
Apakah pengalaman anda ketika pertama kali membeli hosting? Pertama kali saya beli hosting sendiri adalah pada tahun 2005. Pada waktu itu, saya masih lagi belajar di sebuah universiti tempatan di selatan tanah air. Memiliki hosting sendiri adalah satu impian yang saya impikan semasa saya mula-mula menapak dalam dunia blogging. Lagi-lagi pada waktu itu saya hanya menumpang hosting orang lain dan keupayaan saya untuk uruskan hosting saya terbatas.
Hosting provider saya yang pertama adalah company Internet Webhosting. Saya jumpa company itu pun melalui Google dengan menggunakan keyword Malaysia Web Hosting. Tetapi, saya bertuah menjumpai website tersebut dari Google, kerana mereka memberikan saya pakej menarik, iaitu RM80 setahun untuk 3GB space dan 20GB bandwidth. Murah bukan? Kalau saya buat tempahan direct dari mereka, saya tidak dapat pakej tersebut.
Untuk domain pula, saya beli domain cypherhackz.net dari saudara Eizil. Beliau juga menjual hosting dan domain di saleiz.com. Dengan bayaran RM32 setahun, boleh saya katakan harga itu murah dan berpatutan. Tetapi sayangnya saya tidak mempunyai kuasa untuk mengawal domain tersebut kerana saudara Eizil yang menjaga dan manage domain cypherhackz.net itu untuk saya. Jika saya ingin renew pun, saya terpaksa contact beliau melalui YM kerana pada waktu itu beliau masih sedang belajar di Jerman.




