Blogger Newbie Blog Hanya Kerana Duit

newbie

Rata-rata blogger yang baru berjinak-jinak dengan blog ramai menggunakan perkhidmatan blog percuma dari Blogspot. Jarang blogger newbie seperti ini menggunakan perkhidmatan percuma seperti WordPress.com. Mengapakah ini berlaku? Adakah interface WordPress.com atau WordPress tidak menarik? Atau features yang diberikan oleh WordPress tidak menepati citarasa bagi seorang blogger?

Dari apa yang saya lihat dan yang saya perhatikan, perkara sebegini berlaku kerana blogger newbie berblog hanya kerana duit semata-mata. Adakah anda setuju dengan pendapat saya?

Contoh yang mudah, terdapat beberapa syarikat di Malaysia yang menawarkan pengiklanan yang dapat memberikan pendapatan pasif kepada blogger. Untuk memaparkan iklan itu pula, blogger perlu memasang skrip iklan tersebut di blog mereka. Tetapi disebabkan WordPress.com tidak membenarkan sebarang iklan diletakkan di halaman mereka, membuatkan ramai blogger newbie memilih Blogspot sebagai alternatif.

Selain daripada itu, theme di WordPress.com tidak boleh diubahsuai sesuka hati seperti di Blogspot. Ini menyebabkan blogger newbie lebih prefer Blogspot berbanding WordPress.com. Apabila theme boleh diubahsuai, blogger boleh memasang skrip iklan dan memasang pelbagai skrip yang bukan-bukan di blog mereka.

Tetapi adakah ini bermaksud WordPress.com tidak bagus? Jawapannya, tidak sama sekali. Cuba anda perhatikan blogger-blogger otai di luar sana seperti Amanz, Kujie, Fahmishah, Piratz, Azmie dan lain-lain lagi. Platform apakah yang mereka gunakan? Adakah mereka menggunakan Blogspot sebagai platform mereka? Tidak. Adakah mereka menggunakan WordPress sebagai platform mereka? Ya.

Jika anda mengatakan anda blogging kerana ingin share knowledge, ingin share info dan sebagainya di blog, kenapa tidak menggunakan WordPress atau WordPress.com? Kenapa anda menggunakan Blogspot sebagai platform? Bukankah kerana anda ingin memasang skrip iklan seperti Nuffnang, Innity, Advertlets dan sebagainya di blog anda? Untuk mendapatkan duit daripada blog?

Dan jika anda katakan features di WordPress tidak memenuhi citarasa seorang blogger, kenapa blogger-blogger otai yang telah saya nyatakan sebentar tadi menggunakan WordPress? Kenapa mereka tidak menggunakan Blogspot sahaja sebagai platform mereka jika Blogspot mempunyai features untuk blogger?

Dan apabila anda tidak memperoleh duit seperti yang dicanang-canangkan, maka semangat dalam diri anda dalam berblog akan pudar. Dan akhirnya, blog anda akan terbiar dan diabaikan begitu sahaja.

Saya tidak mengatakan berblog kerana duit itu salah. Tetapi disebabkan niat sebeginilah yang akan membunuh blog anda sebenarnya. Anda telah meletakkan duit sebagai motivasi anda untuk berblog. Dan apabila anda tidak memperoleh duit seperti yang dicanang-canangkan, maka semangat dalam diri anda dalam berblog akan pudar. Dan akhirnya, blog anda akan terbiar dan diabaikan begitu sahaja.

Mungkin akan ada yang tidak puas hati, marah dan benci pada saya apabila membaca entri saya ini. Mungkin juga akan ada yang mengatakan saya poyo, dan berlagak macam hebat sangat dengan mengatakan blogger newbie berblog hanya kerana duit. Tetapi percayalah, apabila anda meletakkan niat blog kerana duit, blog anda adalah nothing, kosong dan hanya penuh dengan merapu merepek dan iklan semata-mata. Pembaca yang datang ke blog anda pun akan pulang dengan tangan kosong dan tidak menerima sebarang input daripada artikel anda itu.

