Pengendali Blog » Tips Panduan

5 Tips Memilih Web Hosting Untuk Blog
Walaupun terdapat laman web yang menyediakan perkhidmatan blog secara percuma seperti WordPress, Blogspot, Blogdrive dan sebagainya, tetapi saya lebih menyukai untuk membangunkan blog di hosting saya sendiri. Selain daripada saya dapat menjaga blog-blog saya dengan mudah dan dapat menggunakan domain saya sendiri, saya juga mempunyai kebebasan untuk melakukan apa sahaja pada blog saya itu. Walau bagaimanapun, pemilihan web hosting untuk blog adalah penting bagi menjamin uptime blog kita pada peratusan yang tinggi.

Berikut merupakan 5 tips yang saya kongsikan untuk memilih web hosting yang terbaik untuk blog kesayangan anda:

Tips 1 – Kualiti Perkhidmatan

Pastikan perkhidmatan yang disediakan oleh web hosting yang anda pilih adalah terbaik. Buat kajian terlebih dahulu berkenaan dengan web hosting tersebut sebelum membuat pilihan. Gunakan enjin carian Google dengan sebaik-baiknya. Kadang-kala memang di laman web hosting itu menunjukkan 99.9% uptime tetapi secara realiti, web hosting itu selalu down dan ini akan mengganggu aktiviti blogging anda. Adakah anda mahu blog anda tidak dapat diakses kerana keupayaan server yang lemah? Adakah anda mahu database blog anda hilang secara tiba-tiba? Sudah pasti tidak bukan? Oleh itu, kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh hosting provider adalah penting dalam pemilihan web hosting.

Tips 2 – Harga Berpatutan

Sesetengah web hosting provider meletakkan harga yang sangat mahal dan tidak berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan. Dan ada juga web hosting provider yang memberikan harga yang sangat rendah kepada pelanggan dan servis yang diberikan hampa belaka. Di sini anda perlu berhati-hati dan bijak dalam membuat pilihan. Lihat adakah harga yang diberikan itu bersesuaian dengan features yang disediakan? Jika anda rasa ianya tidak bersesuaian, jangan buang masa lagi dan cari hosting provider yang lain. Tetapi anda kena ingat, terdapat juga sesetengah web hosting provider meletakkan harga yang mahal seperti Exabytes kerana mereka mempunyai ramai kakitangan untuk membantu anda. Apabila kakitangan ramai, mereka dapat membantu anda dengan lebih cepat sekiranya anda mengalami masalah dengan hosting. Jadi, ada juga kebaikan sekiranya pakej hosting itu mahal.

Tips 3 – Customer Support

Ini merupakan salah satu perkara yang paling penting dalam membuat pemilihan sesebuah web hosting. Anda kena pastikan customer support hosting anda bersedia 24/7 untuk membantu anda? Andai kata tiba-tiba hosting mengalami masalah database pada waktu tengah-tengah malam, adakah customer support sedang berjaga dan bersedia untuk memberikan anda bantuan? Adakah customer support boleh dihubungi melalui Yahoo Messenger mahupun telefon? Sekiranya mereka tidak mempunyai kriteria-kriteria ini, lupakan sahaja hosting provider tersebut dan carilah yang lain. Saya percaya sekiranya hosting anda tiba-tiba mengalami masalah walaupun di waktu tengah-tengah malam, seboleh-boleh anda mahu ianya dibaiki dengan segera. Tak gitu?

Tips 4 – Features Yang Ditawarkan

Sekiranya anda sudah mempunyai senarai pendek beberapa web hosting provider yang menjadi pilihan, cuba anda bandingkan features yang ditawarkan. Berapa banyakkah saiz dan bandwidth yang diberi? Bagaimana pula dengan add-on domain? Berapa banyak pula database dan email yang boleh anda guna di hosting itu nanti? Perkara-perkara seperti ini perlu diambil perhatian kerana kalau boleh, kita tidak mahu berpindah-randah. Migration domain dari satu DNS ke DNS yang lain mengambil masa lebih kurang 72 jam untuk selesai sepenuhnya. Oleh itu, adalah lebih baik kita mempunyai hosting yang lengkap dan tidak perlu untuk kita berpindah-randah sekiranya features yang kita mahukan tidak ada dalam pakej hosting itu. Tanyalah saudara Loqnerd (link blog beliau terpaksa di remove atas permintaan beliau sendiri kerana sudah tidak digunakan lagi) apa yang berlaku semasa migration domain blog dia. Komen-komen yang dihantar telah termasuk ke hosting yang lama kerana proses migration yang mengambil beberapa hari untuk selesai.

Tips 5 – Survey Terlebih Dahulu

Tetapi, yang sebenarnya terdapat cara yang lebih mudah untuk memilih web hosting ini. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah bertanya kepada mereka-mereka yang sudah mempunyai hosting sendiri. Tanya pendapat mereka dengan hosting yang mereka sedang gunakan. Adakah mereka berpuas hati dengan hosting provider mereka? Adakah hosting mereka selalu menghadapi masalah? Bagaimana pula dengan cara pembayaran? Adakah pembayaran boleh dibuat secara online? Tanyakan seberapa banyak soalan yang boleh supaya hosting yang anda pilih adalah hosting yang terbaik untuk blog anda.

