Jom Ping Blog Anda di Blogr.MY

blogrmy-komuniti-artikel-blog

Blogr.MY merupakan sebuah laman komuniti artikel blog yang ditubuhkan oleh Alif Alfiandy dan dilancarkan secara rasmi pada 21/1/2012 yang lalu. Laman komuniti artikel blog sebegini adalah sebuah laman web yang menyediakan platform untuk blogger berkongsi artikel mereka dengan para blogger yang lain.

Untuk mendaftar akaun Blogr.MY tidak susah. Apa yang anda perlukan hanyalah akaun Twitter, dan URL blog anda. Itu sahaja.

Menurut kata pengasas laman web Blogr.MY, tujuan mereka menggunakan Twitter untuk proses pendaftaran dan login adalah kerana mereka tidak mahu menyimpan password dan data-data pengguna. Oleh itu, sekiranya laman web Blogr.MY diceroboh, data dan maklumat pengguna akan selamat.

Keunikan Blogr.MY

Berbeza dengan laman web komuniti artikel blog yang lain, Blogr.MY bukan sahaja menyediakan platform untuk berkongsikan artikel blog, malah setiap artikel yang dikongsikan itu akan ditweet pada akaun Twitter @blogrMY sendiri dan juga pada Twitter pengguna.

Selain daripada itu juga, domain blog pengguna turut dipaparkan pada setiap artikel yang dikongsikan. Ini secara tidak langsung dapat memudahkan para blogger yang lain mengenali dan dapat meningkatkan trafik ke blog pengguna tersebut.

Blogr.MY turut mempunyai sistem referral link mereka sendiri. Dengan adanya referral link ini dapatlah pengguna melihat berapa ramaikah blogger lain yang telah menyertai Blogr.MY melalui link pengguna tadi.

Pandangan Saya

Memang banyak perbezaan yang dibawa oleh Blogr.MY berbanding dengan komuniti artikel blog yang lain. Cuma satu sahaja pesanan saya adalah, diharap Blogr.MY akan kekal sampai bila-bila. Jangan tiba-tiba hilang sudah la ya. Benda yang baik sebegini harus dikekalkan. Saya ucapkan semoga Blogr.MY berjaya!

Related Posts

Comments

  1. aku dah try lama dah..yang tak bestnya, cuma latest article masa log in ja boleh ping.. lain tak dapat.

  2. Blogr.my ni sangat bagus, cuma kelemahannya sistem website tu lambat detect artikel dari blog kendalian kami. Dalam sejam, kami keluarkan 2-3 artikel..sometime bila nak ping, tetiba Blogr.my cakap ‘tiada entri baru’ padahal sudah 2 entri kami publish.

  3. I see… Benda macam nie boleh diusulkan kepada pengasas Blogr.My ni. Nanti saya maklumkan kepada beliau.

  4. @OrangAkaun : ping latest entri tu dibuat sebab nak mengelak org dari melakukan ping entri yang sama. tapi akan datang, dengan point yang cukup, mungkin akan disediakan satu ruangan khas untuk mana2 blogger meng-ping any entri dalam blog mereka :)

    @iAwani : RSS Feed ni still menjadi tanda tanya kenapa dia lambat. Setakat ni bila check, ade certain RSS Feed sesetengah website dia update lambat so tu yg sistem blogr.my tak dapat detect.

    Dan mengenai Facebook Connect. Mungkin satu hari nnt akan direalisasikan, cuma makan masa sikit sbb sekarang ni mmg fully integrated dengan Twitter. Nak ubah sistem boleh pening T__T

    @CypherHackz: thanks for the review! InsyaAllah dari masa ke masa akan dipertingkatkan lagi mutu website :)

  5. Assalam..
    Boleh la cuba nanti..
    Thanks.

  6. Hurm. . .barang bgs ni. . .nak joinlah :P hehe. . .

  7. thanks for the info. I’m going to register now at blogr.my

  8. Artikel yang sangat bagus berkenaan Blogr .. Tapi sekarang dah ada satu website ping baru bernama KakiPing yang beralamat di http://kakiping.com . Nak ping pon sng je,cuma perlu login pakai facebook dan terus boleh ping. Tiada limit jumlah artikel yang boleh ping. Sila la cuba ye :)

Speak Your Mind

*