Maaf jika apa yang saya katakan di entri kali ini keterlaluan. Tetapi saya harapkan sedikit sebanyak ianya dapat membuka minda kita untuk membetulkan matlamat dan niat kita dalam blogging. Saya doakan semoga anda semua berjaya dan sukses dalam dunia blog. :)

Related Posts

Comments

  1. Pada mula-mula blogging memang belambak iklan saya letak dalam blog. tapi lepas baca entri 5 perkara jangan untuk blogger baru dari ariffshah membuatkan saya sedikit kenal apa erti blogging sebenarnya.

  2. berblog kerana duit memberikan tekanan.. risau trafik,follower n lain2.. kenyataan,dulu sy pernah berniat blog sebab duit tapi tak kemana.. terkejar2 dan tak dapat apa2.. kalau nak betul2 buat duit dengan blog,cari niche yang sesuai..

    • betul tu…kalau nak buat duit sebaiknya buat blog yang kita minat dulu…kalau blog menarik mesti ramai yang singgah dan bila trafik dah stabil masa tu la nak buat duit…at least kita dah sayang blog dulu dan kalau tak dapat duit pun takde la nak delete blog..pendapat aku je ;-)

  3. entri ini memang banyak betulnya.. cuma apa yang boleh mengelirukan ialah ayat ini..

    “Tetapi adakah ini bermaksud WordPress.com tidak bagus? Jawapannya, tidak sama sekali. Cuba anda perhatikan blogger-blogger otai di luar sana seperti Amanz, Kujie, Fahmishah, Piratz, Azmie dan lain-lain lagi. Platform apakah yang mereka gunakan? ”

    Rasanya mereka guna wordpress versi self-hosting atau wordpress.org. Cara entri ini ditulis seperti mereka guna wordpress.com pulak. Kedua-duanya nama sama, tapi fungsi ternyata jauh berbeza.

    • Aku pun rasa ayat tu macam salah juga.. Patutnya self-hosted kan..

    • yup they do..self hosting ah..bukannya xxxx.wordpress.com punya.. kena buat correction skett..wordpress.org is a lot advanced compared to wordpress.com or blogger.com..

      p/s: blogger2 otai pon apa kurangnya.. iklan bersepah dalam blog..lagi banyak iklan daripada update/content..

    • saya newbie dan saya menggunakan blogspot sebagai medium.bukan sebab free, cuma itu je yang saya tahu.maklum la buta IT sikit. Bila dah lama berblog baru tahu pasal iklan-iklan semua ni. Then baru saya pasang iklan. dan rasanya tak ada yang salah di situ. apa salahnya berblog sambil menjana pendapatan. Bak kata Orang Akaun ” blogger2 otai pon apa kurangnya.. iklan bersepah dalam blog..lagi banyak iklan daripada update/content..”

    • sorang lagi blogger otai, cypherhackz.net aka fauzi. hehehe.

  4. betul ape yang bro katakan 2…..

    tetapi bg sy berblogging ini adalah satu kepuasan, siapa kata org buat belog xnak duit….tipu la kalu xde….hihii

    yang pkai wordpress tu semua nya ade domain sndiri….btul x

  5. Pendapat saudara agak lemah di beberapa fakta..ini pendapat aku..

    Blog adalah medium penulisan..tak kisah lah nak tulis perihal sedih, duka mahupun kisah cinta..bila saudara menyentuh soal ‘newbie’ berblog kerana duit..agak kurang adil di situ..

    Pernah dengar pepatah lama “sambi menyelam minum air”? Juga amatlah kurang bernas kalau saudar memandang enteng tentang blog dijadikan medium mencari duit..adakah itu satu kesalahan?

