BlogDesk – Cara Mudah Untuk Mengemaskini Blog

blogdesk-01

Setiap blog enjin yang kita gunakan seperti WordPress, MovableType, Drupal, Serendipity, dan sebagainya ada menyediakan editor tersendiri bagi membolehkan kita menaip dan meng-upload gambar-gambar ataupun file ke blog kita. Tetapi, semuanya ini perlu dilakukan ketika kita sedang online.

Bagaimana pula sekiranya pada ketika itu kita ketiadaan Internet? Bagaimanakah caranya untuk kita menulis idea-idea menarik untuk kita upload ke blog tanpa Internet? :x

Untuk menyelesaikan masalah ini, saya menggunakan sebuah perisian dipanggil sebagai BlogDesk. :up: Saya sudah menggunakan BlogDesk lebih daripada tiga tahun. Walaupun saya sudah mencuba pelbagai desktop blogging client seperti BlogJet, Windows Live Writer, BlogTK dan beberapa perisian yang lain, saya berpendapat BlogDesk adalah yang terbaik dan memenuhi keperluan saya sebagai seorang blogger. :halo:

BlogDesk menyokong lebih daripada enam blog enjin yang ada di Internet. Disamping mempunyai paparan muka yang ringkas dan mesra pengguna, BlogDesk memudahkan saya dalam mengemaskini ke semua blog jagaan saya.

Tetapi, maaf kepada pengguna Blogspot kerana setakat ini, BlogDesk tidak menyokong blog enjin tersebut. Jadi, berpinah la ke WordPress ya. :P

Segala fungsi asas yang diperlukan oleh seorang blogger seperti Blod, Italic, Underline, Ordered list, Unordered list, Link dan juga Insert Image, ada disediakan oleh BlogDesk. Selain daripada itu, kita juga boleh mengubah tarikh posting post, menambah tag, trackback dan macam-macam lagi.

Disebabkan BlogDesk merupakan sebuah perisian yang di-install dalam komputer kita, jadi kita tidak perlu berada dalam keadaan online untuk menulis artikel. Segalanya hanya dengan membuka BlogDesk dan terus menaip artikel ke dalam editor yang disediakan.

Kalau anda baca je pun tidak guna. Apa kata, anda download dan rasakan sendiri kelebihan yang ada pada BlogDesk. Saya percaya, anda pasti akan terpikat dan rasa lebih selesa dalam mengemaskinikan blog anda. :XO:

Related Posts

Comments

  1. sy dah download benda nie tapi npe x leh publish?? medium blogger x de.. sy guna blogger.. boleh tolong selesaikan masalah saya x?

  2. thankz bro, aku sedut dulu ye…

  3. boleh ada support maths equation x boss

    • Untuk maths equation, mungkin tiada masalah. As long as ianya tidak menyusahkan pembaca untuk memberikan komen. Tetapi jika nak elak daripada spam, plugin seperti Akismet pun dah ok. Tak perlu maths equation, atau captcha method yang lain. :)

  4. It’s awesome to pay a quick visit this web site and reading the views of all friends about this paragraph, while I am also zealous of
    getting experience.

  5. We’re a bunch of volunteers and opening a brand new scheme in our community.
    Your web site offered us with useful information to work on.
    You have performed a formidable task and our whole group shall
    be grateful to you.

  6. Czy mi się wydaje czy storna co jakiś czas przestaje działać ?

  7. Если вы хотели бы прямо сейчас купить лицензионные программы обязательно зайдите в наш магазин. У нас вы сможете купить лицензионные программы непосредственно от разработчика! Для того что бы купить лицензионные программы просто загляните на наш сайт: http://www.gkclab.com/

Speak Your Mind

*