Untuk blog saya ini, saya menggunakan perkhidmatan daripada ServerFreak. Sebelum ini saya menggunakan pakej daripada Internet Webhosting kerana harga yang diberikan sangat murah. Tetapi setelah setahun saya menggunakannya, pelbagai masalah mula timbul seperti server yang selalu down, database hilang dan bermacam-macam lagi masalah yang lain. Disebabkan tidak tahan dengan karenah hosting yang lama, saya beralih kepada ServerFreak.

Setakat ini saya berpuas hati dengan perkhidmatan hosting yang disediakan oleh ServerFreak. Tuan empunya ServerFreak iaitu Sam boleh dihubungi terus samada melalui Yahoo Messenger (id: serverfreak) ataupun melalui telefon, 016-6791800 (24 jam). Selain daripada itu, sistem support yang diberikan oleh mereka juga pantas dan memuaskan.

Sekiranya anda ingin membeli hosting, saya mencadangkan anda untuk memilih ServerFreak. Walaupun harganya sedikit mahal, tetapi perkhidmatan yang diberikan sangat-sangat berbaloi dengan setiap wang ringgit yang anda laburkan.

8 Tips Dalam Memilih Nama Domain Untuk Blog
Nama domain ataupun domain name merupakan sebuah identiti yang unik merujuk kepada blog kita. Sebagai contoh yang mudah, nama domain bagi blog ini adalah www.pengendaliblog.com. Ianya unik, hanya ada satu dan tidak ada blog lain yang boleh menggunakan nama domain tersebut. Jadi, pemilihan nama atau perkataan sangat penting bagi sesebuah nama domain. Ianya samalah seperti ketika kita memilih nama anak untuk bayi yang baru lahir.

Tetapi di dalam entri kali ini, saya tidak akan menyentuh mengenai pemilihan nama bayi. Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsikan dengan anda mengenai tips yang saya gunakan semasa memilih nama domain untuk blog-blog saya.

1. Trademark

Dalam proses pemilihan nama domain, perkara yang paling penting yang perlu diambil berat adalah trademark. Saya pernah memilih sebuah nama domain yang mempunyai perkataan yang telah di-trademark-kan dan berhajat untuk mendaftarkan nama domain tersebut. Tetapi sebelum itu, saya sempat menghantar email pada empunya trademark dan meminta pengesahan bolehkah saya menggunakan perkataan tersebut di dalam nama domain. Seperti yang saya jangka, mereka tidak membenarkan penggunaan perkataan tersebut dan meminta saya untuk menggunakan perkataan yang lain. Mahu atau tidak, saya terpaksa melepaskan nama domain itu dengan penuh kecewa. Tetapi ianya lebih baik daripada saya kena saman berjuta-juta hanya disebabkan menggunakan perkataan yang telah di-tradermark-kan.

2. Ringkas

Kalau boleh, cuba gunakan perkataan-perkataan yang ringkas untuk nama domain anda. Jangan memilih nama domain yang sangat panjang yang terdiri daripada beberapa perkataan sehinggakan sukar untuk pelawat mengingatinya. Mencukupi sekiranya nama domain tersebut terdiri daripada satu atau dua patah perkataan. Lebih menarik kalau nama domain itu berkaitan dengan niche blog anda.

3. Catchy

Part ini adalah part yang paling sukar bagi saya. Untuk memilih perkataan yang catchy, terlebih dahulu kita perlu tahu niche yang ingin dibawa oleh blog kita. Tidak mungkin blog mengenai menu masakan menggunakan nama domain yang canggih-canggih seperti www.ultrafood.com ataupun www.resepipower.com? Cuba dapatkan perkataan yang lebih sesuai tetapi dalam masa yang sama mempunyai daya tarikan untuk pelawat membaca blog anda seperti www.resepimelayu.com.

4. SEO (Search Engine Optimization)

Salah satu cara untuk mendapatkan tarikan trafik yang tinggi adalah memilih perkataan yang search engine friendly. Gunakan perkataan-perkataan yang melambangkan identiti blog anda tanpa perlu ada simbol-simbol ataupun nombor. Cara ini dapat memudahkan pelawat menjumpai blog anda di dalam search engine. Jangan memilih perkataan-perkataan yang kompleks seperti www.extr3meblogger.com ataupun www.4castexchange.com.

5. Nickname

Selalunya penggunaan nickname pada nama domain digunakan pada blog-blog berbentuk peribadi seperti www.megat.net, www.topotato.com, www.kujie2.com dan sebagainya. Kebaikan penggunaan nickname ini adalah mudah bagi pelawat dan rakan blogger mengingati domain blog tersebut. Dalam erti kata lain, ingat nama blogger, ingat nama domain mereka.

