9 WordPress Plugins Yang Wajib Anda Miliki

top-wordpress-plugins

Saya mempunyai lebih kurang tujuh buah blog dan kesemuanya menggunakan platform WordPress. Saya memilih WordPress kerana ia mempunyai plugins yang dapat menambah baik blog saya dan meningkatkan produktivti penulisan saya dalam blogging.

Di sini saya senaraikan 9 buah WordPress plugins yang saya gunakan dan saya sangat merekemenkan anda untuk menggunakannya.

1. AkismetLINK

Akismet merupakan sebuah plugin yang dapat melindungi blog saya daripada komen-komen berbentuk spam. Dalam sehari, beribu-ribu spam wujud di dunia blog. Dengan adanya plugin seperti Akismet ini, sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam menapis komen-komen berbentuk spam dari wujud di blog saya.

2. All in One SEO PackLINK

SEO (Search Engine Optimization) adalah penting bagi sesebuah website mahupun blog. Dengan SEO, saya dapat meletakkan blog saya di ranking teratas dalam search engine results. Semakin tinggi ranking blog, semakin banyak trafik yang akan saya terima. Oleh itu, plugin All in One SEO Pack ini dapat mengoptimumkan blog saya agar lebih search engine friendly dan juga search engine optimized.

3. Enhanced WP-ContactFormLINK

Saya menggunakan plugin ini bagi memudahkan pembaca untuk menghubungi saya melalui email. Selain daripada itu, plugin ini juga mempunyai mekanisma yang dapat menghalang email berbentuk spam dari dihantar ke email saya.

4. Feedburner Feed Replacement

Plugin ini akan mengforwardkan ke semua RSS Feed blog saya dari www.pengendaliblog.com/feed/ ke http://feeds.feedburner.com/pengendaliblog/. Selain itu, Feedburner akan mengira bilangan mereka yang melanggan RSS feed dan saya dapat mengetahui bilangan sebenar pembaca yang sedang melanggan RSS feed blog saya.

5. Full Text FeedLINK

Apabila saya menggunakan <!–more–> di dalam artikel, WordPress akan memaparkan sebahagian sahaja artikel di Home dan juga di RSS feed. Disebabkan saya lebih gemar membaca artikel melalui RSS feed, plugin ini akan memaparkan artikel saya secara penuh di RSS feed walaupun saya menggunakan tag <!–more–> di dalam artikel.

6. Google XML SitemapsLINK

Sitemaps adalah wajib untuk setiap blog mahupun website. Sitemaps diibaratkan seperti sebuah index file yang menyenaraikan ke semua artikel dan URL yang ada pada blog saya. Dengan sitemaps ini, search engine seperti Google contohnya, akan lebih mudah merekodkan bilangan artikel dan URL yang ada untuk dimasukkan ke dalam database mereka.

7. W3 Total CacheLINK

Ada beberapa blog saya yang mempunyai trafik yang tinggi. Semakin tinggi trafik sesebuah blog, semakin banyak database query dan bandwidth yang digunakan. Bagi mengurangkan penggunaan bandwidth dan database query ini, W3 Total Cache akan membuat salinan setiap dynamic page blog ke bentuk static page (cache). Apabila pembaca ingin membaca sesebuah artikel, plugin W3 Total Cache akan memaparkan artikel tersebut dalam bentuk static page dan bukannya dynamic page (mempunyai database query).

8. WordPress Database BackupLINK

Database adalah sangat penting kerana di situlah tersimpannya segala artikel dan komen yang ada di blog saya. Oleh itu, saya akan melakukan backup sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Selain daripada itu, kelebihan plugin ini adalah saya dapat melakukan proses backup secara automatik dengan fungsi Schedule Backup.

9. Yet Another Related Posts PluginLINK

Plugin ini akan memaparkan artikel-artikel yang berkaitan dengan artikel yang sedang dibaca oleh pembaca. Selain memudahkan pembaca mencari artikel yang berkaitan, ia juga dapat menambahkan lagi bilangan page views blog saya. Bagi anda yang tidak tahu, sesetengah syarikat pengiklanan akan lebih tertarik untuk mengiklankan produk mereka di blog yang mempunyai page views yang tinggi.

Selain daripada 9 plugins di atas, saya turut menggunakan beberapa plugins yang lain. Namun begitu, hanya 9 plugins ini sahaja yang saya rasakan berguna dan wajib anda gunakan di blog WordPress anda.

Bagaimana pula dengan anda? Plugin apakah yang anda rasakan penting dan mesti ada untuk sesebuah blog WordPress?

Comments

  1. wah, post ni memang sangat membantu newbie macam aku nih..

    hahaha… :D

  2. Mudah2an apa yang dikongsikan di sini dapat membantu anda dalam dunia blogging. :)

  3. Google Image-XML Sitemap dan WP-Stats tertinggal daripada senarai di atas dan wajib ada oleh setiap pengguna blog WordPress.

  4. Saya nak cadangkan plugin Broken Link Checker. Amat membantu untuk mengenalpasti broken links dan missing images.

  5. cam aku guna guna plugin 2,7 dan 8 je… ikutkan byk lg plugin yg menarik….

    perghh byk tul blog ko… larat ke jage sume…?

  6. Ada beberapa plugin di atas yang belum saya pasang di blog..insyaAllah selepas ini saya akan pasang.Terima kasih bro atas perkongsian artikel ni.

  7. 1/3 yg dipaparkan aku ader pakai, yg w3 cache aku x berani nak pakai, sebab pernah ader pengalaman buruk, hehe

  8. kalau guna Yoast SEO plugin dah jimat 2 plugin.. AIOS + Google XML Sitemap.. yoast plugin yg leh dikatakan sempurna..

  9. terima kasih kerana berkongsi.. saya masih baru dalam dunia ini

  10. trimas dude.ade ilmu baru !

  11. Terima kasih atas maklumat yang diberikan.Ada yang dah install ada yang tidak.Memang terbaik.Terima kasih sekali lagi.

  12. baru sahaja setup blog. Terima kasih kerana artikel membantu

Speak Your Mind

*