Blogger Termuda di Malaysia

blog-yiedpozi
Yied, Blogger termuda di Malaysia

Pada beberapa hari yang lalu, saya ada menerima re-tweet daripada seorang blogger di Twitter. Dan yang menariknya, blogger tersebut hanya berusia 13 tahun dan telah mempunyai blog dan domain .com sendiri!

Yied merupakan blogger termuda di Malaysia yang pernah saya jumpa di Internet. Sebelum ini beliau hanya berblog di yiedlife.blogspot.com dan faridlife.blogspot.com. Tetapi pada 7 Februari 2011 yang lalu, beliau telah mula menggunakan domain .com di blog beliau di http://www.yiedpozi.com/.

Dalam usia semuda ini beliau telah berjaya mempunyai blog dan domain .com sendiri. Saya dulu pun hanya mempunyai blog dan domain sendiri pada usia 18 tahun. Tetapi beliau, pada usia 13 tahun sebegini telah memiliki apa yang saya ada pada waktu itu.

Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yied kerana berjaya menjadi seorang blogger yang termuda di Malaysia. Walau bagaimanapun, kita blog, blog juga. Tetapi pelajaran jangan dilupakan kerana awak masih bersekolah lagi.. :)

Oh ya, sebelum ini saya pernah terjumpa blog Aida Sabrina, adik kepada Aisyah Rozi dalam salah satu post di aisyahrozi.com. Tetapi entah kenapa, saya tak jumpa pula post itu. Jika tidak, Aida Sabrina merupakan blogger termuda di Malaysia kerana beliau baru sahaja berusia 9 tahun.

Comments

  1. Hahhaa, kiut nye…

  2. blogger tertua sapa eik poji :P

  3. dia tu adik daus si blog hijau tu.

  4. Bagus la muda-muda lagi dah ada tanah sendiri, kalo rajin usahakan mana taw boleh jd sumber rezeki untuk masa depan nanti.

  5. aii cepat btul zaman berubah yew.. kecik2 lg dah pandai.. itu abg dia, daus ajar lah tue.. hehe

  6. Salam admin,

    Memang dah maju bebudak zaman sekarang ni.Saya yang dah berumur ni pun masih belajar-belajar agi,dia baru 13 tahun dah ada domain sendri.Tahniah.

  7. budak sekarang makin celik IT. yied ni pon rasanya lg expert bab2 coding html ngan css smo tu berbanding ER. hehe

  8. “Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yied kerana berjaya menjadi seorang blogger yang termuda di Malaysia. Walau bagaimanapun, kita blog, blog juga. Tetapi pelajaran jangan dilupakan kerana awak masih bersekolah lagi..”

    Mak Yied selalu gak pesan supaya jangan lupakan pelajaran.. Belajar sampai berjaya.. Huhu..

    P/s: BTW, terima kasih bro atas entry ni ye…

  9. dah ramai blogger muda…
    tapi tak femes

  10. muda2 dah ada blog, memang hebat.
    semoga dia dapat jadi blogger yang hebat satu hari nanti :)

  11. pergh aku umur 17 baru kenal dunia blogging..hebat bdak2 zmn skrg..respek arr

  12. anak kak jie ada blog masa umur dia 10 tahun, skrg dah 12 thn
    tapi tak bagi dia over sgt beronline
    umur dia tak sesuai nak baca bahasa tanpa tapisan,
    nak control sgt pun tak mampu
    sekolah, homework, main basikal, ngaji, dah habis masa dia

    yg sebenarnya kak jie takut dia terlalu cepat dewasa…. hihihi

  13. nampaknya nanti kalau ada anak, nak suruh die start blogging bila masuk tadika..hehe..kena belikan dia imac sebijik dan suh dia design website dsbnya..:D

  14. zaman sekarang ni, tak hairan kalau ada blogger 9 tahun ke, 11 tahun ke, 14 tahun ke..sebab zaman kita dulu..mana ada blog lagi..blogger.com pun tak berapa terkenal kat malaysia..sekarang ni pun..tak semua orang tahu pasal blog.

  15. ade lg mude :P ahhaha

  16. wah.. adik aku form2 bleh rilek jer hack fb orang… hack game online.. scam sklali skaler.. tp x kbas duit pun.. saje practice hack pastu plang blik,,

  17. Hey I know this is offf topic but I was wondering if you knew of any widgets I could add to my bloog that automatically tweet my newest twitter
    updates. I’ve been looking for a plug-in like this for quite some time and
    was hoping maybe you would have some experience with something like this.
    Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look
    forward to your new updates.

  18. sy mula buat blog pda bulan march 2014… hehehe xpe xpe… tapi saya pun masih muda tau? sekarang saya dalam tingkatan 3… heehe

  19. mungkin mereka ini telah di bantu oleh abang2 atau kakak2 mereka untuk menghasilkan blog. Mereka cuma hanya menulis entry sahaja.

  20. What’s up to every one, the contents present at this site are in fact amazing for people experience, well, keep up
    the good work fellows.

  21. Hello there, You have done a fantastic job. I will certainly digg it
    and personally suggest to my friends. I’m sure they will be benefited from this web site.

Speak Your Mind

*