    Juga kalau saudara peka dan fasih dengan dunia penulisan maya ini..saudara mesti pernah dengar terma advertorial. Bagi aku, iklan itu langkah awal ke arah yang lebih professional untuk buat duit. Program affiliate juga sebegitu, kalau tak salah aku..saudara juga

    Menyentuh soal blogspot dan wordpress..kedua2nya ada kelebihan dan kekurangan..kalo saudara juga peka hal ‘mengapa’ blogspot menjadi pilihan bagi sahabat2 yang baru menulis..pasti saudara kan faham..kata orang..sblm pandai berlari..kena pandai berdiri dahulu..

    Anyway, u got a point dalam tulisan di atas..cuma kurang jelas..

  6. blogspot hanya satu permulaan sblm ke peringkat yg lebih tggi sprti wordpress & forum

  7. Salam admin,

    Saya cuma agak kurang bersetuju dengan pendapat mengatakan bahawa blogger newbie berblog hanyalah semata-mata kerana duit.Pada pendapat saya blogger yang dah otai pun berblog mesti ada juga tujuan untuk mendapatkan duit.

    Apa pun saya menghargai pendapat admin.Kita sama-sama mempunyai hak untuk memberikan pendapat.Minta maaf kalau terkasar bahasa.

    • Salam….kan dia tulis “Dari apa yang saya lihat dan yang saya perhatikan, perkara sebegini berlaku kerana…”

      Ini pandangan dia sahaja. Blogger yang otai memang akan ada iklan. Memang buat duit. Sebab mereka dah ada trafik yang stabil. Point yang cuba disampaikan penulis adalah ada blogger baru yang nak buat duit, jadi mereka buat blog…bukannya berblog sambil buat duit…2 perkara berbeza.

  8. Sebelum aku pakai self-hosted, aku tak pernah pakai blogspot or other blogging medium.. starting blogging aku pakai joomla.. then aku import masuk wordpress…
    Dulu aku pun berniat nak dapat duit gak dalam blogging ni.. Tapi lama-lama fikir, tak berguna kalau buat macam tu.. Macam admin cerita kat atas, lama-lama mesti malas dan tinggal blog tu macam tu je..
    Tapi sekarang ni aku berblog dengan niat nak share dan nak orang tahu blog aku.. Kiranya macam nak dapat perhatian gila-gila la ni.. Nak orang masuk, baca dan komen.. Tu kepuasan yang aku nak untuk waktu sekarang..
    Dulu bila time blogging sebab duit, rasa macam hampeh je bila orang tak masuk dan tak komen.. Sekarang ni dah tak macam tu.. Orang nak masuk, tak nak masuk, nak komen, tak nak komen.. Lantaklah.. Janji aku puas menulis, aku share dengan orang.. Terpulang kepada orang yang masuk blog aku samada nak baca atau tak..

    • ini lagi hebat.. start terus joomla.. setahu aku, Joomla lagi complicated then wordpress. tapi joomla macam kurang nyam dengan blog, lebih sesuai untuk laman web.

    • Sebenarnya aku rasa joomla senang lagi sebab wordpress kena guna banyak code kalau nak edit. Joomla memang semata-mata GUI dan nak coding pun sikit je. Lagi pun joomla memang dah pakai sejak tingkatan 3 lagi. Buat laman web untuk sekolah. Tu yang selesa dengan joomla. Datang UTM jumpa member blogging dia perkenalkan wordpress. Dulu macam malas nak amik tau pasal wordpress ni, tapi sekarang rasa dah sebati pulak. Sekarang lebih suka edit code daripada edit grafik..

  9. Kak Jie bermula dengan blogdrive , kemudian blogspot. Baru wordpress seld hoste.

    Bagi Kak Jie, niat berblog bukan datangnya dari platform yang kita guna… ianya datang dari sudut hati kita yang paling dalam yang sukar diganggu gugat kerana prinsip teguh yang kita bina.

    Kalau seseorang yang baru ingin menjadi blogger dan tanya, pada pendapat Kak Jie, platform apa yg patut saya guna

    Jawapan Kak Jie – blogger.com @ blogspot. Belajar asas blogging. Kalau ingin berdomain dan hosting sendiri, barulah guna wordpress.

