Kenapa anda perlu mempunyai nama domain sendiri?

elfbytes-web-hosting
Elfbytes Web Hosting merupakan salah sebuah laman web yang menjual nama domain.

Dalam artikel sebelum ini, saya ada berkongsikan dengan anda 8 tips dalam memilih nama domain untuk blog. Tetapi mungkin anda tertanya-tanya, adakah anda perlu mempunyai nama domain sendiri? Kenapa tidak gunakan subdomain sahaja jika ianya lebih mudah dan percuma?

Berikut merupakan jawapan saya bagi menjawab persoalan anda di atas.

1. Melambangkan identiti – Nama domain boleh dijadikan sebagai lambang identiti anda di dunia blog. Sebagai contoh, nickname saya adalah CypherHackz. Jika rakan-rakan blogger bertanya siapakah CypherHackz ini? Mudah sahaja mereka akan menjumpai blog saya di www.cypherhackz.net kerana identiti saya terdapat dalam nama domain tersebut. Selain daripada itu, nama domain juga boleh dijadikan sebagai branding untuk produk keluaran anda seperti ebook. Dengan andanya nama domain, lebih mudahlah untuk anda memasarkan ebook tersebut.

2. Nampak lebih professional – Dengan adanya nama domain sendiri, blog anda akan kelihatan lebih professional. Tidakkah kita semua ingin menjadi seorang blogger yang professional? Ambil contoh yang mudah. Adakah anda pernah jumpa mana-mana blogger professional yang menulis blog pada subdomain? Tidak bukan? Jika ada pun, mungkin hanya sementara sahaja. Blogger yang professional lebih suka menulis blog dengan menggunakan nama domain mereka sendiri. Jadi, kenapa tidak anda?

3. Meningkatkan peluang pengiklanan – Sesetengah pengiklan atau advertiser cerewet dalam memilih blog untuk mengiklanan produk mereka. Selain daripada faktor trafik, nama domain juga merupakan salah satu kriteria yang mereka ambil dalam pemilihan tersebut. Sekiranya anda mempunyai nama domain sendiri, lebih mudahlah untuk anda mendapatkan advertiser dalam menjana duit dari blog anda.

4. Tetap sama walau hosting berubah – Blog Blog Aku saya pula telah banyak kali bertukar hosting. Tetapi saya beruntung kerana mempunyai nama domain sendiri. Saya tidak perlu risau untuk pembaca mencari-cari blog saya kerana nama domain saya tetap sama walaupun web hosting berubah-ubah. Apa yang penting di sini adalah nama domain kerana dengan nama domain itulah mereka akan tetap terus dapat berkunjung ke blog saya.

5. Mudah diingat dan dikenali – Jika anda tidak mempunyai nama domain sendiri, adalah sukar untuk pembaca mengingat URL blog anda. Sebagai contoh, antara http://pengendaliblog.namadomainoranglain.com dengan http://www.pengendaliblog.com, yang mana satu lebih mudah untuk anda ingat? Saya percaya, sudah semestinya anda akan memilih nama domain yang kedua iaitu, www.pengendaliblog.com – kerana ianya pendek, ringkas dan mudah diingat.

6. Penting untuk SEO – Bergantung pada niche blog anda, nama domain juga boleh mempengaruhi SEO (Search Engine Optimization). Saya gunakan contoh yang sama seperti di atas. Jika pembaca ‘google’ kata kunci “pengendali blog”, nama domain mana satukah yang akan berada di ranking teratas? Adakah http://pengendaliblog.namadomainoranglain.com atau http://www.pengendaliblog.com? Sudah semestinya www.pengendaliblog.com bukan? Keyword ‘pengendali blog’ sahaja yang ada dalam nama domain tersebut dan ianya tidak diganggu oleh keyword-keyword yang lain. Dengan ini, lebih banyaklah trafik yang anda akan dapat kerana ranking blog anda berada di tangga teratas dalam enjin carian Google.

Memang tidak dinafikan, nama domain sangat-sangat memainkan peranan pada blog anda. Sekiranya anda masih belum mempunyai nama domain sendiri, dapatkannya sekarang.

Harga domain .com dan .net murah sahaja, sekitar dalam RM35 setahun. Saya juga ada menjual nama domain jika anda ingin membelinya dari saya. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman web saya di http://www.elfbytes.com/services/domain/.

Comments

  1. bila ada domain sendiri, akan lahir disiplin dalam penulisan. dari segi penulisan dan masa. rugi kalau jarang update, setahun sekali wajib bayar. muestahil nak menulis pekara yang bukan2, malu la dgn brand sendiri. =)

    salam kenal.

  2. lg satu poin yg boleh di tambah – kalau nak serius dalam dunia blog maka perlu ada domain sendiri..untuk marketing, branding, trademark <—- perlu kepada domain sendiri

  3. abang, mana lagi bagus… guna domain nama kita sendiri ke atau guna nama khusus… contohnya http://www.anwarkhairi.com ke atau http://www.cahayahati.com ? mana lagi nampak baik?

  4. Setuju! Saya suka domain sendiri sebab lebih mudah orang nak kenal dan ingat hehe

  5. If you cannot … If you cannot produce the note, sign them a song. I wrote one for you to share to the tune of “City of New Ore.#nsl&a8221; My posted video may not be the best quality production, but it will give you the words so you can consider doing a better version or just singing it to your bank at the next occupy sit in. Was this answer helpful?

Speak Your Mind

*