Google Analytics – Statistik Laman Web Terbaik

google-analytics-01

Pada ketika saya masih mentah dalam dunia blog, saya menggunakan StatCounter bagi mendapatkan maklumat statistik mengenai pelawat yang datang ke blog saya. Tetapi saya merasakan statistik yang dikumpulkan oleh StatCounter tidak mencukupi dan tidak mengikut apa yang saya inginkan. Sehinggalah pada suatu hari saya mengetahui tentang Google Analytics.

Google Analytics merupakan sebuah perkhidmatan yang disediakan oleh Google kepada pembangun laman web dan juga blogger untuk merekodkan aktiviti pelawat ke laman web atau blog mereka. Bukan sahaja ianya percuma, malah Google Analytics menyediakan pelbagai pilihan kepada pengguna seperti jumlah pelawat, lokasi pelawat, keyword yang digunakan, dan sebagainya yang saya rasakan sangat-sangat membantu dalam melihat prestasi sesebuah blog.

Dalam banyak-banyak features yang disediakan oleh Google Analytics, saya amat menyukai Visitor Overview dan juga Traffic Sources Overview. Ini kerana, kedua-dua features ini dapat memberikan saya gambaran dengan lengkap mengenai berapa ramai yang melawati blog saya pada hari tersebut dan keyword apa yang dicari oleh pelawat untuk sampai ke blog saya. Dengan ada maklumat-maklumat seperti ini, dapatlah saya memperhebatkan lagi penggunaan keyword yang berkaitan di dalam artikel bagi menarik lebih ramai pengunjung ke blog saya.

Selain daripada itu, dengan Google Analytics, saya boleh melihat bukan sahaja satu malah ke semua statistik blog-blog yang saya miliki. Google Analytics membenarkan pengguna untuk memantau blog-blog mereka dalam satu akaun yang sama. Jadi tidak perlulah untuk kita mendaftarkan akaun baru untuk setiap blog yang kita miliki. Dengan hanya satu akaun Google sahaja sudah memadai untuk melihat prestasi blog-blog kita.

Memang banyak kebaikan yang diberikan Google Analytics ini dan banyak juga maklumat-maklumat berguna yang saya peroleh dari Google Analytics. Dengan maklumat-maklumat yang dikumpul itu, saya telah dapat mengeksploitasikan beberapa blog-blog yang saya ada supaya dapat menarik lebih ramai pengunjung.

Sekiranya anda masih teragak-agak untuk memilih sistem statistik yang terbaik untuk blog anda, saya mencadangkan untuk anda memilih Google Analytics. Saya percaya, anda akan berpuas hati dengan result yang diberikan.

Related Posts

Comments

  1. aku selain google analytics nie, guna wp statistic gak. hehe..

  2. oh…betul..stat counter tu cam kekadang x berapa tepat..
    emm..nak try la goggle punya lak..
    thanks for sharing…

  3. macam mana nak block IP address kita supaya dia tak ambil kira visit yang datang dari IP sendiri?

Speak Your Mind

*