    Ada beza wordpress.com dan wordpress.org

    Kerana duit ke apa – what you give you get back. Kalau duit yang dikejar – nilai duit itulah yang akan awak nampak.

    • setuju dengan kak jie. start dengan blogspot lagi better daripada wordpress.com sbb kat blogspot boleh belajar basic coding jugak.

  10. Tak pasal2 aku kena jadi blogger otai.. hehe.. Nice entri bro…

    satu kesilapan aku masa mula blog adalah kononnya ingin mencuba. padahal memang dah tau pasal wordpress sebelum mula berblog

  11. Pengunaan platform antara blogger/blogspot dengan wordpress masing-masing mempunyai kelebihan yang sendiri.

    Blogspot lebih sesuai untuk korang yang noob dalam dunia blogging sebab korang boleh belajar ubah suai koding blog sendiri. Tambah pula, lambakan toturial yang ada pada masa ini.

    WordPress adalah lebih sesuai untuk korang yang ingin maju ke hadapan dalam dunia blogging.

    Tapi apa yang penting adalah minat dan semangat untuk berblogging. Tak kira lah apa platform yang digunakan. :)

  12. Yup, memang betul apa yang korang semua katakan itu. WordPress.com dan wordpress.org berbeza dari segi self-hosted ataupun tidak. Tetapi apa yang ingin disampaikan adalah, blogger2 newbie kelihatan seperti lebih menumpukan duit sebagai tujuan utama untuk mereka berblog.

    Apabila mereka set duit sebagai matlamat utama, akan penuh la iklan2 di blog mereka. Walhal, entri yang ditulis tidak seberapa dan hanyalah merapu semata2. Mereka mengharapkan akan ada orang yang datang ke blog mereka dan klik iklan yang mereka letakkan itu. Tetapi sayangnya, tiada orang pun yang klik iklan tersebut kerana tiada orang yang datang membaca entri mereka.

    Siapa la yang nak baca entri kalau isinya tidak mempunyai apa2 info yang berguna kepada pembaca. Bila tiada pembaca, maka tiada la klik. Dan bila tiada klik, tiada la duit. Dan bila tiada duit, tiada la motivasi untuk meneruskan blog. Dan akhir sekali, blog itu dibiarkan sebegitu sahaja…

    • Memang benar kenyataan tu. Ramai kawan-kawan sebaya saya tanya : “macam mana nak buat blog”..

      then next week :
      “camna nak pasang nuffnang”

      next week:
      “earning ko dah bape. aku punya tak gerak pon”.

      next week :
      blog dia tak update dah..

    • sebagai kawan…kita kena lah galakkan dia lebih kreatif untuk menulis…
      aku pun mengalami masalah yang sama…ramai yang berhenti menulis bila nilai nuff tak meningkat~

  13. singgah sini..

    ikut pandangan budak hingusan macam saya ni.. blogspot mesra alam bagi pengguna baru.. wordpress plak, sebaliknya bagi yang baru2 berjinak ke dunia blog ni. sbab tu newbie lebih suka pilih blogspot..

    orang kata belajar yang mudah-mudah dulu baru yang sukar-sukar.. sampai sekarang saya tak berapa nak reti upload gambar kat WP.. kenapah entah.. pelik.. jadi tanpa memeningkan kepala, saya guna blogspot.. lebih mudah dan tak memeningkan.. huhuhu.. sekadar pandangan aje.. bab newbie berblog pasal duit tu.. entah.. mungkin ya mungkin juga sebaliknya..

  14. fuh..satu entri yang penuh bermakna saya rasa. Mohon disharekan link ini boleh ke?

    yes..your blog has been bookmarked! :D

  15. rasanya tak jugak.. sebenarnya newbie kita tak arif tentang perbezaan antara wp.org atau .com. Apatah lagi nak kena pasang script dan berhosting ni..

