Cara Mudah Untuk Optimizekan Gambar dalam Artikel

save-for-web-and-devices
Simpan gambar dengan menggunakan Save for Web & Devices dan pilih JPEG

Setiap artikel yang saya terbitkan akan saya masukkan gambar sebagai pelengkap artikel tersebut. Tetapi sebelum gambar itu dimasukkan, saya akan optimizekan gambar itu terlebih dahulu.

By default, file gambar akan mempunyai maklumat-maklumat tambahan seperti jenis kamera yang digunakan, tarikh dan masa gambar itu ditangkap, setting kamera yang digunakan, dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini disimpan dalam metadata gambar dan menyebabkan size gambar menjadi besar. Jadi proses optimize ini adalah bagi membuang metadata tersebut sebelum kita memasukkan gambar ke dalam artikel tadi.

Perisian yang saya gunakan adalah Adobe Photoshop. Ianya merupakan perisian yang mudah dan sangat sesuai digunakan untuk membuat editing gambar untuk blog.

Berikut merupakan tips yang saya gunakan untuk mengoptimizekan gambar sebelum dimasukkan ke dalam artikel.

  1. Resize gambar menjadi kecil – Kebiasaannya saya akan resize gambar menjadi 550px. Tetapi ianya bergantung pada size layout bahagian artikel anda. Jika size layout anda kecil, maka kecilkan lagi size gambar tersebut.
  2. Simpan dalam format JPEG – Saya akan simpan gambar tadi dalam format JPEG. Walaupun size file itu akan menjadi sedikit besar tetapi kualitinya adalah yang terbaik. Anda juga boleh simpan gambar dalam format PNG tetapi ianya tidak berapa sesuai untuk gambar bersize besar.
  3. Save for Web & Devices – Di dalam Adobe Photoshop ada cara untuk menyimpan gambar dalam format dan kualiti yang sesuai untuk website. Iaitu Save for Web & Devices. Proses ini akan membuang maklumat metadata yang tidak berguna tadi seperti yang saya terangkan dalam perenggan awal sebelum ini. (File > Save for Web & Devices)

Dengan mengoptimizekan gambar itu tadi, size gambar akan menjadi lebih kecil dari sebelumnya. Ini akan mempercepatkan lagi loading page blog anda dan tidak membebankan pembaca yang mempunyai capaian Internet yang lambat. Selain daripada itu, anda juga dapat menjimatkan bandwidth hosting anda kerana menyediakan gambar bersize kecil.

Diharapkan dengan tips yang ringkas ini dapat membantu anda dalam meningkatkan gaya penulisan dengan memasukkan gambar yang telah dioptimizekan. Saya doakan semoga anda berjaya… :)

Comments

  1. tips yang berguna .. terima kasih =)

  2. tak reti guna photoshop lah

  3. ler… cm tu ker.. baru ku tahu.. tengs ya!

  4. hai.. salam kenal.leh la kunjungi blog saya. Saya adalah masalah sikit la nak tanya. PAsal picture setting. Thanks. Kalau sudi tolong.

  5. ok mas makasih infonya. langsung praktek :D

  6. tulisan yang bermanfaat
    Salam Sukses…

  7. gizli kamera fiyatları

Speak Your Mind

*