Pada kebiasaannya anda menulis blog pada waktu bila? Pagi? Petang? Siang? Atau malam? Saya suka menulis blog pada waktu pagi. Pada waktu itu minda saya masih dalam keadaan segar dan rileks. Banyak idea-idea yang datang pada waktu pagi kerana pada waktu itu otak kita sedang bersemangat untuk memulakan pekerjaan.
Selalunya selepas saya bersarapan pagi, saya akan membuka BlogDesk dan mula menaip artikel untuk diterbitkan di blog saya. Satu atau dua artikel akan saya siapkan, tetapi bergantung juga kepada tahap kesibukan saya pada hari tersebut.
Mungkin cara saya ini tidak sesuai dengan anda. Sesetengah orang mempunyai masa mereka yang tersendiri untuk menulis blog. Ada yang suka menulis pada waktu pagi selepas Subuh, ada yang suka menulis pada waktu lapang, dan ada juga yang suka menulis pada waktu malam sebelum masuk tidur.
Tetapi jika anda belum pernah menulis blog pada waktu pagi, cuba anda bangun awal dan mula menulis blog pada waktu tersebut. Saya percaya anda pasti akan dapat merasakan perbezaannya. Cuba try test!