Bilakah Masa yang Sesuai untuk Menulis Blog?

masa-sesuai-tulis-blog

Pada kebiasaannya anda menulis blog pada waktu bila? Pagi? Petang? Siang? Atau malam? Saya suka menulis blog pada waktu pagi. Pada waktu itu minda saya masih dalam keadaan segar dan rileks. Banyak idea-idea yang datang pada waktu pagi kerana pada waktu itu otak kita sedang bersemangat untuk memulakan pekerjaan.

Selalunya selepas saya bersarapan pagi, saya akan membuka BlogDesk dan mula menaip artikel untuk diterbitkan di blog saya. Satu atau dua artikel akan saya siapkan, tetapi bergantung juga kepada tahap kesibukan saya pada hari tersebut.

Mungkin cara saya ini tidak sesuai dengan anda. Sesetengah orang mempunyai masa mereka yang tersendiri untuk menulis blog. Ada yang suka menulis pada waktu pagi selepas Subuh, ada yang suka menulis pada waktu lapang, dan ada juga yang suka menulis pada waktu malam sebelum masuk tidur.

Tetapi jika anda belum pernah menulis blog pada waktu pagi, cuba anda bangun awal dan mula menulis blog pada waktu tersebut. Saya percaya anda pasti akan dapat merasakan perbezaannya. Cuba try test! ;)

Comments

  1. Waktu menulis ni memang ikut blogger dan ikut jenis blog…macam saya, berkenaan bolasepak…jadi setiap kali perlawanan akan ada entri baru samda sebelum, selepas atau kedua-duanya sekali…waktu entri bergantung kepada waktu perlawanan juga…tapi untuk entri berkala biasanya disiapkan waktu hujung minggu…tak kira pagi, petang atau malam..sebabnya ada orang yang lambat panas waktu pagi..jadi petang atau malam lebih sesuai…tapi dah pernah buat waktu pagi..memang segar dan rasa nak buat 2,3 post sekali…heheh…

  2. Setakat ni, aku ikut mood..ada masa lapang dan ada idea terus tulis. Dua faktor penting bagi aku. Tidak kira bila..lepas ni mungkin cuba tips menulis waktu pagi. Mungkin ada benarnya kerana pada waktu pagi otak kita masih lagi dlm keadaan yang segar.

  3. yup . . lain org lain waktu . . hehe . .

  4. Ikut peristiwa juga. Kalau ada peristiwa menarik tak kira siang ke malam ke petang ke, terus tulis.

  5. Waktu pagi lepas solat subuh. Waktu fresh lagi. Banyak idea mencurah-curah.

  6. saya seorang yang suka buat draf, saya publish ikut schedule tapi bila ada masa saya menaip terus publish…hak masing2 kan

  7. dah penah try pagi…memang segar rasa

  8. Aizan Fahri says:

    tulis dalam buku, peram sampai lebam… bila rasa rajin baru tulis like a boss. yup, tulis masa pagi2 hari memang best jugak lah. rasa lain dia. alang2 bangun sblom subuh, sempat r tuh nak qiamullail kot. hahahahaaha.

  9. Herm , dulu suka gak menulis. Lama-lama jadi malas jadi copypaste ja artikel2 yg best ltak dlm blog. Senang~

  10. Semenjak dah bertambah ahli keluarga ni, makin susah nak cari masa free untuk tulis blog.

    Temu Janji Anda Dengan Vitamin Shaklee

Speak Your Mind

*