Comment Moderation – Adakah ianya perlu?

mr-kerro
Blog saudara Omar, Mr Kerro.

Saya selalu membaca artikel-artikel yang diterbitkan oleh seorang rakan kenalan universiti saya, Omarullaill Azmi (atau nama glamour beliau – Omar), di blognya Mr Kerro. Artikel yang beliau terbitkan mempunyai pengisian yang menarik dan tidak hanya berborak kosong seperti kebanyakkan blog yang lain.

Saya juga ada memberikan komen di blog beliau sekiranya saya mempunyai idea atau pendapat yang saya ingin kongsikan. Tetapi setiap komen yang dihantar akan di ‘hold’ terlebih dahulu untuk disahkan oleh beliau. Komen yang saya hantarkan itu perlu melalui satu proses yang dinamakan sebagai “Comment Moderation” sebelum dapat disiarkan.

Apakah Comment Moderation?

Comment Moderation merupakan satu feature bagi membolehkan komen yang dihantar oleh pembaca disahkan terlebih dahulu oleh Administrator (blogger) sebelum disiarkan di laman blog. Dengan cara ini, blogger dapat menghalang komen-komen yang mengandungi ayat-ayat kutukan, lucah, hasutan, spam dan sebagainya dari disiarkan di laman blog mereka.

Adakah Comment Moderation perlu untuk blog?

Bagi pendapat saya, Comment Moderation adalah tidak perlu untuk sesebuah blog. Ini kerana, rata-rata sistem blog masa kini seperti WordPress, Blogspot dan sebagainya mempunyai plugin dan mekanisma tersendiri bagi menapis komen-komen yang berunsurkan spam secara automatik.

Ke semua blog saya menggunakan WordPress dan plugin yang saya gunakan adalah Akismet. Setakat ini Akismet telah berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik walaupun hanya ada 2 atau 3 spam komen yang terlepas daripada 100 komen yang dihantarkan.

Namun begitu, dengan adanya spam protection seperti Akismet, anda tidak perlu risau dengan komen-komen yang dihantarkan oleh pembaca. Dan sekiranya anda menjumpai komen yang keterlaluan, anda boleh terus mengubahsuai atau memadamkan komen tersebut melalui Admin Dashboard blog anda.

Walau bagaimanapun, ianya tetap terpulang bagi setiap individu sama ada ingin menggunakan Comment Moderation atau pun tidak. Tetapi bagi saya, Comment Moderation adalah tidak perlu untuk sesebuah blog. Apa pula pendapat anda?

Related Posts

Comments

  1. Pergh aku dijadikan subjek, oh tidak!..haha.. oklah boss, menjawab kepada pertanyaan tu, aku jugak menggunakan akismet dalam penapisan komen, dan memang tidak diragui ia bnyk menapis komen SPAM. Cuma ia tak dapat menapis komen-komen yang mengutuk contohnya ada pengkomen cakap: “alah bende ni pon nak kecoh!” ..komen tu tak dianggap spam oleh Akismet dan trus di approve..Jadi aku amik kputusan nk buat moderation..Disamping tu aku dpt la balas trus dr dashbord komen2 yang dihold tu..xperlu nk bukak page2 yang dikomen..hehehe..

    • Hahaha.. Sekali sakala menjadi topik artikel kan.. :p Kalau komen yang berbentuk sebegitu, just delete atau pun perli je dia. Contoh yang boleh digunakan adalah, “Oh terima kasih la kerana sudi hantarkan komen. Lebih baik kecoh dan sharekan knowledge daripada menjadi orang yang kedekut dan tidak mahu berkongsi ilmu.” :)

  2. Aku tak delete, tapi balas la jugak..haha…mslahnya aku riso komen tu mmpngaruhi org lain..yela kalu dah atas sekali mengutuk..bawah2 ikut je la..adess..

  3. kalau ada aku mmg dh pg tgk dulu dah..tp dia bg link palsu..

