5 Tips Memilih Web Hosting Untuk Blog

web-hosting

Walaupun terdapat laman web yang menyediakan perkhidmatan blog secara percuma seperti WordPress, Blogspot, Blogdrive dan sebagainya, tetapi saya lebih menyukai untuk membangunkan blog di hosting saya sendiri. Selain daripada saya dapat menjaga blog-blog saya dengan mudah dan dapat menggunakan domain saya sendiri, saya juga mempunyai kebebasan untuk melakukan apa sahaja pada blog saya itu. Walau bagaimanapun, pemilihan web hosting untuk blog adalah penting bagi menjamin uptime blog kita pada peratusan yang tinggi.

Berikut merupakan 5 tips yang saya kongsikan untuk memilih web hosting yang terbaik untuk blog kesayangan anda:

Tips 1 – Kualiti Perkhidmatan

Pastikan perkhidmatan yang disediakan oleh web hosting yang anda pilih adalah terbaik. Buat kajian terlebih dahulu berkenaan dengan web hosting tersebut sebelum membuat pilihan. Gunakan enjin carian Google dengan sebaik-baiknya. Kadang-kala memang di laman web hosting itu menunjukkan 99.9% uptime tetapi secara realiti, web hosting itu selalu down dan ini akan mengganggu aktiviti blogging anda. Adakah anda mahu blog anda tidak dapat diakses kerana keupayaan server yang lemah? Adakah anda mahu database blog anda hilang secara tiba-tiba? Sudah pasti tidak bukan? Oleh itu, kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh hosting provider adalah penting dalam pemilihan web hosting.

Tips 2 – Harga Berpatutan

Sesetengah web hosting provider meletakkan harga yang sangat mahal dan tidak berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan. Dan ada juga web hosting provider yang memberikan harga yang sangat rendah kepada pelanggan dan servis yang diberikan hampa belaka. Di sini anda perlu berhati-hati dan bijak dalam membuat pilihan. Lihat adakah harga yang diberikan itu bersesuaian dengan features yang disediakan? Jika anda rasa ianya tidak bersesuaian, jangan buang masa lagi dan cari hosting provider yang lain. Tetapi anda kena ingat, terdapat juga sesetengah web hosting provider meletakkan harga yang mahal seperti Exabytes kerana mereka mempunyai ramai kakitangan untuk membantu anda. Apabila kakitangan ramai, mereka dapat membantu anda dengan lebih cepat sekiranya anda mengalami masalah dengan hosting. Jadi, ada juga kebaikan sekiranya pakej hosting itu mahal.

Tips 3 – Customer Support

Ini merupakan salah satu perkara yang paling penting dalam membuat pemilihan sesebuah web hosting. Anda kena pastikan customer support hosting anda bersedia 24/7 untuk membantu anda? Andai kata tiba-tiba hosting mengalami masalah database pada waktu tengah-tengah malam, adakah customer support sedang berjaga dan bersedia untuk memberikan anda bantuan? Adakah customer support boleh dihubungi melalui Yahoo Messenger mahupun telefon? Sekiranya mereka tidak mempunyai kriteria-kriteria ini, lupakan sahaja hosting provider tersebut dan carilah yang lain. Saya percaya sekiranya hosting anda tiba-tiba mengalami masalah walaupun di waktu tengah-tengah malam, seboleh-boleh anda mahu ianya dibaiki dengan segera. Tak gitu?

Tips 4 – Features Yang Ditawarkan

Sekiranya anda sudah mempunyai senarai pendek beberapa web hosting provider yang menjadi pilihan, cuba anda bandingkan features yang ditawarkan. Berapa banyakkah saiz dan bandwidth yang diberi? Bagaimana pula dengan add-on domain? Berapa banyak pula database dan email yang boleh anda guna di hosting itu nanti? Perkara-perkara seperti ini perlu diambil perhatian kerana kalau boleh, kita tidak mahu berpindah-randah. Migration domain dari satu DNS ke DNS yang lain mengambil masa lebih kurang 72 jam untuk selesai sepenuhnya. Oleh itu, adalah lebih baik kita mempunyai hosting yang lengkap dan tidak perlu untuk kita berpindah-randah sekiranya features yang kita mahukan tidak ada dalam pakej hosting itu. Tanyalah saudara Loqnerd (link blog beliau terpaksa di remove atas permintaan beliau sendiri kerana sudah tidak digunakan lagi) apa yang berlaku semasa migration domain blog dia. Komen-komen yang dihantar telah termasuk ke hosting yang lama kerana proses migration yang mengambil beberapa hari untuk selesai.

Tips 5 – Survey Terlebih Dahulu

Tetapi, yang sebenarnya terdapat cara yang lebih mudah untuk memilih web hosting ini. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah bertanya kepada mereka-mereka yang sudah mempunyai hosting sendiri. Tanya pendapat mereka dengan hosting yang mereka sedang gunakan. Adakah mereka berpuas hati dengan hosting provider mereka? Adakah hosting mereka selalu menghadapi masalah? Bagaimana pula dengan cara pembayaran? Adakah pembayaran boleh dibuat secara online? Tanyakan seberapa banyak soalan yang boleh supaya hosting yang anda pilih adalah hosting yang terbaik untuk blog anda.

Untuk blog saya ini, saya menggunakan perkhidmatan daripada ServerFreak. Sebelum ini saya menggunakan pakej daripada Internet Webhosting kerana harga yang diberikan sangat murah. Tetapi setelah setahun saya menggunakannya, pelbagai masalah mula timbul seperti server yang selalu down, database hilang dan bermacam-macam lagi masalah yang lain. Disebabkan tidak tahan dengan karenah hosting yang lama, saya beralih kepada ServerFreak.

