Bagaimana Menambah WWW Pada Nama Domain?

by Fauzi on July 12, 2009

in Soal Jawab

“Macamana nak buat buat domain tu ada www. kat depan ye? Contohnya saya beli dari mercumaya akucintapadamuohkekasihku.com. Ada juga try buat A record dengan CNAME record (tambah www) kat mercumaya punya free DNS management tu, tapi sampai sekarang domain saya tu masih akucintapadamuohkekasihku.com juge. Tak cantik menarik tertarik kau memang pengendali blog la macam ni! . Kalau boleh aku nak http://www.akucintapadamuohkekasihku.com. Minta diberikan penjelasan.” – andimazlan [#]

Saya pernah mengalami masalah seperti ini pada suatu ketika dahulu. Jenuh juga mencari jalan penyelesaiannya sehinggalah saya mengetahui bahawa ianya boleh dibuat dengan menggunakan fail .htaccess.

Fail .htaccess terletak di dalam root directory sesebuah laman web. Buka fail tersebut dengan text editor seperti Notepad, dan tambah code di bawah ini ke dalam fail tersebut.

RewriteEngine on
RewriteCond %{HTTP_HOST} ^pengendaliblog.com$
RewriteRule ^(.*)$ http://www.pengendaliblog.com/$1 [R=301,L]

Pastikan anda menggantikan pengendaliblog.com dengan nama domain anda iaitu, akucintapadamuohkekasihku.com.

Apa yang code itu lakukan adalah, ia akan forward-kan apa jua link dari blog anda ke www.namadomain.com. Sebagai contoh, saya buka page, http://pengendaliblog.com/kenapa-saya-menggunakan-wordpress/. Secara automatik, server akan redirect page tersebut ke http://www.pengendaliblog.com/kenapa-saya-menggunakan-wordpress/ dengan menambah www di hadapan domain.

Post to Twitter Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Leave a Comment

Previous post:

Next post: