Bagaimanakah Cara Untuk Membeli Domain .MY?

Dalam artikel yang lepas, saya ada berkongsikan tentang kenapa anda perlu membeli domain .my? Namun begitu, ada yang bertanya kepada saya bagaimanakah caranya untuk membeli domain .my ini?

.my DOMAIN REGISTRY

domain-my-01

Cara untuk membeli domain .my adalah berbeza dengan cara kita membeli domain .com, .net mahupun .org, di mana kita boleh membeli secara terus daripada domain provider seperti Elfbytes Web Hosting. Ini kerana domain .my diuruskan oleh .my DOMAIN REGISTRY yang berperanan menjaga dan mendaftarkan setiap domain .my seperti, .my, .com.my, .org.my, .gov.my dan seterusnya.

Setiap domain .my hanya boleh dibeli melalui reseller yang berdaftar seperti Mercumaya dan juga ServerFreak, atau beli terus di pejabat .my DOMAIN REGISTRY.

Harga Domain .my

Harga maksimum yang ditetapkan oleh .my DOMAIN REGISTRY untuk domain .my adalah seperti berikut:

  • RM120 – .my
  • RM80 – .com.my, .net.my, .org.my, .gov.my, .mil.my, .edu.my
  • RM32 – RM32

Harga ini mungkin lebih murah dan berbeza di antara reseller. Namun begitu, rata-rata reseller akan menjual dengan harga yang maksimum seperti yang ditetapkan seperti di atas.

Membeli Domain .my

domain-my-02

Terdapat 60 reseller berdaftar yang boleh anda pilih untuk membeli domain .my. Kesemua domain .my saya dibeli dengan pihak Mercumaya. Jadi, di dalam artikel ini, saya memberi contoh proses pembelian domain .my dengan Mercumaya.

  1. Pergi ke laman senarai reseller .my DOMAIN REGISTRY dan pilih reseller pilihan anda (eg: Mercumaya – Netlynx Solutions)
  2. Klik pada link, Click Here To Register.
  3. Masukkan nama domain tanpa extension .my di ruangan Step 1 dan pilih extension .my di ruangan Step 2 – Individual.
  4. Klik butang Search untuk pencarian nama domain.
  5. Sekiranya nama domain pilihan anda adalah Available, anda boleh terus membuat pendaftaran dengan klik pada butang Order. Tetapi sekiranya domain yang dipilih telah digunakan, anda perlu membuat pencarian semula (ulang Langkah 3 tadi).
  6. Klik butang Checkout.
  7. Diruangan ini, anda diminta untuk mengisikan maklumat peribadi sebagai rekod pendaftaran domain .my seperti, nama, alamat, no telefon, email, dan sebagainya. Selain daripada itu, anda juga perlu mempunyai Name Server bagi membolehkan domain tersebut dihalakan kepada server website anda. Sila hubungi hosting provider sekiranya anda tidak pasti apa Name Server anda. Peringatan: Maklumat peribadi yang dimasukkan di ruangan ini boleh dibaca oleh orang ramai dengan menggunakan WHOIS.
  8. Klik butang Submit.
  9. Pihak .my DOMAIN REGISTRY akan menghantar email menyatakan permohonan pendaftaran domain anda telah diterima. Email ini juga akan dihantar kepada pihak reseller sebagai rekod.
  10. Anda perlu membuat pembayaran kepada reseller bagi melengkapkan proses pendaftaran. Bergantung pada reseller, sesetengah reseller meminta anda untuk menghantar salinan kad pengenalan untuk tujuan pengesahan maklumat pendaftaran. Domain .my hanya akan didaftarkan apabila pihak reseller telah mengesahkan maklumat tersebut dan menerima bayaran penuh dari anda.
  11. Tahniah! Anda kini telah pun berjaya membeli domain .my pertama anda…

Pihak .my DOMAIN REGISTRY akan menghantar satu lagi email apabila domain tersebut berjaya didaftarkan. Untuk mengubahsuai maklumat domain pula boleh dibuat di .my DOMAIN REGISTRY System.

Kalau diikutkan, cara untuk membeli domain .my ini sedikit rumit berbanding jika kita membeli domain yang biasa. Namun yang pasti, anda kini telah pun berjaya mempunyai domain .my anda sendiri.

Diharapkan semoga artikel ini dapat membantu anda dalam membuat pendaftaran dan pembelian domain .my. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dalam proses pendaftaran, anda boleh hantarkan komen di artikel ini atau hubungi terus pihak reseller bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.

Comments

  1. terima kasih kerana berkongsi tips ini.
    Memang cara pembelian domain .my sedikit berbeza.

    Ada jugak pengalaman beli domain .my baru2 ni. Memang leceh sikit sebab diorang nak salinan IC dan masa yg diambil lebih lama untuk activate dan point kan DNS

  2. teringin juga nak beli, cuma sebelum ni ader dengar mengatakan domain .my ni risiko terdedah maklumat pasal kita, tu yg kompius tuh

  3. harga dia pun boleh tahan juge

  4. harga nak renew tiap-tiap tahun tu yang sakit nanti. HOho..
    rm120.. aku leh dapat 4-5 domain .com tu..

  5. Mohammad Idham says:

    Hye..
    Saya ada jual domain .my + hosting..email jika berminat..thanks

  6. Sila layari website kami untuk mendapatkan domain .my serta website pd harga yg sgt murah.. gemaselatan.my

  7. susah jugak nk guna domain .my ni rupanya.. hrg da boleh dpt domain TLD skali dgn hosting..

  8. Thanks for finally writing about >Bagaimanakah Cara Untuk Membeli Domain .MY?
    <Loved it!

  9. If some one desires expert view on the topic of blogging
    afterward i recommend him/her to pay a quick visit this weblog, Keep up the pleasant job.

Speak Your Mind

*