Blog Cara Mudah dengan Teknik CPP


Bukannya mudah untuk menjadi seorang blogger – kredit, Acvita

Adakah setiap hari anda tertanya-tanya topik apakah yang anda ingin tulis pada hari ini? Adakah anda buntu untuk mula menulis topik tersebut? Atau adakah anda tertanya-tanya samada terdapat cara yang mudah untuk menulis blog? Jika jawapan anda ‘ya’, teruskan membaca kerana di sini saya ingin kongsikan satu teknik yang saya gelar sebagai, Teknik CPP .

Apakah Teknik CPP?

Teknik CPP (Copy, Paste, Publish) merupakan teknik yang saya pelajari dari hasil pemantauan saya dalam dunia blog. Setiap hari, beribu-ribu artikel dihasilkan oleh para blogger di luar sana. Tetapi hanya sedikit sahaja artikel yang dihasilkan itu adalah unik, yang lahir hasil daripada idea pemikiran blogger itu sendiri.

Yang saya lihat, ramai blogger baru menggunakan Teknik CPP ini.

Kebanyakkan artikel yang saya baca di dunia blog hanyalah artikel yang telah diterbitkan berulang-ulang kali dari sebuah blog, ke blog yang lain. Yang saya lihat, ramai blogger baru menggunakan Teknik CPP ini.

Dengan hanya Copy artikel tersebut, Paste ke dalam blog editor dan klik butang Publish sudah cukup bagi mereka untuk menjadi seorang blogger. Dan semudah itu juga blog mereka telah diupdate.

Kenapa menggunakan Teknik CPP?

Teknik CPP ini selalu digunakan oleh blogger baru kerana:

  1. Tidak perlu bersusah-payah memikirkan topik yang ingin ditulis
  2. Cara yang mudah untuk memperolehi pendapatan sampingan
  3. Dapat menerbitkan artikel yang sentiasa sama dengan niche blog mereka, dan akhir sekali sebab utamanya adalah
  4. Malas menulis blog tetapi ingin mempunyai blog

Yup, sebab utama mereka menggunakan teknik ini adalah kerana mereka malas menulis blog tetapi ingin mempunyai blog. Mereka melihat orang lain boleh mendapat duit ribuan ringgit dengan hanya berblog, mereka pun turut ingin mempunyai pendapatan sampingan yang sama dengan hanya berblog. Tetapi cara dan teknik yang mereka gunakan adalah salah.

Sebagai kesimpulan, memang Teknik CPP ini adalah teknik yang mudah dalam blogging, dengan hanya Copy, Paste dan Publish sahaja sudah dapat mengupdate blog mereka. Tetapi, saya sangat-sangat tidak menggalakkan anda menggunakan teknik ini kerana ianya sangat-sangat memalukan.

Cuba didik diri kita menjadi seorang yang bermaruah dan tidak hanya menceduk hasil penulisan orang lain. Sudah pasti anda pernah mendengar,

Bukannya senang nak senang, dan bukannya susah nak susah.

Jika kita inginkan kejayaan, jika kita inginkan hasil pendapatan yang ribuan ringgit itu, kita perlulah berusaha dengan menghasilkan artikel yang lahir dari idea kita sendiri. Dan bukannya menggunakan Teknik CPP ini untuk mengaut keuntungan dengan mudah. Sesungguhnya, kejayaan yang diperolehi daripada hasil usaha yang bersusah payah lebih bermakna daripada mendapat kejayaan itu dengan bersenang lenang.

Comments

  1. hohohohoho…ada gak yg edit2 skit ayat. tapi isi dia tetap sama.

    tu kadang2 bosan je masuk blog jenis mcm ni. :-)
    ni tngh fokus pasal mesir plak ni.

  2. silver_planet says:

    ekekeke, marah bebenor dier ni, sabo jewk la bro, biase ler tuh, ekekeke

  3. cpp? ohh..tak berapa best. biasa pun copy separuh aje. pastu, wat ulasan sendiri sikit-sikit..

  4. salam for u.. chet!! ingatkan cost per click.. hoho..

    tgk jenis blog jugak la nak CPC, kalau copy tu ubah gak la.. tapi kalu dh pakai autoblog tu.. click sekali je… dia copy paste publish beribu2 kali.. yeah!!

    ! two thumbs up for your blog !

  5. Teknik CPP ni sangat senang untuk berblog,banyak digunakan blog politik

  6. rasanya..itu adalah salah satu daripada proses pematangan untuk menjadi seorang bloggers sebenar..

Speak Your Mind

*