6 Perkara Utama Yang Perlu Ada Dalam About Me Page

This is an example of a WordPress page, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. You can create as many pages like this one or sub-pages as you like and manage all of your content inside of WordPress.

Apakah perasaan anda apabila membaca perenggan di atas dalam About Me page blog seseorang? Adakah anda boleh mengetahui siapakah pemilik blog tersebut dengan hanya membaca ayat di atas? Atau adakah anda boleh mengetahui tujuan blog tersebut diwujudkan?

Itulah pentingnya kenapa perlu ada page khas untuk About Me atau Tentang Saya atau Tentang Penulis. Ramai blogger tidak sedar bahawa perkara pertama yang pembaca akan klik selepas membaca artikel mereka adalah About Me page. Chris Brogan turut mendedahkan perkara ini dalam salah sebuah artikel beliau yang menunjukkan page About beliau menerima lebih banyak klik berbanding page yang lain.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk menulis About Me page yang baik? Apakah perkara-perkara yang perlu dimasukkan dalam halaman tersebut?

1. Nama – Sudah semestinya pembaca ingin tahu siapakah nama penulis blog tersebut. Adalah sangat penting untuk seseorang blogger meletakkan nama beliau di dalam About Me page. Sekiranya anda tidak ingin menggunakan nama sebenar, anda juga boleh menggunakan nama pena bagi memudahkan pembaca mengenal dan memanggil nama anda di dunia blog.

2. Gambar – Walaupun ianya tidak wajib, tetapi saya sangat galakkan blogger meletakkan gambar mereka dalam About Me page. Ambillah gambar dari sudut yang menarik dan nampak professional yang jelas menunjukkan kematangan diri anda. Janganlah letak gambar kartun atau gambar yang menunjukkan kebudak-budakkan kerana ianya akan menjatuhkan kredibiliti anda sendiri.

3. Latar Belakang – Ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang diri dan blog anda. Mungkin boleh ceritakan bagaimana anda mula berjinak dalam dunia blog atau bilakah anda mula membina blog tersebut. Tetapi ingin saya ingatkan di sini, jangan letak terlalu banyak maklumat peribadi bagi mengelakkan maklumat tersebut disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung-jawab.

4. Tujuan Blog – Selain daripada itu, perkara penting yang perlu ada adalah tujuan blog tersebut diwujudkan. Kenapa anda membuka blog tersebut? Apakah manfaat yang diperoleh pembaca dengan berkunjung dan membaca blog anda? Setiap blog berbeza antara satu sama lain dan anda perlu mempunyai objektif dan tujuan blog yang tersendiri. Ini bagi membantu pembaca untuk lebih mengenali blog anda dengan lebih dekat lagi.

5. Langgan RSS – Disebabkan About Me page merupakan halaman yang sering dikunjungi oleh pembaca, jadi adalah peluang yang baik untuk anda mengajak pembaca melanggan RSS feed blog anda. Di sini terdapat dua cara, samada meletakkan link direct terus ke RSS feed atau link ke halaman page Langganan yang telah anda tetapkan.

6. Hubungi – Selain itu, saya sarankan anda menerangkan serba sedikit kepada pembaca bagaimanakah caranya untuk mereka menghubungi anda. Jika anda mempunyai page yang khusus untuk berhubung, anda boleh pautkan halaman tersebut dalam About Me page. Tetapi jika tidak, anda boleh beritahu kepada pembaca kaedah-kaedah yang mereka boleh gunakan untuk menghubungi anda samada email, YM dan sebagainya.

Memang tidak dinafikan, About Me page adalah sebuah halaman yang sangat-sangat penting dalam sesebuah blog. Dengan adanya page ini, mudahlah pembaca untuk mendekati dan mengenali blog anda dengan lebih dekat lagi. Saya tertarik untuk menggunakan pepatah Melayu yang berbunyi, “Tak kenal, maka tak cinta”. Jadi, gunakanlah halaman About Me ini untuk menarik cinta pembaca agar lebih terpaut dengan blog anda lagi. Semoga berjaya!

Comments

  1. about me ni, biasa aku buat acuh tak acuh sahaja… lebih fokus pada content point utk setiap entri

  2. rasanya page about me saya sudah ada perkara2 yang disebutkan diatas..

  3. memang about me page penting utk nampak professional.. contact form pun sama..
    tapi kadang2 cuak gak nak letak info byk2 kat about me.. ;)

  4. Betul. Masih berusaha lagi menghasilkan abaut me page dengan lebih baik dan professional.

  5. salam kenal, banyak info dalam blog ni, tq for sharing.

Speak Your Mind

*