Bagaimanakah Untuk Mendapatkan Google PageRank Yang Tinggi?


Kredit, BlogAku.Net

Google PageRank merupakan sebuah penunjuk yang menentukan populariti sesebuah blog di kaca mata Google. Semakin tinggi nilai pagerank, semakin tinggi kedudukan blog tersebut di Google search result, dan semakin banyak trafik yang akan diperoleh oleh blog tersebut.

Tetapi bagaimanakah untuk mendapatkan Google PageRank yang tinggi? Apakah kaedah yang boleh kita gunakan bagi menaikkan nilai Google Pagerank blog kita?

Incoming Links

Google PageRank ditentukan dengan mengambilkira dari pelbagai input. Salah satunya adalah Incoming Links. Incoming Links adalah pautan daripada blog atau laman web lain ke blog kita.

Semakin banyak Incoming Links yang diterima, semakin tinggi peratusan blog kita untuk mendapat Google PageRank yang tinggi.

Namun begitu, Google mempunyai algorithmnya yang tersendiri untuk mengira bilangan Incoming Links itu. Nilai pagerank Incoming Links itu juga turut diambil kira dalam pengiraan Google PageRank. Jadi, ianya satu pengiraan yang sangat kompleks dan sukar untuk ditafsirkan.

Entri Bermanfaat

Tetapi bagaimana untuk mendapatkan Incoming Links? Untuk mendapatkan Incoming Links ini, blog kita harus mempunyai entri yang bermanfaat kepada pembaca. Entri bermanfaat adalah seperti entri yang berbentuk tutorial, informasi, tips, dan pelbagai lagi.

Entri-entri seperti ini akan dapat menarik pembaca seperti blogger untuk berkongsikan entri tersebut di blog mereka. Apabila entri tersebut dikongsikan, maka kita akan mendapat satu Incoming Link sekiranya blogger tersebut meletakkan link kita di laman blog mereka.

Dan bagi pembaca yang bukan dikalangan blogger pula, mereka juga dapat membantu menaikkan Google PageRank blog kita apabila mereka berkongsikan entri itu melalui laman Facebook atau Twitter. Ini bukan sahaja dapat menaikkan pagerank, malah dapat menaikkan trafik ke blog kita.

Web Directory

Selain daripada itu, kita juga boleh mendapatkan Incoming Links daripada Web Directory. Web Directory adalah seperti namanya, merupakan sebuah direktori untuk laman web.

Salah satu contoh web directory adalah NeedBacklinks Web Directory. Setiap link yang dihantar akan ditempatkan mengikut kategori laman web masing-masing seperti blog, perniagaan, kesihatan dan lain-lain. Pengasingan mengikut kategori ini dapat memberikan kekuatan dan impak kepada pengiraan Google PageRank itu sendiri.

Namun begitu, tidak banyak web directory yang menyediakan perkhidmatan ini secara percuma. Kebanyakannya adalah berbayar. Harga untuk setiap link pula bergantung kepada Google PageRank dan bilangan trafik web directory tersebut.

Sebut pasal web directory ini, saya berminat untuk berkongsikan sesuatu dengan anda. Kita sebenarnya boleh menjana duit yang banyak dengan web directory. Saya mempunyai seorang kenalan blogger iaitu saudara Menj, yang boleh saya katakan sebagai otai dan sifu kepada saya yang banyak membantu saya dalam arena blogging ini. Beliau mempunyai pendapatan yang stabil dengan web directory yang beliau kendalikan. Dan ya, beliau hidup dan menampung keluarganya dengan hanya blogging dan web directory yang beliau miliki. Menarik bukan?

Okey, berbalik semula kepada Google PageRank. Jika dilihat seperti susah untuk mendapatkan Google PageRank yang tinggi. Tetapi kalau diikutkan, tidak susah pun sebenarnya. Apa yang susah adalah untuk mengekalkan nilai Google PageRank tersebut.