    So bila rata-rata cuma pakai blogspot dorang follow jer lah..

  16. wow! i get the point
    “NEWBIE NI KAN MAIN HENTAM JE BLOGGING”
    hahaha

  17. aku memula guna wordpress.com > blogspot.com > wordpress.org (self hosted)… Teehee

  18. tak jugak..at the 1st place aku buat blogspot dah mmg tu je aku taw tempat nak blogging..senang..wordpress.com aku tak reti..

    • hahha… sokong woot2…. aiza pun tahu blogsopt jer… tp tgh berangan nak tukar hosting sendiri… hahah.. pasal duit… xpernah plak pk… letak suka2 ada… heheh

  19. salam.. saya nak kata baru, tak jugak.. nak kata otai, jauh sekali.. tak ramai kenal pun.. cuma saya ada juga pandangan yg ingin dikongsi..

    dengar kata orang, belajar biarlah dari bawah. taknaklah belagak sgt mula blogging terus pkai wp sbgainya.. tp sy x pernah pun terdetik dlm hati nk dpt duit or anything such as.. niat saya yang utama, dapat puaskan diri.. rasa nak tulis, tulis.. apa nak jadi, jadilah.. kalau orang taknak komen, takkan nak paksa.. n saya selalu tulis untuk meng’express’ kan diri saya.. luahkan apa dlm hati.. rasanya, itu juga salah satu kegunaan blog, bukan?

    mgkin kalau saudara menyinggah ke blog saya, saudara akan kata “budak kecil lagi, rupanya,” tp saya minta maaf terlebih dahulu.. :D saya memang candidate UPSR lagi..

    tak pernah terniat nak buat earning guna “heartbeat, nuff” or yg mcm tu..
    so, mungkin tidak terlalu keterlaluan saya katakan, anda salah menilai.. sepatutnya anda letakkan tajuk “kebanyakan” dihadapan tajuk.. kerana, mungkin ada blogger yang terasa.. :) terima kasih..

  20. setuju 80%.. mungkin ade benarnye.. tapi utk yg newbie cam eyqa..eyqa tak pernah tau ade pelbagai jenis utk blog. Yg eyqa tau blogspot. WordsPress mmg tak tau laaa… tp skit demi sdkit baru la tau..dan mengaku tak tau beza blogspot dan WordsPress.. ni baru tau…dan eyqa tak pernah tau yg berblog boleh menjana pendptan.psang nuffng pun sebab mber pasang. hihihi.. nmpak sgt eyqa bodoh bab blog ni… dah lame berblog baru tau ape yg ley kte wat dgn blog. nice entry… mmg dpt pengetahuan..tp tak semua newbie berblog sebab duit.. :)

  21. Salam.

    Saya setuju dengan pendapat dan pandangan tentang tuan blog.Mmg tidak dinafikan sekarang kehadiran blogger-blogger baru bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Paling menyedihkan apabila ada segelintir blogger2 newbie yang berblog hanya semata-mata kerana duit.Selain daripada itu tak kurang juga ada sesetengah blogger newbie yang sentiasa mengamalkan konsep you follow i,i follow you back.Bukan membuka pekung didada tapi inilah yang saya rasai.Aura blogging semakin hilang.Kebanyakan blog-blog sekarang lebih banyak menghasilkan entri yang berkuantiti dan berkualiti.Untuk blog pula saya lebih prefer kepada blogspot sebab ianya user friendly.WP ni ada susah sikit untuk saya.Sebab tu saya lebih prefer blogspot daripada WP.Untuk iklan pulak saya pernah hampir berputus asa dalam berblog kerana noat saya sudah mula lari daripada niat asal saya untuk suka2 dan berkongsi ilmu selain dari menambah pengalaman.Sekarang blog saya sudah bersih 100% daripada sebarang jenis iklan.Ternyata semangat saya kembali pulih selepas saya buang segala jenis iklan yang ada diblog saya.Sebab tak perlu risau apa-apa lagi baik dari sefi traffik,entri dan sebagainya. ;)