6. Ejaan

Selalunya terjadi kepada domain yang menggunakan perkataan Inggeris. Kadang-kala kita terkeliru dengan perkataan yang kita sebut. Lagi-lagi kalau perkataan yang digunakan itu sebutannya dekat-dekat seperti “eyes” atau “ice“. Perkara macam ini sudah pasti akan menyebabkan pelawat keliru samada domain blog anda adalah www.intheeyes.com ataupun www.intheice.com. Oleh itu, bagi mengelak perkara ini daripada berlaku, gunakan perkataan yang ejaannya tidak mengelirukan dan mudah dieja.

7. Kamus

Selain daripada itu, saya banyak merujuk pada kamus bagi mendapatkan perkataan-perkataan yang sesuai. Selain daripada bagus untuk SEO, ia juga memudahkan pelawat untuk menaip di search engine. Cuba dapatkan perkataan-perkataan yang menarik dalam kamus dan gunakan ia sebagai nama domain blog anda. Setakat ini, saya sudah mempunyai empat buah nama domain yang dipilih daripada kamus.

8. dot COM, dot NET

Tips yang terakhir lebih berbentuk kepada pendapat peribadi. Dalam pendaftaran untuk nama domain blog, saya hanya menggunakan .com ataupun .net. Untuk .com, saya gunakan untuk blog yang berbentuk informasi dan formal. Bagi blog yang bersifat santai dan peribadi, saya lebih gemar menggunakan .net. Tiada apa yang istimewa di antara .com mahupun .net. Ianya terpulang kepada diri anda untuk memilih mana yang terbaik.

Dengan memilih nama domain yang terbaik akan memberikan impak yang lebih kepada blog anda. Diharapkan dengan adanya kelapan-lapan tips yang dikongsikan di sini dapat memberikan anda sedikit sebanyak idea dalam pemilihan nama domain.

Sekiranya anda sudah mempunyai nama domain di dalam kepala, jangan berlengah lagi. Segera ke laman web domain provider dan daftarkan nama domain tersebut secepat mungkin. Jangan terlambat kerana mungkin anda akan kehilangan nama domain itu untuk selama-lamanya. Semoga berjaya!

Jangan Biarkan Blog Anda Berserabut
Kita akan rasa selesa apabila berada di dalam sebuah rumah yang kemas, tersusun dan bersih. Jika sesebuah rumah itu dijaga dengan baik dan barang-barang di dalam rumah tersebut disusun dengan rapi, sudah pasti kita akan rasa gembira dan tenang sahaja berada di dalamnya. Tetapi, jika rumah tersebut bersepah dengan pelbagai barang-barang yang tidak penting dan berselerak, sudah semestinya kita akan berasa rimas dan malas untuk mengunjungi rumah itu lagi.

Ianya samalah seperti sebuah blog. Sekiranya blog tersebut dihiasi dengan kemas dan setiap tempat disusun dengan teratur, kita akan rasa gembira untuk melawati blog itu lagi. Tetapi jika sesebuah blog itu dihiasi dengan pelbagai iklan yang tidak sesuai dan mempunyai pelbagai perkara yang tidak diperlukan, sudah pasti ianya akan menyebabkan kita berasa bosan dan malas untuk mengunjungi blog itu lagi.

Saya tertarik untuk membincangkan isu ini selepas membaca entri yang ditulis oleh saudari Sumijelly. Di dalam entri tersebut, beliau meminta pembaca memberikan cadangan dan pendapat mengenai blog beliau. Bagi saya, tema yang digunakan sudah cukup cantik dan menarik. Tetapi apa yang menyebabkan saya tidak suka adalah melihat terdapat banyak perkara-perkara yang tidak penting untuk sesebuah blog seperti User Online Counter, link-link blog rakan, iklan yang tidak tersusun, dan feed blog rakan yang banyak diletakkan di sidebar.

Bagi saya, benda-benda seperti ini tidak perlu diletakkan di sidebar kerana, ianya tidak penting kepada pembaca dan juga boleh melambatkan loading page blog beliau. Tetapi sekiranya beliau ingin meletakkan juga, mungkin saudari Sumijelly boleh buat satu page khas untuk link-link blog rakan dan juga untuk feed blog rakan-rakan beliau. Selain daripada itu, iklan-iklan yang tidak tersusun itu mungkin boleh diperkemaskan lagi agar ianya nampak lebih kemas dan teratur. Dengan itu, pembaca lebih mudah untuk fokus membaca pada entri yang beliau sampaikan daripada terganggu dengan perkara-perkara yang tidak perlu mereka pedulikan.

Sebagai kesimpulan, jaga dan hiasilah blog anda seperti ianya rumah anda. Tidak salah untuk kita menghias blog dengan pelbagai gambar atau pun dengan link-link yang pelbagai bentuk, tetapi hendaklah berpada-pada. Diharapkan saudari Sumijelly tidak terasa atau berkecil hati dengan ulasan saya ini. Ianya hanyalah pendapat peribadi saya dan apa yang saya rasa apabila melihat blog saudari. Walau bagaimanapun, semoga kita semua dapat menjaga dan menghiasi blog kita dengan sebaik-baiknya. Semoga berjaya.