“Macamana nak buat buat domain tu ada www. kat depan ye? Contohnya saya beli dari mercumaya akucintapadamuohkekasihku.com. Ada juga try buat A record dengan CNAME record (tambah www) kat mercumaya punya free DNS management tu, tapi sampai sekarang domain saya tu masih akucintapadamuohkekasihku.com juge. Tak cantik menarik tertarik kau memang pengendali blog la macam ni! . Kalau boleh aku nak http://www.akucintapadamuohkekasihku.com. Minta diberikan penjelasan.” – andimazlan [#]
Saya pernah mengalami masalah seperti ini pada suatu ketika dahulu. Jenuh juga mencari jalan penyelesaiannya sehinggalah saya mengetahui bahawa ianya boleh dibuat dengan menggunakan fail .htaccess.
Seterusnya…
Adakah anda tahu apa itu Wordpress? Wordpress adalah sebuah blog script yang berfungsi sebagai pengantara antara seorang blogger dengan pembaca. Ianya sebuah platform untuk blogger menulis dan menerbitkan entri-entri yang menarik untuk tatapan pembaca.
Tetapi, kenapa saya menggunakan Wordpress? Bukankah ada banyak lagi blog script yang terdapat di Internet seperti Drupal, Geeklog, Movable Type dan sebagainya?
Saya memilih Wordpress bukan hanya kerana ianya percuma tetapi Wordpress sangat-sangat kemas dan tersusun dari segi coding mahupun interface. Jika anda perhatikan, banyak tema-tema (theme) menarik telah dihasilkan untuk Wordpress. Ini kerana, susunan coding yang ada pada Wordpress sangat mudah difahami dan menyenangkan tugasan pembuat tema untuk menyesuaikan tema tersebut dengan Wordpress. Saya sendiri sudah menghasilkan beberapa tema (boleh la dikatakan menarik) untuk Wordpress.

Selain daripada itu, Wordpress mempunyai ahli komuniti yang ramai. Dengan adanya komuniti Wordpress seperti ini, lebih senang untuk saya merujuk atau bertanyakan masalah berkenaan dengan Wordpress. Sekiranya saya ada mengalami masalah dengan Wordpress seperti .htaccess contohnya, saya akan dapat jalan penyelesaian dengan cepat kerana jawapan untuk masalah tersebut sudah pernah dibincangkan di laman komuniti Wordpress. Jadi, tidak perlulah saya menunggu berhari-hari hanya untuk selesaikan sesuatu masalah dengan Wordpress.
Seterusnya…