Google PageRank – Populariti Sesebuah Blog

Baru-baru ini Google telah mengemaskini Google PageRank sebagai ‘hadiah’ bersempena dengan tahun baru 2010. Ada laman web yang mengalami peningkatan dan ada juga yang mengalami penurunan pada angka PageRank mereka. Bagi anda yang baru dalam arena blog pasti tertanya-tanya apa itu Google PageRank?

Apa itu Google PageRank?

Google PageRank atau PageRank atau PR merupakan satu penanda aras yang menentukan populariti sesebuah laman web kepada Google. Angka PageRank bermula daripada angka 0 sehinggalah ke angka 10. Sekiranya sesebuah blog itu mempunyai PageRank 10, ini bermakna blog tersebut merupakan sebuah blog yang popular. Manakala, jika blog itu menunjukkan angka PageRank 0, ianya bermaksud blog tersebut kurang mendapat perhatian daripada Google dan juga pengguna Internet yang lain. Dalam erti kata lain, Google PageRank boleh diibaratkan seperti bilangan bintang yang diberikan kepada hotel-hotel seperti hotel 5 bintang, 4 bintang dan sebagainya.

pagerank-example-01
Analogi penentuan PageRank untuk sesebuah laman web. –Wikipedia

Untuk melihat PageRank sesebuah blog mahupun laman web, anda boleh menggunakan Google Toolbar ataupun menggunakan mana-mana laman web yang menyediakan perkhidmatan penyemakan PageRank seperti PR Checker. Tetapi ingin saya tekankan di sini Google PageRank tidak berubah setiap hari dan tidak ada sela masa tertentu yang boleh kita jangkakan. Ianya terpulang kepada Google bilakah tarikh dan masa untuk mereka mengemaskini PageRank tersebut.

Bagaimana Google PageRank ditentukan?

Angka pada PageRank ditentukan melalui proses pengiraan yang kompleks dan ianya tidak didedahkan oleh Google. Pelbagai faktor diambil kira dalam pengiraan menetapkan angka PageRank. Di antara faktor yang diambil kira itu adalah bilangan backlinks yang diterima oleh sesebuah laman web.

Sebagai contoh, Web A telah meletakkan link ke Web B di laman webnya. Ini telah dikira sebagai satu undian yang diberikan oleh Web A kepada Web B. Sekiranya Web A mempunyai PageRank yang tinggi, maka kualiti undian itu akan bertambah dan memberikan Web B kelebihan kepada Google. Kebarangkalian untuk Web B mendapat perhatian Google dalam enjin carian juga lebih kerana ia telah mendapat undian daripada sebuah laman web yang mempunyai PageRank yang tinggi iaitu Web A.

Kenapa perlunya Google PageRank?

Bagi saya, PageRank adalah lebih kepada menunjukkan betapa popularnya sesebuah blog itu. Contoh yang mudah yang dapat saya berikan adalah, di antara hotel 5 bintang dengan hotel 2 bintang, yang mana satu anda rasakan popular dan eksklusif sekali? Bagi saya, sudah pasti hotel 5 bintang kerana ianya mempunyai rating yang tinggi.

Begitu juga dengan blog. Di antara blog yang mempunyai PageRank 5 dengan blog yang mempunyai PageRank 3, yang mana satu anda rasa blog itu popular dan dikenali? Saya percaya anda pasti akan mengatakan blog yang mempunyai PageRank 5. Dengan adanya PageRank, kita dapat tahu populariti sesebuah blog itu dan tahu di mana letaknya blog tersebut dalam dunia blog yang tanpa sempadan ini.

Namun begitu, saya tidak lagi mementingkan PageRank kerana ianya hanyalah penunjuk kepada populariti blog kita sahaja. Tetapi terpulang kepada individu bagaimana mereka ingin menggunakan PageRank tersebut. Sekiranya mereka ingin mendapatkan populariti dengan PageRank, maka adalah penting bagi mereka mengejar mendapatkan PageRank yang tinggi. Bagi saya, tidak perlu mengejar populariti itu kerana ianya akan datang juga sekiranya penulisan kita diterima oleh pembaca dan masyarakat. Apa yang penting, teruskan menulis dan menulis sehingga kita dikenali dan popular dengan penulisan kita. Anda setuju?

Comments

  1. sebenarnya bukan mengejar – tetapi berusaha menempatkan blog ke PR yang lebih baik- caranya tentulah dengan contents blog yang berkualiti. Proses ini berbuhung kait sesama sendiri.

    Jadi kalau dia mengejar PR, dia akan berusaha menulis dengan lebih baik dan isi kandungan yang berkualiti.

    • Mengejar juga adalah satu bentuk yang sama, yakni berusaha. Tetapi saya setuju dengan pendapat Kak Jie.

    • kadangkala berlaku spamming dan sebagainya dalam usaha untuk “mengejar” PR. Hoho~

      Anyway, blog aku ada yang meningkat, dan ada yang kekal, dan ada yang menurun. Hoho~

  2. nk tanye. yg jual text kat website. kenapa PR die slalu jatuh?

    • Sebab Google ni bijak. Google tidak mahu mereka yang mempunyai PR yang tinggi menyalahgunakan ‘kepercayaan’ yang diberikan oleh Google. Oleh sebab itu, mana-mana website yang mempunyai PR yang tinggi dan menjual text-link di website akan dikenakan penalti dengan menjatuhkan PR mereka.

      Blog CypherHackz.Net pernah dikenakan penalti dari PR6 ke N/A disebabkan menjual text link. Hehehe… Bila dah kena tu, terus serik nak jual text link dekat website.

    • owh. thx.

  3. hoho…aku tak tahu apa cerita jadi ngan PR blog, dari PR3 turun PR0 sampai sekarang…tak naik, tak turun..haha..tapi tak kesah sangat pasal PR sebab tak beri kesan pada trafik..sebab aku rasa sama je..haha

  4. amat setuju dengan statment ni.
    yang penting adalah isi kandungan blog kita.
    isi kandungan mesti baik dan menarik supaya santai dan senang membaca.
    kekemasan blog juga amat penting.dont be serabut.

    menjual text link tu apa??

  5. wah makasih gan infonya

  6. sip infomu gan

  7. sip makasih atas infonya

  8. apik bozz…makasih

  9. tak berapa kesah sangat. tapi kalau dapat..memang suka. :)

  10. bagus bagus g percuma berarti saya meninggalkan link di website yg pernah kita kunjungi…

  11. Dulu mrkodet saya PR2 , tapi sejak domain tu prob terpaksa buat domain baru. Alhamdulillah domain baru ni dah pr1

Speak Your Mind

*