Bagaimanakah memaparkan Tweets di blog WordPress?

tweets-di-wordpress
Memaparkan Tweets di kawasan header blog WordPress – kredit, Blog Aku

Seorang kenalan saya, Mr Kerro, bertanyakan bagaimanakah caranya untuk memaparkan Tweets terkini di blog WordPress beliau.

Terdapat 2 kaedah sebenarnya:

  1. menggunakan WordPress Widget, atau
  2. memasukkan skrip Twitter secara manual

Kaedah 1: WordPress Widget

Untuk kaedah yang pertama, anda boleh ikuti video yang disediakan oleh WordPress.TV ini. Kaedah yang pertama hanya boleh digunakan sekiranya theme WordPress yang anda menyokong penggunaan WordPress Widget.


Adding Your Twitter Updates to Your Sidebar – kredit, WordPress.tv

Kaedah 2: Secara Manual

Tetapi, sekiranya theme anda tidak menyokong WordPress Widget dan anda ingin memaparkan Tweets di bahagian header blog, anda boleh copy dan paste skrip di bawah ini ke dalam file header.php.

<div class="twitter" id="twitter_div"><ul id="twitter_update_list"></ul></div>
<script src="http://twitter.com/javascripts/blogger.js" type="text/javascript"></script>
<script src=http://twitter.com/statuses/user_timeline/AKAUNTWITTER.json?callback=twitterCallback2&count=BILANGAN type="text/javascript"></script>

AKAUNTWITTER – Gantikan dengan username Twitter anda. Eg: cypherhackz

BILANGAN – Masukkan bilangan Tweets yang ingin dipaparkan. Eg: 5

Secara peribadi, saya lebih gemar menggunakan kaedah yang kedua kerana saya dapat mengubahsuai susun atur dan menghias Tweets saya dengan menggunakan CSS – twitter_div, twitter_update_list.

Diharapkan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu Mr Kerro dan anda dalam memaparkan Tweets di laman blog WordPress. Selamat mencuba… :)

Update:

  • Anda juga boleh menggunakan Blackbird Pie untuk memaparkan Tweets di dalam artikel. Terima kasih, Aman.

Comments

  1. kalau dalam artikel, boleh pakai BlackBird Pie (http://media.twitter.com/blackbird-pie/) Ada plugin WordPress untuk tue gak.

  2. jadi2..heheh thanks poji :)

  3. nice sharing!
    Aku suka yang append sendiri coding ke sidebar. Tapi twiiit aku cuma yang bukan2. Jd nantilah letak..

    thanks!

  4. salam blog master.. menarik. tapi ini plugin twitter yg terbaik ke untk wp? selain dari kelebihan di atas.. ape features yg menarik?

  5. betul2. aku juga lebih suka cara kedua tu. hehehehe. manual aje, tak nikmat puas terasa.

  6. Tak berapa faham sangat guna tweeter, masih blur2.. Ntah apa2 yang jai tweet dalam tu.. Asal ada button tweet, semua tekan..ha3

  7. As the admin of this website is working, no doubt very shortly it will be famous, due to its quality contents.

  8. wauw, dat is serieus wandelen, maar als ik zo ziet is het wel erg leuk, ik ben meer van het op een rustig tempo fietsen.Heel veel plezier met het plannen van de volgende etappe van de warjGling.enoetdes, Martine

Speak Your Mind

*