  4. hoho..no probs!

  5. Saya setuju dengan Mr Kerro. Ada yang bagi komen yang berunsur mengutuk. Tak baik jika komen tu tidak dibalas serta-merta.

    Sometimes we are not online for a few days. To leave those negative comment unattended, readers might thinks we condone those comments. Teruk lagi kalau komen yang condemn government .

    Soryy for my broken B.M ya.

    • Yup! I agree with your point. For blogs that share articles on politics should enable Comment Moderation feature to prevent from any seditious comments on their blogs.

  6. kalau aku ambil pilihan ‘Comment author must have a previously approved comment’

    Jika komen pertamanya baik, kemungkinan besar tiada masalah untuk komen seterusnya.. jika buat hal jugak, masukkan dalam senarai spammer.. =)

    • Untuk blog yang baru, maybe mudah untuk kita approve comment sebegini. Tetapi bagi blog yang dah lama dan mempunyai banyak trafik seperti Oh Tidak! contohnya, sudah pasti akan membebankan adminnya. :)

  7. Discussion Settings tu saya filter beberapa perkataan 18SG & 18SX to moderation queue.

    Setakat hari ini , jarang dapat komen yang ‘berbahaya’ – bukan tak ada, ada tetapi peratusan yang kecil sangat – majoriti komen baik, jadi beri keselesaan pada orang baik2

  8. Syukur saya tidak mendapat komen yang negatif cuma komen spamming. Akismet saya tidak guna kerana terlalu sensitif

  9. Kalau kita memang nak org komen blog kita, biarlah x guna moderation..hu3. Kalau nak kutuk2 pun kutuklah, lepas tu boleh deleted.. Kalau nak biar pun xpe. Tapi setakat ni, alhamdulillah, xde lagi komen yang buruk2..

  10. takde la penting sangat. cuma kena pandai setting la awal-awal. agar takde masalah dikemudian hari.

  11. kalau kat blogspot kita nak approve automatik komen tanpa guna moderation mcm mn ye….ada sape2 leh share x..TQ

  12. salam..
    rasanya klu mula terjun dlm beloh perlu pakai kot sb nak dptkan first pandagan dri org luar..ada juga org dengki dgn blog kita.al maklumlah org baru nak bljar buat blog..

    tpi bila dah lama berblog rasanya tak perlu pakai sekatan lagi kecuali akisemt..

  13. Saya gunakan Antispam Bee plugin untuk wordpress sebab ia akan hold semua comment-comment dari individu baru yang sebelum ini tak pernah memberi komen di blog kita. Apabila kita luluskan komen pertama pelawat ini, Antispam Bee akan luluskan komen-komen mereka yang seterusnya.

    Pandangan peribadi saya, Antispam Bee lebih baik dari Akismet. Lebih mudah diinstall dan diuruskan. Spam comment dan comment moderation boleh ditangani sekaligus.

  14. biasanya aku buat auto approve untuk orang yang pernah komen. tapi kalau komen dia teruk sangat, aku akan edit dan tegur. tapi selama eastbulletdotcom diwujudkan, masih tiadalah komen yang berunsur negatif. tapi komen yang sama dengan orang lain banyak. so aku mark as spam je..

  15. aslmkm….otai2 sekalian…saya guna blogspot…nak hack komen box menjadi lebih mesra alam macam mana yer? ada plugin jgk ke? ke kena main dgn HTML? mintak tolong ajar…peace

    –budak2 baru nak belajar–

  16. kalo cam comment moderation ni plak…rasenye perlu kod…sbb ade kemungkinan org akan komen kat entry kite yg lama atau yg dah berzaman tuh…so kalo x de comment moderation kite x tau kalo ade org komen…so better guna comment moderation nie…bukan nak guna nie sbb nak avoid spammer ke atau pape pon…kan better guna comment moderation nie

Speak Your Mind

*