Geng Blogger – Koleksi Artikel Blog Tempatan di Malaysia

by Fauzi on December 16, 2009

in Kaedah Promosi

Geng Blogger merupakan laman web yang membolehkan para blogger tempatan untuk ping blog mereka ke laman Geng Blogger. Dengan menggunakan perkhidmatan dari Geng Blogger ini, kita dapat berkongsikan artikel terbaru yang ditulis dan juga dapat berkenalan dengan blogger-blogger tempatan yang lain.

gengblogger

Geng Blogger diasaskan oleh saudara Ben Ashari dan dibantu oleh moderator Missizah dan juga Erin Farina. Dengan rekabentuk yang ringkas dan menarik, laman web Geng Blogger ini lebih ringan dan tidak mengambil masa yang lama untuk dipaparkan. Bagi saya, ianya merupakan satu langkah yang terbaik untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Geng Blogger.

Selain daripada itu, masa yang digunakan untuk ping blog juga adalah singkat. Dengan hanya mengklik pada butang ‘Ping Blog Saya’, artikel terbaru di blog anda akan dipaparkan secara automatik di laman utama Geng Blogger.

Proses pendaftaran juga adalah ringkas dan tidak memeningkan. Apa yang anda perlu masukkan adalah nama profail, email, kata laluan, tarikh lahir, tempat tinggal dan URL laman blog anda. Tetapi bagi saya, adalah lebih baik sekiranya kata laluan tersebut diisi dua kali supaya kata laluan yang dimasukkan itu adalah sama dan ahli Geng Blogger tidak tersilap. Mungkin pihak pentadbir Geng Blogger boleh memasukkan feature tersebut selepas ini.

Secara keseluruhan, saya dapat lihat yang laman web Geng Blogger merupakan sebuah laman web yang kreatif dan interaktif. Diharapkan dengan adanya laman web Geng Blogger ini, kita dapat membentuk sebuah komuniti blogger tempatan yang kuat dan mengikut Kod Etika Blogger seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri kita sendiri. Syabas diucapkan kepada Geng Blogger!

Geng Blogger [via Megat]

Post to Twitter Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

{ 1 trackback }

Malaysia Dan Teknologi Sepanjang Tahun 2009 | aMaNz
January 7, 2010 at 2:40 pm

{ 2 comments… read them below or add one }

1 aman December 31, 2009 at 10:53 am

cam menarik. huhu. boleh nak try nie. huhu~

Reply

2 aman December 31, 2009 at 10:54 am

wow. guna facebook connect. lagi best. huhu~

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: