu mempunyai matlamat. Matlamat inilah yang akan mendorong anda untuk pergi ke depan dan pergi lebih jauh. Jika anda mempunyai matlamat, anda akan tahu apa yang anda inginkan dan apa yang ingin anda capai.

Tetapi jika anda tidak mempunyai matlamat, anda tidak tahu apa yang patut anda lakukan. Anda tidak tahu jalan apa yang anda patut pilih. Anda tidak tahu kaedah apa yang patut anda pakai. Dan macam-macam lagi.

Matlamat adalah penting dalam sesebuah blog. Jika tidak, anda adalah seperti:

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan…
Tak tahu mana arah untuk kau menuju…

-lirik lagu Perangkap Cinta.

Jika anda betul-betul ingin berblogging, pastikan anda mengatasi atau meninggalkan sebab-sebab utama yang saya kongsikan bersama anda pada hari ini. Saya percaya anda boleh, dan semestinya anda boleh!

Apa yang penting, jangan mengharapkan duit semata-mata dari blogging. Anda perlu mempunyai minat yang mendalam dalam niche anda. Pastikan juga niche yang anda pilih itu bukanlah niche yang anda syok sendiri. Fokus pada satu blog sahaja pada satu-satu masa. Dan akhir sekali letak matlamat anda sejelas-jelas yang mungkin.

Itu sahaja dari saya untuk hari ini. Saya doakan semoga anda berjaya, dan menjadi salah seorang blogger yang disegani di Malaysia. InsyaAllah…

Comments

  1. aku blog dari 2009. Semua point tuh betoi..no doubt..buktinya tengok aku, tak power pon..kahkahkah

  2. tak juge sebab duit, saya buat blog sebab nak tau dunia blogging je
    saye lebih minat main twit dan facebok ape lagi bab ngumpul LIKE huhu asik
    ramai kawan buat kecoh broo….

  3. Baru sedar yg aku terlalu meletakkan duit di tempat tertinggi dlm blogging. . .

  4. sy bru je bwt blog setelah sekian lma merayau blog ke blog. trime kasih sgt2 kongsi pndgn yg cukup menyentuh jiwa=)

  5. True story. Pernah buat kesilapan seperti di atas dulu..

  6. duit duit duit..tulah punca blog aku x jalan langsung dulu…skg ni dah ok sikit dah dekat blog baru aku…aku plan, fokus untuk blogging saja dulu..pastu, trfik & visitor dah maintain, baru kasih pacak itu iklan..ehehe..hope, jadilah usaha aku..

  7. Huhu..aku terkena poin ke 4,tp Alhamdulillah akhirnya sedar gak.dan tambah sedar bila baca artikel ni.Terimakasih byk2.

  8. Pernah fikir duit tapi blog aku tak bergerak pun jadi blogging je lah. Poin2 yg berguna buat blogger semua.Tq 4 d article.

  9. Saya memang bersetuju dengan pandangan yang diberikan.Kalau pikir pasal duit aje memang bermasalah.Lepas 2 pula buat blog banyak2 harap2 bolehlah tambah duit lagi tapi habuk tak ada pendapatan.Siap kena bayar untuk hosting.Belajarlah dulu baru nak tambah blog.Memang menarik.Tips yang yang berkesan kepada saya sebagai orang baru dalam blog.

  10. laaa…ptut la kan…smua kesalahan sy dlm berblog ada kat atas ni..ptot la smpai skrg xmaju2

  11. Byk yg kena study klu nk berblog …….mgkn yer ada yg berblog utk cari duit sbb skrg ni zaman cari duit online….mgkn jgk ada yg sajer2 isi masa lapang…..tgk pd tujuan asal kita tujuan ada blog…

  12. yang paling penting rasanya adalah MINAT, kalau tak minat dan hanya nak ikut orang lain memang tak ke mana…

  13. aku pernah blogging kerana duit..tapi sekarang dah buka mata..dan buat blog baru..

  14. Alhamdulillah setakat ni belum gagal dan harap dapat jadi buat blog yang hebat

  15. Poin2 yg memang mengena.hahahaha buktinya aku sampai sekarang tak maju2 lg

  16. niche paling susah rasanya….

  17. cam ramai yang terasa pulak ni, info yang menarik bro

  18. Saya dapat trace semua point di atas adalah dari pengalaman owner blog ini sendiri.
    Ini juga termasuk dari observation yang berpanjangan dari diri owner blog ini sendiri.
    Semua tips menulis blog (jika inginkan kelainan) adalah dari dari diri sendiri.
    Admin dan saya mempunyai pemikiran yang jauh buat diri sendiri.

  19. setuju dengan point2 kat sini..

  20. RMAI SKRG NIE BUAT BUAT BLOG UTK DUIT..DUIT XDPT MULA LA BORING….BG SYE BUAT BLOG UNTUK KUMPUL APE SAYA MINAT N KONGSI PENGALAMAN DENGAN BLOGER LAIN.BLOG NI JADI TMPT SIMPAN BARANG SYE SUKE.TIME NK NTI SENANG LA NK CRI..

  21. tak tahu laa mcm mana nak buat bisnes dgn mnggunakan blog ..

  22. Sedang cuba untuk memastikan aku tidak melakukan 5 kesilapan ini.
    Terutamanya berblogging semata – mata kerana duit. :)

  23. baru belajar berblog kenapa masuk dunia blogging? saje..tak de buat apa kat rumah .

  24. Problogger says:

    kalo lama x update blog kira gagal jugak x?

  25. Artikelnya bagus, memang sulit ngeblog,,,

  26. Semalam aku terbaca entri yang lebih kurang mcm ni,jadi artikel pilihan busuk.org.aku rasa yang ni original.tapi ayat sama bro,entri anda diplagiat ke?

    • Maciel, blz?Quase sempre SSD é mais rápido que HD. O caso deste Acer é uma exceção, pois o SSD dele tem alguma falha de projeto ou de qualidade de chip… É lento que dói – e faz você querer rápido um HD. Veja em outro post como fiz para trocar o SSD por um HD de iPod§AbraÃ.os!

    • Ah, et puis c’est la faute à qui si le nuage qui faisait tous ces flocons ne s’est pas arrêté à la frontière, comme son homologue de Tchernobyl? L’enquête mériterait d’être suivie de près…

  27. Terbaik!!!

  28. akak setuju 100% dengan apa yang kamu share ni

  29. ada betulnya point-point tu..mungkin ada sebab lain lagi..

  30. Sedang cuba untuk memastikan aku tidak melakukan 5 kesilapan ini.
    Terutamanya berblogging semata – mata kerana duit

  31. sy bru je bwt blog setelah sekian lma merayau blog ke blog. trime kasih sgt2 kongsi pndgn yg cukup menyentuh jiwa =)

  32. Best artikel ni kawan… makasih sangat laa.. :)

  33. sy bru je bwt blog setelah sekian lma merayau blog ke blog. trime kasih sgt2 kongsi pndgn yg cukup menyentuh jiwa=)

  34. True story. Pernah buat kesilapan seperti di atas dulu..hehe :D

  35. Pernah fikir duit tapi blog aku tak bergerak pun jadi blogging je lah. Poin2 yg berguna buat blogger semua.Tq 4 d article. :)

  36. terimakasih atas sarannya…ini akan membuat saya lebih hati2 dalam blogging..

  37. setuju dengan point2 kat sini..

  38. Pernah fikir duit tapi blog aku tak bergerak pun jadi blogging je lah. Poin2 yg berguna buat blogger semua.Tq 4 d article.

  39. emang bener bingit thuu…kalow kita cuma harapin untung dari blog kita, tanpa kita mengedepankan kualitas blog kita…makasih gan..:D

  40. Certainly, all right. Very good entry.

  41. passion dan matlamat sangat penting, saya setuju dgn entri ini.

  42. Oh my goodness! Impressive article dude! Thank you so much, However I am
    encountering problems with your RSS. I don’t know
    the reason why I am unable to subscribe too it.
    Is there anybody else getting the same RSS issues?
    Anyone that knows the answer can you kindly respond?
    Thanks!!

    • 5 sebab itu mampu membuat saya kembali bersemangat menulis di blog, semoga saja saya dapat menghindarinya agar tidak gagal di masa nanti,,, terimakasih

  43. This article is really a nice one it assists new internet users, who are wishing for blogging.

  44. Hi,
    Perkongsian yang menarik untuk para bloggers. Saya dapat belajar sesuatu yang baru.

    Saya sangat setuju dengan semua sebab-sebab ini. Terutamanya nombor 5. Kebanyakan orang hanya membuka blog tanpa matlamat yang khusus. Ini salah satu perkara yang saya telah pelajari. Dan saya rasa juga membuka blog yang tidak bertema adalah salah satu contoh matlamat yang tidak jelas. Jika saya membaca blog-blog seperti ini, saya boleh kaitkan dengan yang nombor 1,2,3 dan 4. Haha.

    Terima kasih.

  45. Cek langsung disini Berita Terbaru terhangat dan terpercaya

Speak Your Mind

*