Jangan Biarkan Blog Anda Berserabut

Kita akan rasa selesa apabila berada di dalam sebuah rumah yang kemas, tersusun dan bersih. Jika sesebuah rumah itu dijaga dengan baik dan barang-barang di dalam rumah tersebut disusun dengan rapi, sudah pasti kita akan rasa gembira dan tenang sahaja berada di dalamnya. Tetapi, jika rumah tersebut bersepah dengan pelbagai barang-barang yang tidak penting dan berselerak, sudah semestinya kita akan berasa rimas dan malas untuk mengunjungi rumah itu lagi.

Ianya samalah seperti sebuah blog. Sekiranya blog tersebut dihiasi dengan kemas dan setiap tempat disusun dengan teratur, kita akan rasa gembira untuk melawati blog itu lagi. Tetapi jika sesebuah blog itu dihiasi dengan pelbagai iklan yang tidak sesuai dan mempunyai pelbagai perkara yang tidak diperlukan, sudah pasti ianya akan menyebabkan kita berasa bosan dan malas untuk mengunjungi blog itu lagi.

Saya tertarik untuk membincangkan isu ini selepas membaca entri yang ditulis oleh saudari Sumijelly. Di dalam entri tersebut, beliau meminta pembaca memberikan cadangan dan pendapat mengenai blog beliau. Bagi saya, tema yang digunakan sudah cukup cantik dan menarik. Tetapi apa yang menyebabkan saya tidak suka adalah melihat terdapat banyak perkara-perkara yang tidak penting untuk sesebuah blog seperti User Online Counter, link-link blog rakan, iklan yang tidak tersusun, dan feed blog rakan yang banyak diletakkan di sidebar.

Bagi saya, benda-benda seperti ini tidak perlu diletakkan di sidebar kerana, ianya tidak penting kepada pembaca dan juga boleh melambatkan loading page blog beliau. Tetapi sekiranya beliau ingin meletakkan juga, mungkin saudari Sumijelly boleh buat satu page khas untuk link-link blog rakan dan juga untuk feed blog rakan-rakan beliau. Selain daripada itu, iklan-iklan yang tidak tersusun itu mungkin boleh diperkemaskan lagi agar ianya nampak lebih kemas dan teratur. Dengan itu, pembaca lebih mudah untuk fokus membaca pada entri yang beliau sampaikan daripada terganggu dengan perkara-perkara yang tidak perlu mereka pedulikan.

Sebagai kesimpulan, jaga dan hiasilah blog anda seperti ianya rumah anda. Tidak salah untuk kita menghias blog dengan pelbagai gambar atau pun dengan link-link yang pelbagai bentuk, tetapi hendaklah berpada-pada. Diharapkan saudari Sumijelly tidak terasa atau berkecil hati dengan ulasan saya ini. Ianya hanyalah pendapat peribadi saya dan apa yang saya rasa apabila melihat blog saudari. Walau bagaimanapun, semoga kita semua dapat menjaga dan menghiasi blog kita dengan sebaik-baiknya. Semoga berjaya.

Related Posts

Comments

  1. oh..terima kasih kerana sudi review blog sumi…
    sumi pun pasan mcm tu…mcm serabut…
    insya allah..rasanya iklan tu mungkin sumi akan perbaiki..
    sumi ada wat 1 page khas tuk link kengkawan..
    emm…ttg FEED..mungkin betul kata saudara..
    oh…sumi tidak berkecil hati..malah bebesar hati lagi..
    Terima kasih bebanyak di atas pendapat saudara….
    sumi akan cuba perbaikinya….

  2. im new follower of ur blog.
    setuju dgn penulis.
    kekemasan amat penting.
    entri baik kekemasan tiada x guna jugak.
    5 bintang untuk pengendaliblog yang kemas.

  3. Oh..info yang sangat berguna..saya baru je nak letak macam-macam benda kat sidebar saya…saya fikir, dari masa ke masa, saya nak tambah sidebar tu, saje je nak letak-letak benda supaya tak nampak kosong, tapi bila tengok layout blog ni, ok juga kan, sejuk je mata memandang. nampak simple and kemas..tak tahulah blog saya ok ke tak?

  4. suka blog yg layouts putih..

  5. bolehkah saudara review blog saya pula? nnti saya akan letak link blog ini dalam blog saya

  6. kemas dan menarik…tidak membuatkan mata sakit memandang

Speak Your Mind

*