Kenapa Saya Menggunakan WordPress?

Adakah anda tahu apa itu WordPress? WordPress adalah sebuah blog script yang berfungsi sebagai pengantara antara seorang blogger dengan pembaca. Ianya sebuah platform untuk blogger menulis dan menerbitkan entri-entri yang menarik untuk tatapan pembaca.

Tetapi, kenapa saya menggunakan WordPress? Bukankah ada banyak lagi blog script yang terdapat di Internet seperti Drupal, Geeklog, Movable Type dan sebagainya?

Saya memilih WordPress bukan hanya kerana ianya percuma tetapi WordPress sangat-sangat kemas dan tersusun dari segi coding mahupun interface. Jika anda perhatikan, banyak tema-tema (theme) menarik telah dihasilkan untuk WordPress. Ini kerana, susunan coding yang ada pada WordPress sangat mudah difahami dan menyenangkan tugasan pembuat tema untuk menyesuaikan tema tersebut dengan WordPress. Saya sendiri sudah menghasilkan beberapa tema (boleh la dikatakan menarik) untuk WordPress.

wordpress-01

Selain daripada itu, WordPress mempunyai ahli komuniti yang ramai. Dengan adanya komuniti WordPress seperti ini, lebih senang untuk saya merujuk atau bertanyakan masalah berkenaan dengan WordPress. Sekiranya saya ada mengalami masalah dengan WordPress seperti .htaccess contohnya, saya akan dapat jalan penyelesaian dengan cepat kerana jawapan untuk masalah tersebut sudah pernah dibincangkan di laman komuniti WordPress. Jadi, tidak perlulah saya menunggu berhari-hari hanya untuk selesaikan sesuatu masalah dengan WordPress.

WordPress juga mempunyai pelbagai plugin yang boleh kita gunakan sebagai “perencah rasa” blog saya. Sebagai contoh yang mudah, plugin WordPress Database Backup. Sebuah plugin yang sangat-sangat berguna untuk saya backup database blog saya. Dengan plugin ini, saya tidak perlu risau samada saya sudah mempunyai backup database yang terbaru ataupun belum. Ini kerana plugin WordPress Database Backup ini akan backup database blog saya secara automatik dan hantar ke email saya dengan segera.

wordpress-02

Setiap blog wajib mempunyai sistem komen bagi membolehkan pembaca memberikan komen pada entri yang dibaca. Di dalam WordPress, sistem komen yang disediakan sangat mudah difahami walaupun pembaca yang tidak pernah tahu mengenai blog akan segera memahami bagaimana caranya untuk berikan komen. Ruangan seperti Name, Email, Website dan juga Comment yang sudah terang-terang diketahui kegunaanya membuatkan pembaca mudah untuk menghantarkan komen. Berbeza dengan beberapa blog script yang lain yang sangat merumitkan sehinggakan saya juga turut berasa tertekan untuk memberikan komen.

Memang banyak kelebihan WordPress berbanding dengan blog script yang lain. Tetapi memang saya tidak nafikan yang WordPress juga turut mempunyai kelemahannya. Namun begitu, kebanyakan kekurangan yang ada pada WordPress sudah diperbaiki dengan adanya pelbagai plugin dan juga versi terbaru yang dikeluarkan oleh WordPress Development Team.

Jika anda ingin membina sebuah blog, saya amat-amat mencadangkan untuk anda memilih WordPress sebagai blog script anda. Saya pasti anda akan berasa gembira dan juga bersemangat untuk berblog dengan WordPress. Jika anda tidak mempunyai hosting sendiri, anda juga boleh menggunakan blog yang disediakan oleh WordPress secara percuma.

Related Posts

Comments

  1. todorasa says:

    btol tus..sy sndiri pun guna platform wordpress..
    senang untuk digunakan. ;)

  2. andimazlan says:

    Menarik blog ni. Tujuan yang murni untuk membantu warga yang tak reti pasal blogging ni. Saya pun guna wordpress juga. Baru nak belajar.

    Soalan 1. Mcamana nak buat buat domain tu ada www. kat depan ye? contohnya saya beli dr mercumaya akucintapadamuohkekasihku.com. Ada juga try buat A record dengan CNAME record (tambah www) kat mercumaya punya free DNS management tu, tapi sampai sekarang domain saya tu masih akucintapadamuohkekasihku.com juge. Tak cantik menarik tertarik kau memang pengendali blog la macam ni! . Kalau boleh aku nak http://www.akucintapadamuohkekasihku.com. Minta diberikan penjelasan.

    Soalan 2. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘propagation’. Iaitu domain anda sedang di ‘propagate”. Try tengok da kat dictionary tapi tak jumpa pulak perkataan propagate ni. Adakah propagate ni bukan bahasa English yang sejati? Saja tanya ni sebab dalam confirmation tu ada kata domain saya sedang dipropagate then selepas propagation tu domain saya tu akan jadilah http://www.akucintakepadamuohkekasihku.com. Tapi takda perubahan pun.

  3. aku pun stay ngan WordPress dari dulu. Yang lain sumer, aku try localhost jer. Huhu.

  4. #andimazlan – Itu boleh diubah dengan menggunakan .httacess file. Sekiranya awak menggunakan WordPress, kita boleh set dari Setting page.

    Untuk propagate itu pula saya rasa, domain awak dalam proses untuk bertukar dari DNS yang lama ke DNS yang baru.

  5. wp mmg best..hehe

Speak Your Mind

*