Cabaran Seorang Blogger dalam Dunia Blogging

zen-rock-01

Sekarang ini blog bukan lagi menjadi perkara yang asing untuk masyarakat kita di Malaysia. Saya percaya, artikel yang saya tulis di blog peribadi bertajuk, Lambakan Blog Di Internet, kini menjadi kenyataan.

Ramai orang ingin menjadi blogger. Melihat orang lain memiliki blog, mereka pun turut ingin mempunyai blog sendiri. Namun begitu, adakah anda tahu apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh seorang blogger?

1. Tiada pembaca – Kebiasaanya perkara ini berlaku pada blog-blog yang baru. Anda teruja dengan artikel di blog anda tetapi malangnya tiada pun pembaca yang ingin membaca artikel tersebut melainkan adik beradik atau kawan terdekat anda. Setiap hari anda tengok statistik trafik blog, hanya ada 1 atau 3 orang pelawat sahaja dalam sehari. Dan yang lebih teruk, ada juga hari-hari yang langsung tiada pelawat yang datang.

2. Artikel dicuri – Saya sudah banyak kali mengalami masalah seperti ini. Dan saya percaya saudara Amanz pun mengalami situasi yang sama. Artikel yang ditulis oleh anda dicuri oleh blogger lain dan dipublishkan di blog mereka tanpa meletakkan kredit kepada anda. Ini adalah sangat-sangat tidak beretika. Ini kerana sedikit sebanyak aktiviti mencuri artikel ini boleh mengganggu trafik blog anda di search engine seperti Google.

3. Tiada idea untuk menulis artikel – Salah satu punca utama kenapa ramai blogger yang berhenti di tengah jalan. Anda tahu anda mempunyai blog untuk dikemaskini, tetapi anda tidak mempunyai idea untuk menulis artikel. Jika anda mengalami masalah ini, anda boleh rujuk artikel saya bertajuk, 8 Tips Berkesan Dalam Mencari Idea Menulis Artikel. Ianya dapat membantu anda dalam mendapatkan idea menulis artikel.

4. Hosting dan Domain – Anda mungkin tidak mempunyai masalah jika menulis blog di platform percuma seperti Blogspot dan WordPress.com. Tetapi apabila anda sudah mempunyai self-hosted blog, anda perlu meletakkan komitmen dalam membayar hosting dan domain setiap tahun. Jika anda menggunakan VPS atau dedicated server, bayarannya lagi mahal dan perlu dibayar setiap bulan. Jika lambat bayar, akaun anda akan disuspend. Untuk membeli shared hosting dan domain dengan harga yang berpatutan, anda boleh beli dari saya di Elfbytes Web Hosting.

5. Ancaman hacker – Blog CypherHackz.Net saya pernah dihack sebanyak dua kali. Ianya disebabkan masalah pada skrip dan plugin yang vulnerable membuatkan blog saya dihack oleh hacker dari Arab Saudi dan Turki. Namun begitu, Alhamdulillah kerana hack tersebut hanya mengubah frontpage blog saya dan tidak mengganggu database. Dan sekarang ini saya menggunakan perkhidmatan VaultPress untuk backup segala file dan database blog saya secara real-time. Anda boleh baca review saya di sini, VaultPress Review – Ultimate WordPress Backup Solution.

Ini baru sebahagian daripada cabaran-cabaran yang pernah saya hadapi sepanjang 6 tahun dalam arena blog. Terdapat banyak lagi cabaran yang lain seperti bandwidth yang limited, server yang lambat, dan tidak mempunyai masa untuk mengemaskini blog.

Saya percaya anda pun pernah menghadapi masalah yang sama seperti saya di atas. Cuma yang membezakan adalah cara yang digunakan anda untuk mengatasi cabaran tersebut. Walau apapun cara yang diambil, saya doakan semoga anda berjaya dalam menghadapi apa jua cabaran dalam dunia blogging. :)

Comments

  1. yerp. artikel yang dicuri itu sering berlaku, dan kadang-kala orang lain yang membuat rujukan, memberikan kredit kepada blog yang mencuri artikel tersebut, sekaligus memberikan impak yang berbeza kepada kita yang menghasilkan kandungan tersebut.

    btw, penggunaan VaultPress tu memang digalakkan.

    Dan, satu lagi cabaran, mungkin merupakan penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya, tanpa menggunakan sebarang singkatan dan sebagainya.

    • Yang berkenaan penggunaan Bahasa Malaysia itu juga merupakan salah satu cabaran. Sebab kita dah terbiasa menggunakan Bahasa Inggeris dalam sesetengah perkataan dalam kehidupan seharian.

  2. thx sob atas infonya,,,,,

  3. jgn letakkan harapan yg tinggi dgn blog pada awal permulaan itu tips yg perlu ada setiap blogger..jika letak harapan yg tinggi & cabaran tak dapat di atasi mungkin kita akan gagal sebelum sampai masanya.

    • Sangat setuju! Saya pun pernah alami situasi tersebut. Ada sebuah blog yang saya harapkan mendapat tarikan yang ramai, tetapi akhirnya ianya hanya harapan saya semata2. :)

  4. true that!
    macam aku, bukak blog untuk suka-suka ja..tapi bila tak ada feedback, macam syok sendiri pulak rasa..lepas tuh kena promote sikit-sikit..banyak kerja jugak la…

  5. Aku setuju sangat dengan no.3 sebab itulah pembunuh utama blogger. Nak tambah satu lagi, tiada masa untuk update blog sebab busy dunia. Hehe

  6. thankz..info yg sgt berguna

  7. wow .. baru terjumpa blog ni. dari Google Malaysia

  8. sy ada satu acc dua blog…satu utk personal dan satu utk kelab sekolah..sy cuba utk tukar template dan juga masukkan gadget br pd blog…setiap kali sy paste kt html…x bleh…nape? sda cr lain yg x? tq

  9. nice entry…like it… :) thnxx for da info

  10. dr n nk tau coding css tu?

  11. 1. Tiada pemabaca : Ini rasanya pengalaman wajib berlaku pada blogger baru…tai kalau buat entri dengan konsisten dan ada nilai..InsyaAllah orang akan mula singgah…

    2. Artikel dicuri : Setakat ni tak pernah/tahu kalau ada yang curi artikel…tapi emmandangkan banyak buat entri pasal pandangan sendiri rasanya takde orang nak curi…cuma risau tentang gambar/grafik je la…

    3. Tiada idea : Rasanya salah satu sebab takde idea adalah kerana buat blog tentang sesuatu yang bukan minat kita….sebab ramai rasanya yang hanya blog ikut berita semasa…tak salah…tapi minat yang rapuh boleh sebabkan senang hilang semangat. Melainkan isi blog yang utama berkaitan minat dan buat entri lain sebagai entri tambahan.

    4. Hosting dan domain : Tak tahu sebab tak pernah menggunakan hosting dan domain.

    5. Hack : Rasanya untuk blog free seperti di WordPress..Wordpress yang akan uruskan kan? Jadi setakat ni tak pernah kena lagi…tapi idea untuk backup tu mungkin boleh amalkan juga..mana tau server wordpress yang merata-rata tu pun kena hack…heheh….

    Menarik entri ni…teruskan berkongsi…blogger baru belajar kalau salah tolong tunjukkan… :-)

  12. CODING CSS TU MCMANA?

  13. It’s impressive that you are getting thoughts from this article as well as
    from our dialogue made here.

  14. As I website possessor I believe the articles here is really great, appreciate
    it for your efforts.

Speak Your Mind

*