Jadikan Menulis Blog Sebagai Hobi


Jade Market typist – kredit, wprasek

Setiap orang mempunyai hobi mereka tersendiri. Ada yang hobi mereka suka bermain game, bersukan, bermain bowling, menonton wayang, mengambil gambar dan sebagainya. Tetapi ada juga yang menjadikan menulis blog sebagai hobi harian mereka.

Pada kebiasaannya, apabila kita meletakkan sesuatu aktiviti itu sebagai hobi, kita akan rasa bersemangat dan suka untuk melakukan aktiviti tersebut. Begitulah juga dengan menulis blog. Apabila kita suka menulis blog, sudah pasti akan bermacam-macam perkara yang kita ingin tulis dan kongsikan di blog kita. Walaupun pada waktu itu kita tidak tahu apa yang ingin dilakukan.

Saya ada sebuah kisah yang ingin saya kongsikan dengan anda. Pada suatu malam, seorang blogger ni tidak dapat tidur walaupun pada waktu itu jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Hendak chatting dengan rakan-rakan di YM, semuanya dah tidur. Lalu dia pun buka Facebok dan menggodek-godek Facebook dia. Dah penat menggodek Facebook, dia bermain pula dengan Twitter. Dah penat bermain dengan Twitter, dia dah tak tahu dah nak buat apa lagi. Alih-alih, dia buka blog dan mula menulis.

Mulalah bebelan dia menceritakan yang dia tak boleh tidur, tak tahu nak buat apa, nak berborak dengan kawan pun, kawan dah tidur. Family pula semua sudah lenyap dihanyut mimpi dan hanya dia seorang sahaja yang terjaga. Sorang-sorang dia membebel dekat blog dia itu sampailah akhir sekali, dia terlena.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, menulis blog merupakan salah satu medium untuk kita mengisi masa lapang dengan sihat. Kita tidak terjebak pun dengan budaya kuning, masalah sosial dan sebagainya. Malah, dengan menulis blog kita dapat meredakan stress dan tension dalam diri kita. Ini kerana apabila kita meluahkan perasaan suka, sedih, marah dan sebagainya, ianya akan dapat meredakan tekanan perasaan dalam diri seseorang.

Jadi kepada anda di luar sana yang masih tercari-cari hobi apakah yang ingin anda pilih, cuba jinak-jinakkan diri dengan blog dan mulalah menulis. Siapa tahu dengan hanya menulis blog anda boleh mendapat duit poket sehingga 4 atau 5 angka. Bila dah senang nanti, boleh la belanja saya nanti… :D

Related Posts

Comments

  1. asslmkm..maaf sy bertanya, apa maksud dengan tulis blog boleh dapat duit poket? hanya menulis bukan jual barang

    • mungkin salah satunya, boleh memasang iklan percuma. nuffnang dan adverlets.
      bnyk lagi cara nak cari duit ni, churp2, youthsays. yg penting kena rajin tingkatkan prestasi blog. hehehe

      selanjutnya blh tanya, abe fauzi kita. otai blog.

    • Yup. Betul apa yang dikatakan oleh saudara mosyar tu. Dengan meletakkan iklan di blog, anda akan dapat generate income apabila ada pembaca yang klik pada iklan tersebut. :D

  2. Betul2.. Sejak Jai mula aktif ber’blog’ awal bulan Dec 2010, nak kluar lepak mlm pun dah xde.. Daripada lepak x tentu hala sampai pagi, baik dok umah updated blog baca entry..he3

  3. Huhuhu.. Caya lah abang Jai kita nih. Stylo weh… :)

  4. betul. lebih baik budak-budak sekolah buat dan tulis blog daripada gi melepak tak tentu hala..

  5. Saya pun sudah terjebak dalam dunia blogging. Baru x sampai sebulan… huhu..

  6. erm… setuju… kadang2 bila tulis blog boleh turunkan stress kita… tapi bila tgh stress jangan pulak tulis entri yang memaki hamun orang lain… yg baca pun mesti tak seronok,…

    tp menulis blog jugak boleh menaikkan semangat kita… saya bila rasa sedikit down saya akan menulis entri untuk naikkan semangat saya… hehe letak kat category… “ceriakan aku” :-)

  7. itu pun kalau ada yg nak klik iklan2 kita tu kan..huhu

  8. tapi kalau ada yg sudi nak tolong..sila2 lah berkunjung ke blog sy..hehe tq..http://naidahahmad.blogspot.com

  9. yup.. cuma kadang2 masa menjadi kekangan kalau mementingkan content blog.. internet pun satu hal gak.. hehe

    • Yup. Untuk membuat content yang menarik memang memerlukan masa yang banyak. Dan masalah Internet tu memang tak boleh nak disangkalkan lagi.. :)

  10. byklh dia nak suruh blanje dia.hihi :P nyway,selamat berpuasa.

Leave a Reply to naidahahmad Cancel reply

*