Blog Baru – Host Sendiri atau Perkhidmatan Percuma

blog-confused

Saya ingin membuka sebuah blog baru. (Oh tidak… Si Fauzi ni tak cukup-cukup lagi ke dengan blog-blog yang dah ada sekarang ni? Yang ada ni pun tak terjaga, inikan pula nak buka blog lagi satu? Sigh~) Tetapi saya masih tertanya-tanya, adakah saya perlu hostkan blog tersebut di hosting yang sedia ada (host sendiri) atau saya buka blog tersebut di WordPress.com (perkhidmatan percuma)?

Pemilihan ini adalah penting kerana setiap satunya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi di sini, saya ingin berkongsi dengan anda apakah perbezaan di antara kedua-dua host ini supaya kita dapat membuat pilihan yang tepat berdasarkan tujuan blog itu dibangunkan.

Untuk pengetahuan anda, perbandingan ini dibuat dengan memfokuskan kepada blog WordPress sahaja.

Host Sendiri

  • Dapat mengawal blog kita secara menyeluruh
  • Dapat menggunakan plugin/theme yang kita inginkan tanpa terikat dengan syarat/peraturan
  • Dapat menggunakan Adsense, Nuffnang atau mengiklankan sebarang produk di blog
  • Monthly bandwidth dan saiz hosting yang terhad (bergantung pada pakej yang dipilih)
  • Perlu update WordPress ke versi yang terkini secara manual
  • Tahap keselamatan server yang digunakan adalah bergantung kepada hosting provider
  • Perlu backup secara manual (atau automatik jika menggunakan WordPress plugin )
  • Lebih menampakkan blog itu adalah professional kerana blogger tersebut mengeluarkan belanja untuk membangunkan blog
  • Blog yang dihostkan akan turut lenyap apabila blogger itu meninggal dunia (kerana tidak renew hosting/domain)

Perkhidmatan Percuma

  • Pengawalan blog yang terhad
  • Hanya dapat menggunakan plugin/theme yang telah disediakan sahaja
  • Tidak dapat menggunakan Adsense, Nuffnang atau mengiklankan sebarang produk di blog
  • Tidak perlu risau pada bandwidth dan size hosting yang digunakan
  • WordPress yang digunakan akan sentiasa diupdate ke versi yang terkini secara automatic
  • Server yang digunakan adalah yang terbaik dan tidak perlu risau pada serangan hacker
  • Tidak perlu untuk melakukan backup kerana pihak WordPress sentiasa melakukan proses backup
  • Lebih kepada blog yang berbentuk santai dan kurang professional
  • Artikel dan blog akan terus wujud walaupun penulisnya sudah tiada

Kalau dilihat, memang terdapat perbezaan yang ketara di antara blog yang dihostkan di hosting sendiri dan yang menggunakan perkhidmatan percuma. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kebaikan yang tersendiri.

Namun begitu, secara peribadi saya lebih prefer menggunakan hosting sendiri. Apabila menggunakan hosting sendiri, saya mempunyai kebebasan untuk buat apa sahaja dengan blog saya.

Sekarang ini pun, saya hostkan blog-blog saya di Elfbytes Web Hosting. Tetapi, jika anda tidak tahu hosting apakah yang anda ingin pilih, anda boleh baca artikel saya ini, 5 Tips Memilih Web Hosting Untuk Blog

Bagaimanapun saya tetap perlu merancang masa depan supaya sekiranya kalau ada apa-apa yang berlaku pada diri saya, akan ada orang yang menjaga blog-blog saya ini nanti.

Bagaimana pula dengan anda? Anda akan host sendiri atau menggunakan perkhidmatan percuma?

Related Posts

Comments

  1. Aku bekas biro itech KTC mnyarankan ko guna hosting sndiri!..hahaha

  2. Salam admin,

    Kenapa agaknya kalau menggunakan perkhidmatan percuma di WP tak boleh nak jual produk?Adakah ini bermaksud perkhidmatan percuma di blogger.com lebih baik berbanding WP?

    • Sebab WP ingin menjaga kualiti servis mereka. Selain daripada itu, mungkin juga ianya merupakan salah satu langkah untuk mereka mempercepatkan loading page blog tersebut.

  3. Jai sebelum ni guna BS free punya, kejap je, x best trs tukar WP..hu3

  4. wordpress self hosted dpt lebih kawalan terhadap plugin dan lebih baik utk modifikasi theme… plugin pun berjuta-juta sume skali

  5. guna self-hosted. Kepuasan lebih dari 100%.

  6. better guna wp self-host… bagi yang serius untuk berblogging…

  7. poji, aku pun prefer wordpress sbb blogspot terlalu semak dengan ads. seriously, webhosting pun aku tak fimiliar sgt. this post helps me understand better. thanks.

Speak Your Mind

*