Bagaimana Memasang Footer Pada RSS Feed?

rss-footer-text

Jika anda melanggan RSS feed laman web Pengendali Blog, anda akan dapat lihat terdapat orginal post link dan copyright text di bahagian bawah RSS feed blog ini.

Untuk memasang footer text ini, saya menggunakan plugin RSS Footer. Plugin ini akan membolehkan anda memasukkan sebarang text atau code HTML di bawah RSS feed blog anda.

Anda boleh mendownload plugin ini terus dari Admin Dashboard WordPress atau dari laman web developer plugin ini di http://yoast.com/wordpress/rss-footer/

Kenapa perlu pakai RSS Footer?

Jika blog anda mempunyai trafik yang tinggi dan mendapat sambutan yang hangat daripada penyangak-penyangak blogger (suka mencuri artikel blog orang lain), plugin ini sedikit sebanyak dapat membantu menarik semula pembaca (termasuk juga Google bot) kembali ke blog anda.

Ada seorang penyangak blogger ni suka publishkan artikel-artikel blog saya di blog dia. Dia subscribe RSS feed blog saya dan kemudiannya dia buat auto-post artikel-artikel saya berdasarkan pada RSS feed blog saya tadi.

Tetapi dengan menggunakan plugin RSS Footer ini, saya telah meletakkan original post link dan copyright text ke dalam RSS feed blog saya. Jadi secara tidak langsung, penyangak blogger tadi turut memaparkan footer text saya dalam artikel yang dia terbitkan.

Dengan cara sebegini, pembaca yang membaca artikel di blog penyangak blogger ini akan mengetahui yang artikel asal blog tersebut adalah datang dari blog saya dan bukan dari penyangak ini tadi.

Comments

  1. Assalam..
    Singgah membaca..

  2. ini entry macam lepas geram je bro.. =) cool..

    *thanks untuk pengenalan plugin ni..

  3. bagus juga ada rss footer ni

  4. nice one..related post dekat feed tuh macam mana pulak?

  5. hello brother, nice to know you, let me know what you get from my blog…

Speak Your Mind

*