  22. Salam.

    Saya setuju dengan pendapat dan pandangan tentang tuan blog.Mmg tidak dinafikan sekarang kehadiran blogger-blogger baru bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Paling menyedihkan apabila ada segelintir blogger2 newbie yang berblog hanya semata-mata kerana duit.Selain daripada itu tak kurang juga ada sesetengah blogger newbie yang sentiasa mengamalkan konsep you follow i,i follow you back.Bukan membuka pekung didada tapi inilah yang saya rasai.Aura blogging semakin hilang.Kebanyakan blog-blog sekarang lebih banyak menghasilkan entri yang berkuantiti dari berkualiti.Untuk blog pula saya lebih prefer kepada blogspot sebab ianya user friendly.WP ni ada susah sikit untuk saya.Sebab tu saya lebih prefer blogspot daripada WP.Untuk iklan pulak saya pernah hampir berputus asa dalam berblog kerana niat saya sudah mula lari daripada niat asal saya untuk suka2 dan berkongsi ilmu selain dari menambah pengalaman.Sekarang blog saya sudah bersih 100% daripada sebarang jenis iklan.Ternyata semangat saya kembali pulih selepas saya buang segala jenis iklan yang ada diblog saya.Sebab tak perlu risau apa-apa lagi baik dari sefi traffik,entri dan sebagainya. ;)

  23. hoho..

    aku memang dari mula sampai hari ini, memang berblog nak cari duit..yang lain tu kira bonus. Sebab tu aku dapat hasil yang aku nak. Yang aku perasan, ramai orang bengang bila dah berblog bagai nak rak, banner penuh dari atas sampai ke bawah, tapi 1 sen pun tak dapat..cek nuffnang pun tak dapat..klik langung tak ada..lepas tu, salahkan orang lain..yang ni part paling aku benci..

    nak duit, kena usaha. itu aje. kalau nak duit ribu-ribu..usahala macam nak dapat ribu-ribu..kalau usaha setakat nak sen-sen..sampai bila-bila pun takkan dapat..

    bagi aku tak salah nak berblog kerana duit, cuma, berpada-padalah. jangan sampai jadi gila sudahla..jangan sampai mak ajak balik kampung, terus tengking mak..jangan sampai awek ajak gi dating, terus tolak..jangan sampai tak solat..jangan sampai tak baca al-quran..jangan sampai tak tengok bola..

    namun, aku hormati semua blogger dari platform blogspot..bukan senang tu nak lawan blogger dr platform wordpress. Hanya usaha yang membezakan..

    dan, memang susah nak puaskan hati semua orang..

  24. lepas 3bulan blogging dgn blogspot…baru sy kenal ape itu nuffnang…

  25. saya dah guna blogspot sejak 2007 lagi.masa tu, saya cuma tahu kewujudan blogspot.maklumlah, buta it.saya daftar akaun blogspot pun sebab nak tulis aktiviti harian, dan saya suka blogspot sebab saya suka design background sendiri, saya tak suka default background.nuffnang saya pasang thn lepas, 2010.once again, saya tak cleasr sgt fungsi dia.just nak try out.dua tiga bulan br nmpk ada beberapa sen kat akaun nuffnang.it took me about four years to put nuffnang in my blog.kalau wordpress lebih bagus, mungkin otai2 bloggers perlu buat entri khas utk ini.tetapi apa yg saya lihat, kebanyakan bloggers otai masih menggunakan blogspot.mungkin disitu ada kelebihannya

  26. afiqasyraf says:

    blogspot tuu senang… Camnerlah Mak Cik Nak Guner WP… Pusing2 Kepala…
    Tapi WP.com Cam Sial… X Leh Upload Theme Luar… Kena Pakai Hosting Gak Kan?? WP.org

    • wp.com memang tak boleh pakai theme luar..diorang dah sediakan pilihan dalam koleksi diorang…dan ada juga theme berbayar sekarang. Memang ramai pakai blogspot sebab boleh customize macam-macam.

