About

Selamat datang ke laman web Pengendali Blog. Sebuah blog yang akan membincangkan serta berkongsi tips-tips menarik yang khusus untuk mereka-mereka yang ingin menjadi atau sudah menjadi seorang pengendali blog (blogger).

Nama saya Fauzi Mohd Darus. Saya sudah berkecimpung dalam dunia blog seawal tahun 2005. Saya bukannya seorang yang hebat ataupun dikatakan sebagai sifu dalam dunia blog tetapi sedikit sebanyak saya ada beberapa pengalaman serta tips-tips berguna bagi mereka-mereka yang ingin berkecimpung dalam dunia blog.

Di dalam laman Pengendali Blog ini, saya akan berkongsikan dengan anda mengenai apa itu blog, apa yang kita perlukan untuk berblog, tips-tips berguna dan juga beberapa panduan dan coretan dari pengalaman saya sepanjang saya berada dalam arena blog.

Namun begitu, seandainya saya ada membuat kesilapan ataupun anda mempunyai idea dan tips-tips yang lebih menarik, sudi-sudikanlah untuk berkongsi dan membetulkan tips yang saya kongsikan. Tidak kiralah samada anda seorang sifu mahu pun seorang newbie, saya tetap akan terima sebarang kritikan mahupun cadangan yang anda berikan secara terbuka.

Jadi diharapkan dengan adanya laman Pengendali Blog ini, dapatlah membawa para pengendali blog di Malaysia untuk menjadi seorang pengendali blog yang berkualiti dan juga berpersonaliti.

Post to Twitter Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon