Isu Team Klik NuffRangers

nuffnang-rangers

Disebabkan kesibukan, saya jarang untuk membaca RSS Feed yang saya langgan dengan menggunakan Google Reader. Tetapi pagi tadi semasa sedang berehat, saya sempat membaca entri oleh saudara Topotato mengenai isu Team Klik NuffRangers.

Seperti Topotato, pada mulanya saya ingatkan group tersebut merupakan sebuah kumpulan yang menyokong Nuffnang. Rupa-rupanya hanyalah sebuah kumpulan kecil yang cuba mendapatkan duit dengan mengklik iklan Nuffnang antara satu sama lain.

Blog kumpulan tersebut sudah pun dipadamkan tetapi cache daripada laman Google masih boleh dilihat di Nuffnang Rangers dan Nuffnang Rangers: Team Klik2 NuffRangers.

Kalau diikutkan dari perbincangan dalam komen tersebut, founder kumpulan Team Klik NuffRangers memperoleh pendapatan daripada kegiatan mereka sebanyak RM20 seminggu. Kalau sebulan, boleh dapat dalam RM80. Tetapi, sampai bila sahaja ahli-ahli kumpulan mereka akan klik iklan-iklan tersebut? Tidak mungkin setiap hari mereka akan klik iklan-iklan yang ada.

Bagi pendapat saya, RM80 tidaklah banyak mana. Ya, memang betul RM80 itu rezeki dan juga duit. Tetapi jika mereka mementingkan trafik pada blog dan berjaya memperoleh pengunjung seramai 5000 orang sehari, RM80 hanyalah kecil nilainya.

Ambil contoh yang mudah, andai kata dalam 5000 pengunjung (unique visitors) itu 1% daripadanya mengklik iklan yang bernilai RM0.25 setiap klik. Mereka akan dapat RM12.50 sehari. Dalam seminggu, mereka akan dapat RM87.50. Dan dalam masa sebulan, mereka akan memperoleh duit sebanyak RM350.

Team Klik Nuffrangers: RM80 sebulan

Team Unique Visitors: RM350 sebulan

5000 x 1% x RM0.25 x 7 hari x 4 minggu = RM350 sebulan

Jadi, kalau dilihatkan yang mana satu lebih menguntungkan? Men-rekrut ahli kumpulan dan memperoleh pendapatan sebanyak RM80 sebulan atau mementingkan trafik dan memperoleh pendapatan sebanyak RM350 sebulan? Bagi saya, sudah pastinya pendapatan sebanyak RM350 lebih menguntungkan daripada RM80.

Namun begitu, Team Klik NuffRangers telah pun ditutup secara rasmi oleh founder kumpulan itu sendiri. Segalanya disebabkan atas nasihat yang diberikan oleh para-para blogger di Malaysia mengenai isu ini. Saya ucapkan syabas kepada mereka kerana telah berjaya memberikan pendapat dan pandangan yang baik mengenai kumpulan ini.

Kepada para blogger di luar sana, ingatlah, memang kita rasa seronok mendapat duit daripada aktiviti berblog ini, tetapi adakah kita akan mendapat kepuasan sekiranya pendapatan itu diperoleh dengan cara yang salah? Fikir-fikirkanlah…

Related Posts

Comments

  1. hehehe…
    sampai kesini kes nieh..
    adeh..
    thankz la yer sebab beri pendapat..
    kepada yang terlibat.. zul minta maaf sangat

    • Whoever wrote this, you know how to make a good aretcli.

    • I just wanted to make a small remark to say thanks to you for those remarkable suggestions you are sharing at this site. My time intensive internet lookup has finally been honored with good insight to share with my company. I would state that that we website visitors actually are quite fortunate to dwell in a fabulous community with so many lovely people with very helpful tricks. I feel pretty blessed to have used the web pages and look forward to plenty of more pleasurable times reading here. Thanks a lot once more for a lot of things.

    • On the whole I agree with her, although that way leads to run-on sentences which, frankly, are better in some hands than others.I think the real question is, “Where do you stand on the serial comma?”

  2. bukan senang nak jadi senang. kena ada cara dan gayanya.
    jadikan iktibar utk masa depan.

  3. Zul – Tidak mengapa Zul… Biasa la… Kadang-kadang kita pun buat silap. Tak semestinya perfect setiap masa.

    aidilx – Yup! Jadikan iktibar untuk kita semua…

  4. yeahh.. sama2 la kite bernuffnang dgn penuh ikhlas dan jujur..
    kab-ba-ro-kab-alif-ta-nun… keberkatan~

  5. ehm..bagusla kalau dah takde.. :)

  6. Wohha!!

    p.s: dah penat komen pasal ni.. so wohha je la.. hehe..

  7. huhu…aku dah lama tak guna nuffnang. skrang guna innity jer.

  8. apa pun iklan yang kita pasang. yang penting halal dunia akhirat. Amin…

Speak Your Mind

*