Gambar Sebagai Pelengkap Artikel

keyboard-blog

Saya tertarik untuk membawa topik ini apabila terbaca tips yang dikongsikan oleh Melz di dalam artikel beliau yang bertajuk, 4 Tips Dan Sebab Perlu Ada Gambar Di Dalam Blog.

Salah satu point yang beliau kongsikan adalah, penggunaan gambar atau imej di dalam artikel dapat menguatkan isi penulisan kita,

Guna imej dan ilustrasi untuk menguatkan isi posting korang. Sebuah diagram, grafik, atau gambar yang lain selanjutnya dapat menggambarkan isi entry.

Saya secara peribadi sangat-sangat bersetuju dengan pendapat beliau. Gambar yang diletakkan di dalam artikel akan menambahkan kekuatan artikel tersebut.

Sebagai contoh, penulisan artikel yang mempunyai ilustrasi grafik seperti carta, gambarajah dan sebagainya dapat membantu pembaca untuk lebih memahami topik yang dibawa oleh blogger.

Selain daripada itu, gambar di dalam artikel juga dapat mengurangkan perasaan bosan ketika membaca artikel. Artikel yang dipenuhi dengan tulisan tanpa sebarang ‘daya penarik’ seperti gambar atau grafik, akan membuatkan mata cepat berasa letih. Dan ini merupakan salah satu sebab kenapa ramai pembaca skip dan tidak membaca artikel sehingga habis.

Dengan adanya gambar, sedikit sebanyak ianya dapat menambahkan seri dan melengkapkan artikel yang ditulis. Namun begitu, tidak semua artikel sesuai diletakkan gambar. Apa pendapat anda?

Related Posts

Comments

  1. kadang kala artikel tanpa gambar nampak tidak menarik bg aku gambar itu penarik, gambar itu penyeri dan gambar jg ada kepentingan lain antaranya unt seo blog – penggunaan alt-text, meta description yang baik membawa pemberat tetentu dalam SEO

    kena gaya kita guna gamabr maka blog dan artikel kita dpt dioptimasikan dengan baik

Speak Your Mind

*