Blog CypherHackz.Net saya pernah memiliki Google PageRank 6 selama 2 musim, dan Google PageRank 5 selama 4 musim. Tetapi disebabkan saya kurang update entri dan kurang mendapatkan Incoming Links menyebabkan Google PageRank saya jatuh. Dan kini ianya mempunyai Google PageRank 4.

Walau bagaimanapun, diharapkan sedikit sebanyak apa yang saya sampaikan di sini, dapatlah kita sama-sama gunakan untuk menaikkan nilai Google PageRank blog kita. Dan dalam masa yang sama, jadikan apa yang berlaku pada blog CypherHackz.Net saya itu sebagai pengajaran untuk kita semua.

Saya mendoakan semoga anda semua berjaya! :)

Comments

  1. aku pun kena wat link building balik kot (walaupun cam tak best). dari PR5 jatuh PR2. Wuuu~ T__T

  2. cara yang mudah dan simple:

    jd guest blogger dekat blog yang terkenal, then publish entri yang best-best, then buat trackbacks / backlinks dari blog tersebut ke blog kita… kan mudah tp komitmen kne tinggi la…

  3. Terima kasih share info ni. Banyak lagi kene buat untuk meningkatkan Page Rank blog saya. Perlu lebih banyak membuat aktiviti link building selepas ini. Page Rank right now still telur itik haha.

  4. Terima kasih bro atas perkongsian.Saya punya blog masih lagi telur ayam.Saya akan cuba untuk update artikel setiap hari.

  5. sebenarnya…aku dapat rasa, blog PB ni semakin mendapat tempat di kalangan blogger skang ni…hehehe..ada peningkatan blog ni.

    p/s: fauzi ialah inspirasi saya..hehehe. -tipu.

  6. wah, saya nyer pon masih telur ayam, tp mungkin sebab saya baru 5 bulan dlm berblogging nih, hehe

  7. Pagerank 7 besar kalau jatuh ke pagerank 5
    aku tak berapa kisah sangat.ini jatuh ke pagerank 4 tu.
    nak naik balik ke gunung pun tak larat.

  8. nak kena buat entri tutorial balik nampaknya.
    PR dah jatuh dari PR3 ke PR2….

  9. salam…tak berapa faham sangat dengan incoming links ni sebenarnya…dalam blog saya-dashboard-incoming link ada nama blog dan tajuk entr darii blog lain..tapi saya tak faham untuk apa, boleh tak jelaskan..

  10. dah dapat PR5 ke atas tu memang dah masyuk sangat la buat web..advertiser datang saje :D

  11. yes, saya banyak membuat research dan membaca tips2 berkenaan backlinks, memang penting, tapi saya pun masih belajar..semoga selepas ini, saya lagi akan menurunkan ilmu yang saya dapat..

  12. blog aku yang pernah jadi PR4..tak penah nak masuk PR5..last-last, main-main kat PR2-PR3 aje..ntah bila leh henjut ke PR5 semula..

  13. boleh tak PengendaliBlog bagi tips macam mana nak kekalkan PR.. seperti perlu post entry hari2 or lain2.. diharap PB dapat buat satu entry berkaitan pertanyaan saya ini.. tq

  14. It’s very effortless to find out any topic on web as compared to textbooks, as I found this
    piece of writing at this site.

  15. I have been browsing online greater than three hours lately, but I
    never discovered any interesting article like yours. It’s beautiful worth enough for me.
    Personally, if all webmasters and bloggers made good
    content material as you probably did, the internet can be much
    more useful than ever before.

  16. klo pr nya udh naik nih mas, lalu tiba2 turun jadi 0. apa ada solusi nya.. trims

  17. The other day, while I was at work, my cousin stole my iphone and tested to
    see if it can survive a 25 foot drop, just so she can be a youtube sensation. My
    apple ipad is now broken and she has 83 views. I know this is totally off topic but I had to share it with
    someone!

Speak Your Mind

*