Gunakan Pretty Permalinks Untuk Blog WordPress Anda


YoutubeBagaimanakah Menggunakan Pretty Permalinks di Blog WordPress Anda?

Permalinks merupakan URL untuk blog post WordPress anda. Di dalam WordPress, terdapat 2 bentuk permalinks yang boleh anda gunakan:

Secara default, WordPress akan menggunakan permalinks Ugly. Apabila permalinks Ugly digunakan, URL akan menjadi pendek kerana ia hanya menggunakan Post ID sebagai URL. Dan URL blog post anda akan kelihatan tidak menarik dan tidak SEO (Search Engine Optimization) kerana tidak mempunyai keyword di dalam URL.

Oleh sebab itu, saya sangat menggalakkan anda menggunakan Pretty permalinks untuk blog WordPress anda. Dengan menggunakan Pretty permalinks, URL blog post anda akan kelihatan lebih professional, mudah dibaca dan juga lebih “disukai” oleh search engine.

Untuk mengubah permalinks di dalam WordPress:

  1. Login ke Admin Dashboard.
  2. Pergi ke Settings > Permalinks.
  3. Pilih permalinks settings yang anda inginkan.

Selain daripada Common Settings yang disediakan, anda juga boleh membuat struktur Pretty permalinks anda sendiri. WordPress menyediakan beberapa tag yang boleh anda gunakan untuk membuat Custom Structure permalinks. Di antaranya adalah:

  • %year%
  • %monthnum%
  • %day%
  • %postname%
  • %post_id%
  • %category%
  • %author%

Di Pengendali Blog, saya menggunakan %postname% sebagai permalinks blog post. Tetapi, terdapat juga beberapa blog saya yang lain menggunakan bentuk struktur Pretty permalinks seperti berikut:

  • archives/%year%/%monthnum%/%day%/%postname%/ – CONTOH
  • %category/%postname/ – CONTOH

Jika anda masih menggunakan Ugly permalinks, apakata anda ubah permalinks anda ke Pretty permalinks. Dengan ini, blog anda akan kelihatan lebih menarik dan nampak lebih professional. Selain daripada itu, ianya mudah dibaca oleh search engine seperti Google. :)

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai WordPress permalinks, anda boleh rujuk laman ini: Using Permalinks.

Related Posts

Comments

  1. btul..sblum ni aku guna default…mmg buruk ada nombor…pastu dh tkar ke postname..heheh

  2. Yup! Betul.. Memang sangat buruk.. :p

  3. memang pretty link ke nama rasmi dia? hehehe.

    nak smart lagi tambah ” .html / .php / dll

  4. masih ramai yg xtahu nak tuka setting ni.bnyk jgk blog aku bkk klua link nombor tu.hehe

  5. wordpress aku guna bahasa melayu.
    rasa tak faham la.

  6. saya biasa guna .html kat hujung dia…kalau nak lagi power guna diytheme dan seopressor.

  7. Ada html kat hujung sebab masa transfer dari blogspot dulu ada
    lepas tu , malas dah nak ubah2, ganggu permalink yg lain pula nnt

Speak Your Mind

*