Setakat ini saya berpuas hati dengan perkhidmatan hosting yang disediakan oleh ServerFreak. Tuan empunya ServerFreak iaitu Sam boleh dihubungi terus samada melalui Yahoo Messenger (id: serverfreak) ataupun melalui telefon, 016-6791800 (24 jam). Selain daripada itu, sistem support yang diberikan oleh mereka juga pantas dan memuaskan.

Sekiranya anda ingin membeli hosting, saya mencadangkan anda untuk memilih ServerFreak. Walaupun harganya sedikit mahal, tetapi perkhidmatan yang diberikan sangat-sangat berbaloi dengan setiap wang ringgit yang anda laburkan.

Comments

  1. hohoho daku turut merekomen serverfreak.. memang berbaloi-baloi.. :D

    • serverfreak memang syok~~

    • triste monde dans lequel on attire les gens comme l’on attire les troupeaux d&nuquo;arimasx !!! vraiment, cet homme, sent le mal, comment en tant qu’ex musulman , peut-on avoir une considération affreuse telle qu’il a à l’égard de l’islam! le commentaire de cet homme n’a ni queue ni tête, ses raisons sont d’une calomité infâme !

  2. macam mana dengan sealserver?ada pendapat?

  3. wa..aku ada satu blog kat internet-webhosting tu..hohoo..kena pindah ke ni? So far takde down lagi..hehe..tapi nak bandingkan Internet-webhosting ngan Rawanaz, lagi ok Internet-webhosting ni. Rawanaz, is no no.

    tapi serverfreak memang terbaik..support memang best, cuma harga hosting dorang mahal skit..tapi servis puas hati takper..

    • rawanaz is more than useless.. aku skang nie tgh pakai fivio and customer support memang okay la..

      saya memang sokong yang bab mahal tuh.. biar mahal asal mereka nie sanggup layan “tetamu”

  4. Thank you for compliment to Exabytes.

    Yes, we provide 24 x 7 technical support through helpdesk and livechat support during office hour for technical support. At Exabytes, we also offer guaranteed 2 hours respond time for technical support you requested to our technical team. From our record for past few months, we manage to achieve 30 minutes respond time to our technical support request.

    Exabytes also offer 100 days money back guarantee where we give you full refund for your hosting fee if you are not satisfied with our services.

  5. kenapa lama x update ni ??

  6. hu…… samalah kita
    mula-mula guna IW juga, 6 bulan pindah sebab tak tahan down tak menentu. Tukar SF – cepat, cekap dan customer service yang pantas

  7. baru jugak la pindah hosting sebab owner lama hilang ntah ke mana. M.I.A.
    contact-contact tak dapat-dapat.
    langkah terbaik baik cabut cepat-cepat.
    terus book untuk 4 tahun terus. jadi 4 tahun tak risau pasal hosting lagi.

  8. aku tak suka pindah-pindah hosting ni sebab penat dan leceh,tapi dalam hati ni teringin gak nak pindah hosting,hosting sekarang ni tak berapa cun la..

  9. Thanks bro atas infonya

  10. Blogwalking plus blogreading bro.. good info. bahasa istilahnya nyentrik uy, mampir balik ke blog akang yaw :)

  11. info yg berguna bagiku..TQ

  12. wahh. promosi serverfreak la..

  13. Info yg baik utk dikongsikan.TQ bro.Saya guna hosting buaya(hostgator)

  14. pakai Onebytes dan Hostgator sahaja..dah cukup puas hati..:D

  15. Nak minta pendapat, korang rasa mana yang lebih bagus antara 2 ini:
    internet-webhosting —–10GB Disk Space AND 50GB bandwidth (RM80)
    datakl ——-5 GB Disk Space AND 35 GB bandwidth (RM80)

    Nak pilih internet-webhosting tapi nak tahu pendapat org lain

  16. Yg terbaik mestilah Onebytes.. harga ok , kualiti pun ok

  17. Bagus tip ni, saya tengah cari hosting murah dan baik. Boleh la tahu apa yang perlu tengok.

  18. saya guna mesrahosting.net….amacam ok tak….ada sesiapa pernah guna hosting dari mesrahosting?

  19. Tips yang berguna. Pada saya kena cari hosting yang boleh upgrade bila tiba masanya. Kalau masi permulaan lebih baik gunakan blogspot ja sebagai hosting.

  20. Ulasan yang menarik untuk kami simak,

    terima kasih.

  21. Career search for Jobs Seeker & Internships in Malaysia We are from JobThru.com would like to invite all student & jobs seeker to create account at http://jobthru.com/register and begin your search career with us. Our main focus is to provide the best way for student/jobs seeker to find new job with awesome resume builder, jobs alerts and many more. Visit Jobthru.com

  22. Setiap orang ada pengalaman berbeza. Pengalaman saya agak negatif dari segi prestasi server untuk pakej harga yang hampir sama dengan pembekal lain. Akhirnya terpaksa bertukar ke pembekal lain juga.

  23. Lebih mudah sekiranya mengambil perkhidmatan web hoster dari anak muda tempatan atau malaysia. Kadang-kadang service mereka setanding dengan company yang well known cuma mereka tidak mempunyai ruang kerana kekurangan branding. Tiada sebarang promosi meluas.

Speak Your Mind

*