  27. aku lagi says:

    tapi Yg X leh Bla Ade Blog2 Baru Bukak… Trafik Baru 2kerat… Letak Space “iklan disini hanya rm 30 sebulan”…. Mmg X Leh Bla…

    Tapi Yg Aku Peliknyer… Banyak Company ( Newbie ) jual Produk Online Pastu letak Nuffnang… X Pro lansung… Cam Hampeh…

  28. Terkenang suatu ketika dulu masa mula2 buat blog. Penuh iklan je. Tapi dah insaf dan tukar kepada WordPress Self Hosted. Nak dapat duit dari blog bukan boleh buat dalam masa 2 ke 3 bulan. Kena konsisten dengan post yang dibuat dan traffic yang masuk. Kalau takat copy paste post dari blog orang lain lepas tu letak iklan berlonggok2 dalam blog, janganharap nak dapat income consisten la setiap bulan hanya dari blog tu

  29. pergh..cam macam komen, bagi aku ade pro kontra bab ni, bagus jugak depa pikir pasal nak duit jer pasal dapat ade target, tapi jadi lain pulok bila traget tak sampai. entahlah, aku pun antara blogger yang bangang, masih tak tahu apa tujuan aku berblog

  30. saya newbie blogger, dan saya memilih wp sebagai platform menulis. thumbs up untuk wordpress. tapi saya masih baru dan banyak yang saya tak tahu.. harap dapat belajar dengan otai2 blogger sekalian :) thx

  31. newbies terlalu terdesak untuk membuat duit dengan blog..sehingga masuk ke dalam lautan dalam tanpa sebarang ilmu,,,kemudian kalau dah x boleh jana pendapatan, tinggalkan blog mcm tu saje..sebab dah takde semangat…jadikan blog sebagai satu minat….

  32. Tetapkan tujuan.

    Kalau duit dicari, buat yang terbaik untuk dapatkan hasil.

    kalau keseronokan dicari, buat yang terbaik untuk kepuasan.

  33. apa2 pun, niat berblog yang penting.. kalau semata2 duit, duitlah yg nampak.. kalau semata2 nak kepuasan, itulah yg akan dia dapat..

  34. fuhh..macam-macam pendapat ada..

    apapun, semua blogger ada tujuan masing-masing menulis blog. Janji tak pukul anak orang atau membunuh sudah la..

  35. Assalamualaikum WBT…bagus entri ni. boleh dijadikan renungan untuk blogger :)

  36. anda boleh cuba buat duit dgn blog dengan clixadx – http://www.clixadx.com

  37. Ramai gak yg post lucah2, sebab tu la dpt trafik n duit bnyk. tapi malangnya halalkah duit itu? hehe

  38. WordPress memang bagus!

    Tapi bergantung pada blogger la. Masing-masing punya pilihan sendiri.
    Berikut antara contoh blogspot bagus.

    http://www.forblogger.net
    blogknowhow.blogspot.com
    http://www.bloggersentral.com
    bloggerstop.net

    Ini baru satu niche. Masih banyak lagi blogspot yang bagus diluarkan sana.
    Kepada newbie yang nak mula. Pilih platform yang nak dilakukan dan fokus.

  39. Dari apa yang saya lihat dan yang saya perhatikan, perkara sebegini berlaku kerana blogger newbie berblog hanya kerana duit semata-mata. Adakah anda setuju dengan pendapat saya?

    Saya kira demikian, banyak blogger yang baru membuat blog langsung ingin dapet keuntungan tanpa adanya kerja keras dengan mempercantik blognya baik dari isi maupun tampilan. saya sendiri sedang fokus di dunia forex sebagai salah satu cara menghasilkan uang. broker yang saya gunakan adalah http://www.octafx.com yang membuat saya nyaman dengan layanan yang prima.

Speak Your Mind

*