8 Tips Berkesan Dalam Mencari Idea Menulis Artikel

Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang blogger apabila sampai pada satu tahap, mereka akan ketandusan idea untuk menulis artikel. Saya juga pernah mengalami situasi yang sama. Namun begitu, dengan menggunakan 8 tips berkesan ini, saya dapat mencari dan menjana beberapa idea yang menarik untuk menulis artikel.

1. Menjawab soalan yang ditanya di forum – Forum merupakan sebuah tempat bagi sesebuah komuniti untuk berkumpul dan beraktiviti di alam siber. Selain daripada itu, forum juga digunakan untuk bertanyakan soalan atau masalah untuk dijawab oleh ahli-ahli forum yang lain. Bergantung pada niche blog anda, sekiranya anda arif dalam soalan yang ditanya, anda boleh menulis artikel bagi menjawab soalan tersebut di blog anda.

2. Komen yang dihantar oleh pembaca – Terdapat juga sesetengah pembaca yang bertanyakan soalan mereka di ruangan komen. Anda juga boleh jadikan soalan mereka sebagai idea untuk menulis artikel. Contoh yang pernah saya buat adalah seperti, Bagaimana Menambah WWW Pada Nama Domain?

3. Isu semasa dan berita terkini – Sesetengah isu semasa adalah sangat menarik untuk dijadikan sebagai idea dalam menulis artikel. Contoh isu yang pernah menggemparkan seluruh dunia adalah berkenaan gempa bumi yang pernah berlaku di negara Jepun. Tetapi ingin saya ingatkan, artikel sebegini hanya hangat dalam 3-5 hari sahaja. Selepas daripada itu, ianya akan menjadi sebuah artikel yang lapuk.

4. Jadikan masalah anda sebagai idea – Mungkin masalah yang dialami oleh anda turut dialami oleh orang lain. Contoh yang mudah adalah seperti artikel ini. Anda mungkin membacanya kerana anda sedang mengalami masalah untuk mencari idea yang sama seperti saya. Gunakan masalah tersebut dan cari jalan penyelasaian untuk dijadikan sebagai idea dalam menulis artikel di blog.

5. Mengulas semula artikel blog yang pernah dibaca – Ketika anda sedang membaca artikel di blog seseorang, mungkin anda teringin untuk menambah atau mengulas apa yang disampaikan oleh blogger tersebut. Daripada situ, cuba masukkan pendapat dan pandangan anda mengenai topik yang dibincangkan. Sekurang-kurangnya, pembaca dapat melihat topik tersebut dari perspektif yang berbeza.

6. Mengolah semula artikel-artikel lama – Sesetengah artikel yang pernah diterbitkan beberapa tahun yang lalu mungkin sudah tidak relevan lagi di masa kini. Anda boleh gunakan artikel tersebut sebagai idea yang baru dengan mengolah semula artikel tersebut. Masukkan tips atau perkara-perkara baru agar artikel itu dapat dihidupkan dan disegarkan semula.

7. Bertanyakan soalan di laman sosial – Facebook, Twitter dan Google+ merupakan di antara laman sosial yang popular. Anda boleh menggunakan laman sosial ini untuk bertanyakan idea dari rakan-rakan anda atau follower anda. Mana la tahu, kalau-kalau ada idea yang diberikan itu dapat digunakan dalam menulis artikel.

8. Berehat dari blogging – Jika masih tidak menjumpai idea yang sesuai untuk blog, sudah tiba masanya untuk anda berehat buat sementara waktu. Rehatkan minda dan jauhkan diri daripada komputer. Tetapi jangan lupa untuk bawa bersama buku nota kecil atau handphone dalam poket anda. Jika ada idea yang muncul dalam kepala, cepat-cepat salinkan ia ke dalamnya.

Untuk menjadi seorang blogger adalah mudah. Tetapi, untuk menjadi seorang blogger yang professional yang dapat menulis artikel yang bermanfaat kepada pembaca adalah sukar. Diharapkan dengan adanya 8 tips berkesan yang saya kongsikan di sini dapatlah kita sama-sama gunakan untuk mencari idea dalam menulis artikel. Semoga berjaya… :)

Comments

  1. Isu semasa mmg senang nak buat, tapi ada msanya kita kadang2 rasa cam bosan sampaikan boleh terasa kemana hilangnya arah tuju blog..

  2. setuju. Kalau tulis tentang isu semasa, pilih mana yang berkenan dan ulas ikut acuan kita sendiri. hoho..

  3. yang last aku suke..haha..macam aku berehat agak lame untuk personal blog,aku up web web lain..hehe..sekarang bile dah web lain tu stabil skit,mood for personal blogging dah ade balik ! yey :P

  4. memang sampai satu masa idea tu akan berhenti.. haha.. good point.. tengok2 komen pun memang leh olah idea baru..

  5. Terima kasih atas penerbitan artikel ini. Kaedah di atas boleh digunakan berkali-kali untuk memperbanyakkan idea bagi menulis artikel blog.

    Salam perkenalan daripada saya. :)

  6. Nice sharing! :D
    Tapi kadang-kadang susah nak cari idea untuk tulis niche blog :)

  7. salam,

    saya menulis hanya apabila saya perlu menulis. dan saya menulis pengalaman saya kebanyakannya. saya juga menulis tentang apa yang berlaku di dalam lingkaran kehidupan saya.

    untuk mendapatkan idea dalam penulisan, saya suka membaca terlebih dahulu. mendapatkan serba sedikit gambaran tentang sesuatu yang hendak ditulis (terutama perkara yang baru dan saya tidak tahu).

    anyway, nice article. keep blogging! ;)

  8. Pada saya penulisan di online adalah cara kita memberikan yang terbaik untuk audience. Cari niche yang amat membelenggu masyarakat. Berani untuk menjadi sedikit berbeza. Jika kita dapat rasa apa yang kita tulis itu bermanfaat maka ianya juga akan bermanfaat untuk masyarakat. Cuba dan terus cuba, D24 pun ada masa “buang buruknya”.

  9. setuju saya kadng susah sekali cari inspirasi kalau mau menulis

  10. I every time spent my half an hour to read this web site’s posts everyday along with a mug
    of coffee.

  11. My spouse and I stumbled over here by a different page and
    thought I might check things out. I like what I see so i am just following you.
    Look forward to finding out about your web page again.

  12. Thanks for sharing..seorang blogger perlu menulis dan menulis. Menulis artikel perlukan keikhlasan dari hati. Tulislah apa sahaja asalkan ia mampu memberi faedah kepada audience. Itulah dinamakan blogger sejati.

    #blog awak comel lah admin.:))

Speak Your Mind

*