Kenapa Anda Perlu Membeli Domain .MY?

Dalam bulan ini sahaja, saya telah membeli 2 buah domain .my; problogger.my dan socialnetwork.my. Kedua-dua domain ini dibeli melalui Mercumaya, yang merupakan salah sebuah reseller MyNIC.

Sebelum ini saya tidak berkeinginan langsung untuk membeli domain .my kerana beberapa perkara. Di antaranya adalah:

  1. Mahal
  2. No commercial value
  3. Tidak mempunyai whois protection
  4. dan, perlu fax/hantar salinan kad pengenalan untuk pendaftaran

Namun begitu, persepsi saya berubah apabila mendapati domain problogger.my tidak didaftarkan oleh sesiapa. Pada waktu itu, saya berasa sangat teruja untuk membelinya kerana domain tersebut seperti membawa maksud Problogger Malaysia.

Tetapi dalam masa 10 tahun akan datang, domain .my yang anda beli itu mungkin akan menjadi rebutan orang ramai sehingga mereka sanggup membayar ribuan ringgit bagi memperolehinya.

Bagi pendapat peribadi, mungkin domain .my tidak mempunyai commercial value pada waktu ini. Tetapi dalam masa 10 tahun akan datang, domain .my yang anda beli itu mungkin akan menjadi rebutan orang ramai sehingga mereka sanggup membayar ribuan ringgit bagi memperolehinya. Dan situasi tersebut sedang berlaku pada domain .com pada ketika ini.

Selain daripada itu, domain .my ini boleh digunakan sebagai identiti bahawa website atau blog anda itu adalah dari Malaysia. Sama seperti problogger.my dan socialnetwork.my yang saya beli ini. Dalam fikiran saya, problogger.my membawa maksud Problogger Malaysia dan socialnetwork.my pula membawa maksud Social Network Malaysia. Jadi, anda boleh mula fikir-fikirkan domain apakah yang sesuai untuk anda gabungkan dengan nama Malaysia. Saya juga ada menulis artikel mengenai 8 Tips Dalam Memilih Nama Domain bagi membantu anda dalam membuat pilihan nama.

Tetapi memang tidak dinafikan bahawa domain .my ini adalah mahal selain tidak mempunyai whois protection. Apabila tiada whois protection, maklumat yang anda berikan semasa membuat pendaftaran seperti alamat rumah, dan no telefon akan tertedah kepada orang ramai.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai duit lebih dan ingin membuat pelaburan dalam domain, saya sangat-sangat menggalakkan anda membeli domain .my ini.

Tetapi saya ingin mengingatkan bahawa, jangan membeli domain yang mempunyai perkataan yang telah di-trademark-kan seperti apple.my, facebook.my, google.my dan sebagainya. Ini bagi mengelak daripada anda ditimpa masalah di masa hadapan. :)

Related Posts

Comments

  1. so ko angkat brape RM bro?

  2. problogger.my dan socialnetwork.my tu apa poji?..aku klik kuar bnde lain….ce citer..ce citer..

  3. good info but still blur for the investment terms.

  4. Buat masa ni rasanya .my ni mahal ckit kan. Rasa macam nak beli 1 lah, buat spare, mna tau nnt ada org nak beli..he3

  5. kenapa tidak .com.my ?

  6. hehe. aku pun rasa mahal. tapi masa beli domain dulu, tak terfikir sangat pun pasal dot my nih..

  7. Salam webmast.. Aku mmg lemah bab ni la..

    dot my mahal bole tolak tepi jugak bro..

    Yang aku fedup orang whois suka hati je.. mmg tak gemar langsung. selama aku beli domain dekat 40, gak la domain.. ada beberapa dn aku tak protect.. bnyk la malaun mat salleh yang email aku.. spammer and scammer konon nk beli la.. itu la.. domain aku ni kononnya amik brand dia la.. ciplak la.. serik aku kalau tak protect.. serabut bro

    Investment tu btul sgt bagi aku.. tapi aku prefer dot com dulu la utk investment jangka tak berape panjang.. 10 tahun panjang ooo.. lambat mau pusing maa..

    kita jumpe 10 tahun lagi.. tgk camne rupa edge domain dot my.. all the best

    tanyalelaki.my? .. hmm.. baru terpikir.. wassalam

  8. saya beli time promosi harga .my RM75

  9. selesai tranfer semuanya..domain dot my dah jadi milik ku..
    thanks bro for nice information

  10. strategi yg sgt hebat memandangkan pasti ada org nk demand domain2 yg bro beli tu

  11. wah..ingat nak sambar satu la…memang berbaloi klau ada domain ccTLD dot my ni

  12. boleh ke domain dot my ini bertukar milik atau dijual suka hati sebab kita register pkai nama ic?

  13. ecohost ada promo baik punya untuk domain .my ni

    • Скажите, а у вас есть RSS поток в этом блоге’Читая только ваш блог, я АŒÂµÐùствителѴно расслабляюсь и получаю удовольствие

  14. 网站弄得挺不错的,有空多多交流! 空包网 http://www.kongbao163.com

  15. Hi there, the whole thing is going perfectly here
    and ofcourse every one is sharing information, that’s truly fine, keep
    up writing.

Speak Your Mind

*